Sembah Takziah kepada seluruh kerabat di Raja Johor serta rakyat di atas kemangkatan DYMM Sultan Johor – Al-Fatihah. UMNO Bahagian Johor Bahru

January 23rd, 2010 No comments


Sembah Takziah kepada seluruh kerabat di Raja Johor serta rakyat di atas kemangkatan DYMM Sultan Johor – Al-Fatihah. UMNO Bahagian Johor Bahru

Share This Post

Program YB. Dato’ Shahrir Abdul Samad (22 – 24 January 2010)

January 22nd, 2010 No comments
22/1
Jumaat
3 ptg
Lawatan BN bersama Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru ke kawasan Zon Kebun Teh Taman Suria, Taman Perbadanan Islam, Kg Kurnia, Tmn Melodies, Majidee Park, Tmn Kebun Teh
8.15mlm
Anugerah Penilaian Menengah Rendah 2009 Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru Dewan SMK Mohd Khalid, Johor Bahru
23/1
Sabtu
8.00mlm
Sesi Makluman Terkini Perkembangan Inisiatif Keselamatan & Perlindungan, serta Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia Restoran Seri Mutiara, Hotel Mutiara
24/1
Ahad
3.00ptg
Majlis Perasmian Program Jati Diri Pelajar Bermasalah Dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR Tahun 2009 kawasan Parlimen Johor Bahru Dewan Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari, Kg. Melayu Majidee.
Share This Post

Program YB. Dato’ Shahrir Abdul Samad (8 – 16 January 2010)

January 8th, 2010 No comments
8/1 Jumaat 9.30pg Mesyuarat J/Kuasa Tindakan Daerah Pejabat Daerah
11/1 Isnin 3.00ptg Mesyuarat-Lawatan YAB Menteri Besar Johr ke Konstitusi-konstitusi Parlimen Ng. Johor Bilik Gerakan Dewan Ng. Johor, Kota Iskandar, Nusajaya, JB
15/1 Jumaat 8.30pg Lawatan kerja dan pemantauan oleh YB Menteri Kewangan II ke Projek-Projek Pembangunan Kementerian Kewangan di Johor i) Projek Custom, Immigration and quarantine (CIQ)

ii) Kompleks Import, Eksport Kastam Tanjung Puteri

iii) Projek Pengkalan Marin Kastam Sungai Pulai

2.00ptg Merasmikan Kiosk Kariah, Kiosk ATM Bank Islam dan Bengkel Seni Khat serta Pameran Seni Islam Masjid Bandar Baru Uda
9.00mlm Kursus Jatidiri Kepimpinan Akar Umbi UMNO Johor Sungai Tiram
16/1 Sabtu 9.00mlm Majlis taklimatdan penerangan Pembangunan Setinggan Kg. dato Hjh Hasnah Balairaya Cawangan
Share This Post

PROGRAM YB DATO’ SHAHRIR ABD SAMAD

November 6th, 2009 No comments
(Oktober 2009)
Tarikh Hari Masa Majlis Tempat
31/10 Sabtu 2.30pm Mesyuarat UMNO Bhgn JB Pejabat UMNO Bhgn
12-4ptg Walimatulurus Anak kepada Mokhtar Bin Khaled & Wan Normah(Pengerusi Sukarelawan BBU) RJCC
7.30pm Majlis Perasmian Passage To Langkawi 2009 Danga Bay Marina (berhadapan International Restoran)
8mlm Majlis Perjumpaan sempena Hari Raya Aidilfitri & Deepavali & Meraikan Pengantin anj Persatuan Org Cacat JB Dewan Cengal, Tingkat 4, Tropical Inn Hotel.
8mlm Jemputan perkahwinan anak kepada Dato’ Hj Jalaluddin B Hj Abdul Rahman (Timbalan Ketua Polis Johor) Stadium Bandaraya Tertutup
(November 2009)
Tarikh Hari Masa Majlis Tempat
1/11 Ahad 10pg Majlis Taklimat Pindaan Perlembagaan Dan Daftar Pengundi Dewan Raya Kg. Dato’ Onn Jaafar
12tgh-5ptg Majlis perkahwinan Natasha Ezlin (AJK Puteri UMNO Bhgn JB) Restoran JB Catering
6/11 Jumaat 9.30pg Mesyuarat Tindakan Daerah Pejabat Daerah
8.30pm Taklimat Perpindahan Setinggan Bakar Batu Dewanraya Bakar Batu
7/11 Sabtu 8mlm Majlis Makan Malam Reunion Alumni Pelajar Khas Politeknik Johor Bahru Dewan Serbaguna Politeknik Johor Bahru
8/11 Ahad 11.30pg Perasmian Majlis Penutup Bengkel Kesedaran Pendidikan HIV/AIDS Peringkat Negeri Johor anj AADK Ng Johor Savannah Hill, Jalan Nasiman, Bt 18, Tiram, Johor
3.30 ptg Program kitar semula bsama komuniti (Wanita UMNO Bhgn JB) Sg. Sebulong, Kg Melayu Majidee (Sepakat)
14/11 Sabtu 11pg-5ptg Majlis Perkahwinan anak kepada Hjh Husniah Bt Abdullah Dewan Kg. Melayu
8mlm Persidangan Rotary Daerah 3310 dianjurkan oleh Kelab Rotary Johor Centennial Pulai Springs Resort
21/11 Sabtu 8.30pg-12.30pg Program Selasihku Sayang anj Jabatan Anti Dadah Kebangsaan Kemas Parlimen JB Rukun Tetangga dan UMNO Caw. Kg Kurnia Dewan Raya Kg. Kurnia
(Disember 2009)
Tarikh Hari Masa Majlis Tempat
5/12 Sabtu 8.30mlm Merasmikan Majlis Muhibah Kesenian Silat Gayong 09 PPR Sri Stulang
Share This Post

SEMANGAT 1MALAYSIA

November 6th, 2009 No comments

ADAM Sumiru (dua dari kanan) menyerahkan cek kepada Penolong Pentadbir Kanan Darul Hanan, Nazarrudin Amet pada majlis Deepa-Raya Pusat Pendidikan Nuri Bukit Rinting di Johor Bahru, baru-baru ini.



Syawal sudah lama melabuhkan tirai, Deepavali pula sudah dua minggu berlalu, namun kemeriahan dua perayaan itu tetap diraikan oleh segelintir pihak.

Di Johor Bahru, Pusat Pendidikan Nuri Bukit Rinting mengadakan sambutan Deepa-Raya yang berkonsepkan gagasan 1Malaysia iaitu melibatkan pelbagai kaum.

Penyelaras Komunikasi Korporat Jabatan Pembangunan Pusat Pendidikan Nuri, Hasilawati Ibrahim berkata, majlis tersebut dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada murid-murid, ibu bapa dan kakitangan pusat pendidikan tersebut.

Majlis yang bermula pukul 3.30 petang itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru, baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, sebanyak RM1,000 yang dikumpulkan oleh ibu bapa, kakitangan dan murid-murid Nuri didermakan kepada Rumah Anak-Anak Yatim Darul Hanan, Pasir Gudang.

Hasilawati berkata, pusat pendidikan Nuri sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti bagi merangsang minda kanak-kanak di bawah jagaannya selaras dengan gagasan 1Malaysia.

Share This Post

Intipati sektor niaga bajet 2010

October 23rd, 2009 No comments

Berikut ialah intipati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini.

* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010

* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus

* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661

* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010.

* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat MATRADE

* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan

* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada para penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing, dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualikan cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012

* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun

* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri

* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah MITI

* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh JAKIM menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.

* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.

* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padu membabitkan 180,000 petani

* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut

* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium FELDA, FELCRA dan RISDA akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Memperuntukkan RM20 juta untuk mempergiatkan aktiviti kesedaran hijau dan amalan mesra alam sekitar

* Menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau yang akan menjadi pelopor kepada pembangunan bandar lain

* Mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti mereka, dengan RM50 juta untuk syarikat pengeluar dan RM10 juta untuk syarikat pengguna. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini dijangka memberi faedah kepada lebih 140 syarikat dan dimulakan pada 1 Jan 2010

*Pemilik bangunan yang memperoleh sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan

*Pengecualian duti setem kepada pembeli yang membeli bangunan dengan sijil GBI mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Disember 2014.

* Mempekenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010

* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.

* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan
remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011

* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat

* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran

* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam

* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.

* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti

* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu

* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion

* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta

* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.

* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.

* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.

* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Jan, 2010.

* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Jan, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif.

* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010

* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan

* Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan

* Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.

* Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran

* Insentif cukai semasa untuk majukan perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen kewangan Islam

* Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara.

* Mulai 1 Jan 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan

* Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.

* Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010

* Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus

* Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010

* Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara

* RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik

* Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.

* Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP. BERNAMA

Share This Post