May 04 2008
Apr 19 2008
Aktiviti YB Adam
Apr 17 2008
My Adun Tanjong Puteri
My ADUNFull Name: Adam Sumiru
Party: Umno
Age: 52 Marital status: Married
Number of children: Seven children, four girls, and three boys
Constituency: Tanjung Puteri, Johor
Party position: Johor Baru division Umno vice chief
Education: Certificate in Civil Engineering and Building Construction
Profession: Businessman
Contact: 019-7777 734 or adam_tanjungputeri@umno.com.my
Adam: Listens to Malay pop songs.
WHILE most people hit the snooze button on their alarm clocks to snatch a few extra minutes of sleep in the mornings, Adam Sumiru goes for a walk.
This self-confessed “walkaholic” does not believe in taking quick strolls outside his house, but instead walks 5km to 10km with his wife in Hutan Bandar.
He considers the walks a good opportunity to spend time with his wife before his hectic workday begins.
When it comes to food, Adam enjoys tempe goreng and insists his wife makes the best sweet black coffee he has tasted.
Q: How much time do you spend on the computer?
A: About two hours a day.
Q: Do you blog?
A: No.
Q: Do you have a website?
A: Only the one under Umno, I don’t have a personal one.
Q: Do you play a musical instrument, dance or sing?
A: I used to play the guitar during my school days, but once I started work as a businessman, I got too busy. Now, as a politician, I have even less time.
Q: What kind of music do you listen to? Name a favourite song?
A: I listen to Malay pop songs. I used to listen to Michael Jackson. My favourite song is Sekuntum Mawar Merah by the Alleycats.
Q: Are you into movies? Name a favourite movie?
A: I’m not really into movies, but I enjoy watching cartoons to de-stress. If I had to pick one, it would probably be Tom and Jerry.
Q: What do you read? What was the last book you read?
A: Besides books on politics, I read general knowledge books, newspapers and interpretations of the Quran. The last book I read was Pejuang Bangsa.
Q: Are you into English Premier League football? What is your team and your favourite player?
A: I hardly watch football, and when I do, I am happy with either team winning.
Q: If not football, what’s your favourite sport?
A: I’m not really into sports. I usually take long morning walks with my wife. Apart from that, I play casual golf maybe once a month.
Q: Coffee or tea? Name your brew?
A: Nescafe or sweet black coffee.
Q: Got a nickname?
A: No nicknames, everyone knows me as Adam.
Q: What languages can you speak?
A: I speak Malay, English and understand the Javanese dialect.
Q: Do you smoke?
A: No.
Q: What is the gadget you can’t do without?
A: My PDA, as everything from telephone numbers to contacts and appointments is there.
Q: What is quality time like with the family?
A: I make it a point to share meals with my family several times a month. We also go for bowling together.
Q: What’s your favourite food?
A: Fried tempe.
Q: Do you have a weakness for hi-fis, latest handphones, golf clubs, cars or shoes?
A: I’m a man of simple tastes. I don’t even use branded goods.
Q: Do you have a dog, cat? What name, breed?
A: No, I’m allergic to cats.
Q: What car do you drive and how long have you had it?
A: I drive a Mercedes E230, which I’ve had for six years.
Q: What is your contribution to environmental conservation?
A: I’m a member of the Malaysian Nature Society. At home, my wife handles the recycling.
Q: Name an idol, dead or alive that you look up to and why.
A: My idol is my only elder sister. When we were growing up, she was always patient and never got into fights, which we boys were used to.
Q: Any phobias?
A: No
Q: Whom would you go for: Paris Hilton or Jessica Alba?
A: I am not interested in either of them.
Q: What do you like most about Malaysia?
A: I think it’s our multiracial composition, as we can’t find this anywhere else.
Q: What do you dislike most about Malaysia?
A: I dislike public toilets here. Even though toilets in hotels are better, I think the service can be improved by providing water in the cubicles.
Q: In what sector in Malaysia would you like to see improvement?
A: I think the municipal councils have to improve their service. If this is done, the rakyat will not be disgruntled.
Q: If there is one thing you wish to change in the country, what would that be?
A: This would be management of municipal councils. Those who do not perform get transferred from one department to another. I would like to see them transferred to other districts.
For more profiles on Members of Parliament and state assemblymen, go to http://thestar.com.my/myrepresentative.
Apr 09 2008
Aktiviti YB Adam April 2008
9 April 08 - (3.30 petang) - Jamuan Teh di Istana Besar
10 April 08 - Mesyuarat PPR Seri Stulang di Pejabat SUK perumahan di Jalan Bukit Timbalan, Johor Bahru
11 April 08 - (9.30 pagi) - Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah di Pejabat Daerah Johor Bahru
12 April 08 - (12:00 tgh) - Majlis penyampaian hadiah aktiviti rekreasi explore & learn Kolej Cosmopoint Cawangan Johor Bahru bertempat Hutan Bandar, Johor Bahru
12 April 08 - Majlis maulidur rasul anjuran AJK Masjid Jamek Kg.Melayu Majidee bertempat di Masjid Jamek Kg.Melayu Majidee
15 April 08 - (9:00pagi) - Mesyuarat Focus Group “Basmi Kemiskinan” di Pejabat Daerah Johor Bahru
16 April 08 - (9.00 mlm) - Dewan Masjid Jamek Bandar Baru Uda Mesyuarat agung persatuan Warga Emas Masjid Jamek Bandar Baru Uda
18 April 08 - Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah di Pejabat Daerah Johor Bahru
19 April 08 - (2.30 ptg) - Dewan Sek Agama Dato’ Abdullah Esa Mesyuarat Persatuan Peniaga Kg.Melayu Majidee
26 April 08 - (10.30 pagi) - Dewan Besar SMK BBU Merasmikan masjlis anugerah kecemerlangan akademik 07
27 Apri l- 7 Mei 08 - Menunaikan UMRAH
Apr 09 2008
Ahli Majlis BN digesa ikhlas bantu rakyat
Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya ikhlas melaksanakan sesuatu kerja atau membuat kebajikan membantu rakyat dan tidak hanya berfikir untuk kepentingan individu dan parti sahaja.Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad berkata, semua ahli majlis PBT BN memainkan peranan besar dalam memantapkan lagi sesuatu parti supaya semua rakyat yakin dengan pentadbiran yang digerakkan oleh kerajaan.
“Mereka perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat sebaik mungkin kerana setiap tugasan itu merupakan kepercayaan yang dipertaruhkan oleh masyarakat untuk kita.
“Kerana kepercayaan rakyat itulah kita masih lagi kekal mentadbir kerajaan walaupun kita hilang suara dua pertiga di Dewan Rakyat. Jadi jangan mempersia-siakan kepercayaan itu,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Makan Malam Kesyukuran BN Johor Bahru di sini malam semalam.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru dan ADUN Stulang, Mok Chek Hou.
Majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang itu menurut Shahrir sebagai sambutan dan tanda terima kasih kepada semua jentera BN yang bertungkus-lumus berusaha bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.
Menurutnya, bagi memantapkan lagi BN di Johor Bahru, mesyuarat bahagian akan dijalankan sekerap yang mungkin bagi menyelesaikan segala masalah yang timbul dan merancang aktiviti di peringkat akar umbi.
“Mesyuarat itu nanti akan membantu semua ahli untuk membentuk suatu parti yang mantap dan mampu memenuhi segala keperluan rakyat,” ujarnya.
Apr 03 2008
104 keluarga mangsa ribut terima bantuan
JOHOR BAHRU 2 April – Sebanyak 104 keluarga di Kampung Bendahara di sini yang terlibat kejadian ribut, Khamis lalu, menerima bantuan segera RM5,200 daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
Penghulu Mukim Plentong, Muharam Parlie berkata, bantuan barangan keperluan harian termasuk beras adalah bantuan segera kepada mangsa yang mengalami kerugian hampir RM100,000.
“Selain itu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membuat bancian bagi mengenal pasti kerugian dan bantuan yang boleh diberikan kepada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Muharam berkata, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ribut kira-kira 4.15 petang Khamis lalu yang merosakkan sebahagian besar bumbung rumah di kampung itu.
“Kami difahamkan sebahagian besar mangsa telah memperbaiki segala kerosakan termasuk bumbung rumah mereka.
“Untuk itu kita akan teliti kos yang dikeluarkan untuk memperbaiki kerosakan tersebut untuk dikemukakan kepada jabatan dan agensi yang berkaitan,” katanya.
Mar 22 2008
Aktiviti YB Adam
28 Mac 08 - (8.00 mlm)-Majlis Maulidur Rasul anjuran Rumah Seri Kenangan, Johor Bahru.
28 Mac 08 - Majlis meraikan jentera pilihanraya Pemuda bertempat di Dataran Kg.Melayu Majidi, Johor Bahru
31 Mac 08 - (9.30 pagi) - Mesyuarat J/K Tindakan Daerah di Pejabat Daerah Johor Bahru
5 April 08 - (8.30 mlm) - Majlis Maulidur rasul Surau Ar-Rahman di Jalan Tiong
6 April 08 - (9.00 pagi) - Merasmikan mesyuarat agung PIBG SK Tasek Utara dan Majlis Anugerah Cemerlang di SK Tasek Utara
7 April 08 - (6.30 pagi) - Tahlil dan doa selamat sempena Hari Keputeraan Di Masjid Sultan Abu Bakar
8 April 08 - (8.30 pagi) - Istiadat Penyampaian Darjah Sultan Johor-Istana Besar
9 April 08 - (3.30 petang) - Jamuan Teh di Istana Besar
11 April 08 - (9.30 pagi) - Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah di Pejabat Daerah Johor Bahru
Mar 21 2008
Masalah tempat letak kereta Pasar Larkin selesai
JOHOR BAHRU 20 Mac – Pihak pengurusan Pasar Awam Larkin, Damansara Assets Sdn. Bhd., memberi jaminan pembinaan sebuah restoran makanan segera di kawasan letak kereta di situ tidak akan mengganggu pendapatan para peniaga di Pasar Larkin.
Pengarah Urusan Damansara Assets, Abd. Malek Talib berkata, masalah kekurangan tempat letak kereta yang dibimbangi akan menjejaskan pendapatan peniaga di pasar itu akan diselesaikan segera.
“Jangan bimbang, kami telah pun mengenal pasti satu tapak baru untuk membina tempat letak kereta.
“Kawasan tersebut mempunyai keluasan 0.4 hektar di Jalan Garuda 3 bersebelahan dengan stesen minyak Shell,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kelmarin Utusan Malaysia menyiarkan permintaan para peniaga di pasar berkenaan agar restoran makanan segera di tempat letak kereta di situ tidak dibina, kerana ia akan menyusahkan orang ramai yang datang untuk membeli barang keperluan di pasar tersebut.
Abd. Malek berkata, tempat letak ke reta yang baru itu lebih luas iaitu terdapat 170 petak kenderaan berbanding 84 petak di tapak sedia ada.
Apabila siap kelak katanya, jumlah tempat letak kereta di kawasan berdekatan pasar adalah sebanyak 340 petak.
Mar 20 2008
Prestasi perkhidmatan 50 ADUN BN dipantau
JOHOR BAHRU 19 Mac – Semua 50 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akan dipantau secara berkala bagi memastikan mereka memberikan sumbangan terbaik dan mesra rakyat sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, sebelum ini terdapat segelintir ADUN yang gagal melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat yang diwakili sehingga menjejaskan imej BN.
“Akibatnya, wakil rakyat tersebut tidak dipilih untuk bertanding, manakala yang dikekalkan bertanding pula kalah pada pilihan raya umum lalu,” katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Johor di sini hari ini.
Menurutnya, pemantauan berkala itu akan dibuat berasaskan laporan yang diperoleh daripada beberapa sumber tempatan selain aduan yang diterima terus daripada rakyat.
“Kali ini kita akan memastikan setiap ADUN memberikan perkhidmatan terbaik serta sentiasa mesra rakyat,” katanya.
Terdahulu, Abdul Ghani yang juga Pengerusi BN Johor berkata, kerajaan negeri akan memastikan segala dasar dan program pembangunan yang diusahakan akan dikecapi oleh setiap lapisan rakyat.
Selain itu, menurutnya, pentadbiran cekap dan bersih akan terus diberi penekanan agar setiap permohonan dan permasalahan rakyat dapat diselesaikan dengan sempurna.
“Kerajaan akan turut meneruskan amalan tender terbuka atau bidaan tertinggi ke atas semua projek kerajaan termasuk pembalakan,” katanya.
Sementara itu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak akan meminggirkan kawasan DUN yang dikuasai pembangkang daripada menikmati pembangunan.
Menurut beliau, ini kerana kerajaan negeri berpegang kepada prinsip untuk membawa kemakmuran kepada setiap lapisan rakyat menerusi pelbagai projek pembangunan.
“Setiap projek sama ada baru atau dinaikkan taraf di setiap pelosok Johor termasuk di DUN Bentayan dan Sungai Abong juga akan diteruskan,” katanya.
Beliau menyifatkan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan negeri akan menghentikan segala projek di kawasan yang dikuasai pembangkang sebagai fitnah semata-mata.