Archive

Archive for August, 2009

Program YB. Dato’ Shahrir Abdul Samad

August 29th, 2009 No comments

TARIKH
HARI
MASA
MAJLIS
TEMPAT
23/8/09
Ahad
4.30ptg
Majlis Peyampaian Bubur Lambuk
Masjid Jamek, Kg. Melayu Majidi, JB
27/8/09
Khamis
-
-
-
5.00ptg
Majis Berbuka Puasa Persatuan Bulan Sabit Merah
Masjid Polis Depoh Kontinjen Johor, Jalan Tebrau.
29/8/09
Sabtu
4.00ptg
Penyampaian Bubur Lambuk, Penyampaian Sumbangan kpd Pesakit Dialisis, Lawatan ke Pasar Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa
Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru
30/8/09
Ahad
5.30ptg
Penyampaian Zakat Serta sumbangan Hari Raya ke – 23 kpd warga Emas, Org Kurang Upaya dll
Dewan UMNO Skudai Kanan
6.30ptg
Majlis Berbuka Puasa
Masjid Jamek Taman Pelangi
5/9/2009
Sabtu
6.30ptg
Majlis Berbuka Puasa
Masjid Jamek Nurul Takzim, KDSM
6/9/2009
Ahad
6.30ptg
Majlis Berbuka Puasa
Masjid Jamek Tun Hussein Onn, KDOJ
Share This Post

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

August 21st, 2009 No comments

Kami dari UMNO Bahagian Johor Bahru mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Semoga amal ibadah kita diterima Allah.

Amin

UMNO Bhg Johor Baharu

Share This Post

Perwakilan UMNO JB serentak laung “Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa”

August 9th, 2009 No comments

JOHOR BAHRU 9 Ogos – Anggota perwakilan UMNO Johor Bahru yang menghadiri persidangan perwakilan bahagian hari ini mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya turut menyaman mereka selepas secara serentak melaungkan “Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa”.

Laungan sebulat suara itu dilakukan 398 anggota perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru dari 84 cawangan yang bersidang ketika Ketua UMNO bahagian, Datuk Shahrir Abdul Samad menyampaikan ucapan perasmian.

“Mari kita bangun melaungkan ’Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa’, supaya Anwar boleh turut sama mengambil tindakan undang-undang menyaman kita semua, UMNO Johor Bahru sanggup menghadapi tindakan saman itu,” katanya di sini hari ini.

Serentak dengan itu, semua 398 perwakilan UMNO Johor Bahru bangun dan bersama-sama melaungkan ayat ’Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa’.

Shahrir berkata UMNO Johor Bahru bersama-sama dengan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menyuarakan pandangan yang terbuku dalam hati semua anggota UMNO Johor Bahru selama ini. – Bernama

Share This Post