Archive

Archive for the ‘Berita Politik’ Category

PROGRAM YB DATO’ SHAHRIR ABD SAMAD March 2010

March 7th, 2010 No comments
Tarikh Majlis Tempat
6/3, Sabtu 8.30 pg Rasmikan Majlis Anugerah Cemerlang 2009 & mesyuarat agung PIBG kali ke-34 Dewan SK Tebrau Bakar Batu, Johor Bahru
7/3, Ahad 8.30pg-11.30pg Merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sek Keb Kompleks Uda Kali ke-26 Dewan SK Kompleks Uda, JB
13/3, Sabtu 10.30pg Merasmikan Mesyuarat PIBG SK Tasek Utara kali ketujuh & Anugerah Pelajar Cemerlang 2009 Dewan Sri Kencana, SK Tasek Utara
13/3, Sabtu 4.00 ptg Merasmikan Hari Anugerah Cemerlang 2009 Dewan SK Angkatan Tentera
13/3, Sabtu 8.00mlm Sambutan Maulud Rasul Terminal Larkin
27/3, Sabtu 8.30pg Merasmikan Mesyuarat PIBG SRK Majidi Baru Dewan Sri Kencana, SK Majidi Baru
Share This Post

Karisma Najib ubah sikap pemimpin UMNO

October 17th, 2009 No comments

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Perubahan sikap pemimpin UMNO yang bersedia mengubah sistem yang membawa mereka ke persada kuasa berpunca daripada wawasan dan karisma Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa bangga dan terharu dengan kesediaan itu kerana dari segi fitrah manusia, bukannya mudah untuk berbuat demikian.

Namun, katanya, mereka tetap berbuat demikian kerana sedar dan insaf bahawa yang penting bukan diri sendiri tetapi kelangsungan UMNO.

“Tidak mungkin semua ini dapat dicapai tanpa kesanggupan mengorbankan kepentingan diri demi matlamat lebih besar.
Read more…

Share This Post

Pendidikan Islam dimantapkan

October 17th, 2009 No comments

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kerajaan akan terus memantapkan pendidikan Islam dengan memperluaskan program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) selain menjadikan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebahagian program sepanjang hayat.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk mencapai matlamat itu juga, kegiatan dakwah Islamiah akan ditingkatkan manakala tulisan jawi terus diperkasa di sekolah-sekolah.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan berpendirian pendidikan agama merupakan asas pembinaan akhlak, sahsiah dan jati diri anak-anak.

“Mesyuarat penyelarasan antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini bersetuju supaya program itu diperluaskan,’’ katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ia merupakan maklum balas beliau selaku Menteri Pelajaran terhadap beberapa isu yang dibangkitkan perwakilan pada perhimpunan itu termasuk semasa Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Tambah beliau, antara program dakwah yang dimantapkan di sekolah-sekolah ialah kursus dakwah kepimpinan pelajar, tadarus al-Quran dan program solat bestari.

Katanya, setelah j-QAF diperkenalkan pada 2005, kelas pemulihan jawi telah diwujudkan bagi memulihkan murid-murid Islam yang tidak menguasai tulisan tersebut.

“Mulai 2005 hingga kini, tulisan jawi juga telah disisipkan dalam akhbar Utusan Melayu melalui usaha sama Kementerian Pelajaran,” katanya.
Read more…

Share This Post

Perkemas keahlian setiap tahun

October 17th, 2009 No comments

Utusan Malaysia

Najib Tun Razak berbincang sesuatu dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin semasa usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-60 di PWTC, semalam.



KUALA LUMPUR 16 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya senarai keahlian UMNO diperkemas dan disahkan setiap tahun di peringkat cawangan agar tiada nama ahli yang tercicir.

Timbalan Presiden UMNO berkata, rekod itu perlu supaya jumlah keahlian di peringkat cawangan sentiasa terkini dan setiap cawangan mengetahui jumlah sebenar keahlian mereka.

“Soal kena simpan rekod ini penting. Misalnya, kalau ada ahli-ahli yang sudah keluar ke tempat lain dan lima tahun tak balik kampung, tetapi selepas itu balik semula dan hendak bertanding, kita ada rekod.

“Kalau tak ada rekod di peringkat cawangan, akan timbul kesulitan. Jadi, kalau ada senarai yang disahkan setiap tahun, ia boleh membantu sama ada nama mereka ‘masih hidup’ dalam senarai keahlian di peringkat cawangan,” katanya semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pembaharuan yang dimasukkan dalam pindaan perlembagaan parti itu akan diberi perhatian dan yakin ia tidak sukar untuk dilaksanakan.

“Saya rasa dengan sistem baru yang telah diputuskan dalam perhimpunan agung kali ini, ia bukan saja menjadikan sistem kita lebih baik tetapi parti UMNO lebih demokratik,” katanya.
Read more…

Share This Post

Bangkit jadi parti berkhidmat, dekati rakyat

October 17th, 2009 No comments

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Perhimpunan Agung UMNO 2009 berakhir hari ini dengan 2,541 perwakilan dari seluruh negara menyahut seruan Presiden UMNO untuk bangkit menjadi parti yang mendekati rakyat dan berkhidmat kepada rakyat.

Para perwakilan memberi akujanji sedemikian ketika Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan beberapa pertanyaan kepada mereka di hujung ucapan penggulungannya.

“Nampaknya semangat kita dah berkobar-kobar. Saya nak tanya adakah tuan-tuan sudah bersedia untuk berubah?

Para perwakilan dengan nada sederap menjawab ‘Ya!’

Najib dalam nada suara yang lantang terus bertanya: “Apakah tuan-tuan dan puan-puan bersedia untuk bekerja? Apakah tuan-tuan akan mendekati rakyat? Apakah tuan-tuan bersedia menjadi parti yang kuat? Apakah tuan-tuan bersedia berkhidmat untuk rakyat?

Para perwakilan terus memberi jawapan “Ya!” pada setiap pertanyaan Presiden secara serentak.
Read more…

Share This Post

Pindaan Perlembagaan Umno diluluskan

October 16th, 2009 No comments

KUALA LUMPUR: Pindaan Perlembagaan Umno membabitkan tujuh perkara yang dibentangkan Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pada Perhimpunan Agung Khas, diluluskan sebuat suara.

Proses kelulusan cadangan pindaan itu mengambil masa kira-kira sejam, bermula dengan ucapan pembentangan oleh Naib Presiden Hishammuddin.

Ketika perhimpunan khas itu diadakan pada peringkat jawatankuasa, beberapa perwakilan bangkit menyatakan pandangan berhubung beberapa perkara, termasuk penetapan RM2 sebagai yuran untuk menjadi ahli Umno seumur hidup.

Bagaimanapun, selepas mendapat penjelasan Hishammuddin, mesyuarat diteruskan dan semua usul itu diluluskan.

Tujuh pindaan Perlembagaan Umno itu ialah :

Pindaan 1. Perluasan jumlah pemilih perwakilan. 146,000 akan terbabit dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT).

Pindaan 2. Sistem kuota pemilihan dihapuskan.

Pindaan 3. Tambahan satu wakil Wanita di peringat MT, Bahagian dan cawangan.

Pindaan 4. Pemilihan bahagian diadakan serentak.

Pindaan 5. Yuran tahunan dihapus, diganti yuran seumur hidup. RM2 bagi ahli baru.

Pindaan 6: Ketua-ketua sayap diberi kuasa untuk meluluskan permohonan ahli baru.

Pindaan 7. Taraf perwakilan kepada setiausaha bahagian secara automatik.

MISI DAN VISI UMNO BERUBAH.

Share This Post