Archive

Archive for the ‘Berita Puteri’ Category

UMNO Dan Perubahan

October 13th, 2009 No comments

BAGI memastikan kelangsungan UMNO sebagai sebuah parti yang tetap kukuh dan teguh pada masa hadapan, sememangnya perubahan dilakukan dengan kesesuaian sebagai landasan utama meneruskan perjuangan termasuklah meminda perlembagaan yang akan direalitikan dalam persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2009 ini.

Perlu difahami, kesanggupan para pemimpin dalam teraju atasan untuk meminda perlembagaan parti, sesungguhnya adalah bukti kesungguhan bagi merealisasikan apa yang pernah dikata iaitu mahukan perubahan, lantas perubahan dilakukan dalam semua aspek.

Lantaran itu, kesedaran atas satu perubahan memastikan bahawa pindaan perlembagaan UMNO ini dibuat bukan sekadar hanya melepas batuk ditangga sebaliknya dilakukan dalam satu persidangan khas dengan perancangan dan rangka teliti meliputi semua aspek.

Usul pindaan tersebut yang akan dibahaskan oleh para perwakilan juga bertunjangkan empat perkara iaitu

1. dilakukan atas keinsafan dan kesungguhan UMNO untuk berubah.
2. dilakukan berdasarkan tuntutan ahli dan kepemimpinan akar umbi.
3. perubahan berdasarkan pola landskap politik semasa dan akan datang
4. perubahan yang membabitkan UMNO melalui proses tepat dan betul.

Selaras dengan itu juga, ia adalah untuk memastikan bahawa UMNO menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif berdasarkan pindaan yang menjurus kepada lapan perkara pokok membabitkan:

1. Perluasan jumlah perwakilan yang bakal menentukan kepemimpinan tertinggi parti.
2. Penghapusan sistem kuota.
3. Perjalanan mesyuarat perwakilan secara serentak.
4. Menghakupayakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di cawangan.
5. Menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.
6. Menjadikan yuran keahlian RM2 sebagai yuran seumur hidup.
7. Memberi kuasa sayap pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri meluluskan keahlian baru
8. Mengiktiraf sumbangan Setiausaha Bahagian.
Read more…

Share This Post

Perwakilan UMNO JB serentak laung “Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa”

August 9th, 2009 No comments

JOHOR BAHRU 9 Ogos – Anggota perwakilan UMNO Johor Bahru yang menghadiri persidangan perwakilan bahagian hari ini mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya turut menyaman mereka selepas secara serentak melaungkan “Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa”.

Laungan sebulat suara itu dilakukan 398 anggota perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru dari 84 cawangan yang bersidang ketika Ketua UMNO bahagian, Datuk Shahrir Abdul Samad menyampaikan ucapan perasmian.

“Mari kita bangun melaungkan ’Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa’, supaya Anwar boleh turut sama mengambil tindakan undang-undang menyaman kita semua, UMNO Johor Bahru sanggup menghadapi tindakan saman itu,” katanya di sini hari ini.

Serentak dengan itu, semua 398 perwakilan UMNO Johor Bahru bangun dan bersama-sama melaungkan ayat ’Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa’.

Shahrir berkata UMNO Johor Bahru bersama-sama dengan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menyuarakan pandangan yang terbuku dalam hati semua anggota UMNO Johor Bahru selama ini. – Bernama

Share This Post