SERDANG 12 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.
“Ini bukan dia punya kuasa. Hal yang berkaitan dengan pengambilan (pelajar) adalah hal yang berkaitan institusi pengajian yang berkenaan. Merekalah yang tentukan dasar,” katanya. – Utusan
SHAH ALAM 12 Ogos – Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini berarak kira-kira dua kilometer untuk menghantar memorandum bagi membantah cadangan kerajaan negeri membuka 10 peratus kuota pelajar universiti itu kepada bukan bumiputera.
Terdahulu, kesemua mereka yang kebanyakannya memakai kemeja T berwarna hitam berkumpul di Dataran Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi sebelum berarak sambil memegang sepanduk menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di sini.
Read more…
BANGI, 12 Ogos – Pengedaran barangan keperluan bersubsidi ke kawasan luar bandar untuk membolehkan penduduk luar bandar menerima bekalan yang cukup dan pada harga yang disyorkan kerajaan akan dilaksanakan mulai bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.
Beliau berkata sebagai permulaan sistem pengedaran itu akan dijalankan di daerah Seberang Perai Utara sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada Januari tahun depan.
Read more…
JOHOR BAHARU, 9 Ogos – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya jika Singapura didapati telah meluaskan kawasan sekitar rumah apinya di Pulau Pisang di sini, kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.
Katanya, kerajaan negeri akan menyiasat dakwaan berlaku perluasan kawasan melebihi dari apa yang ditandakan kepada republik itu di bawah indentur (kontrak) antara Sultan Johor dengan kerajaan Negeri-negeri Selat pada 1900.
“Indentur itu memperuntukkan kawasan tertentu bagi rumah api itu iaitu lebih seekar, satu rod. Jalan menuju ke rumah api itu ialah kira-kira satu ekar sementara jeti ialah 17 pol,” kata beliau.
Read more…
JOHOR BARU: Small- and medium-sized enterprises in Iskandar Malaysia have been assured that they will benefit from the expected influx of major foreign investors.
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said SMEs should not worry about being sidelined as they had an important supporting role to play.
“The trickle effects of the projects will definitely go down to the local SMEs,” he said after opening the Johor SME Exposition 2008 at the Angsana shopping complex here yesterday.
Read more…
Laman web UMNO Bahagian Johor Bahru masih didalam kemaskini. Pihak kami akan siapkan semua pada minggu hadapan.