Home > Ahli Parlimen, Berita Semasa > SEMANGAT 1MALAYSIA

SEMANGAT 1MALAYSIA

November 6th, 2009 Leave a comment Go to comments

ADAM Sumiru (dua dari kanan) menyerahkan cek kepada Penolong Pentadbir Kanan Darul Hanan, Nazarrudin Amet pada majlis Deepa-Raya Pusat Pendidikan Nuri Bukit Rinting di Johor Bahru, baru-baru ini.



Syawal sudah lama melabuhkan tirai, Deepavali pula sudah dua minggu berlalu, namun kemeriahan dua perayaan itu tetap diraikan oleh segelintir pihak.

Di Johor Bahru, Pusat Pendidikan Nuri Bukit Rinting mengadakan sambutan Deepa-Raya yang berkonsepkan gagasan 1Malaysia iaitu melibatkan pelbagai kaum.

Penyelaras Komunikasi Korporat Jabatan Pembangunan Pusat Pendidikan Nuri, Hasilawati Ibrahim berkata, majlis tersebut dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada murid-murid, ibu bapa dan kakitangan pusat pendidikan tersebut.

Majlis yang bermula pukul 3.30 petang itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru, baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, sebanyak RM1,000 yang dikumpulkan oleh ibu bapa, kakitangan dan murid-murid Nuri didermakan kepada Rumah Anak-Anak Yatim Darul Hanan, Pasir Gudang.

Hasilawati berkata, pusat pendidikan Nuri sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti bagi merangsang minda kanak-kanak di bawah jagaannya selaras dengan gagasan 1Malaysia.

Share This Post
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.