Main Content RSS FeedLatest Entry

Perhimpunan Agung UMNO 2011 Capai Objektif – Najib

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2011, yang berakhir hari ini, mencapai empat objektif yang ditetapkan dan meletakkan anggota parti dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam ucapan penggulungannya, Perdana Menteri berkata para perwakilan telah mengarap dengan baik empat objektif yang ditetapkan beliau pada permulaan perhimpunan itu.

Objektif pertama ialah beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan UMNO satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa UMNO adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.

Objektif kedua pula, beliau mahukan perhimpunan itu membuktikan UMNO sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.

“Objektif ketiga, saya ingin supaya melalui perhimpunan ini kerajaan mendapat sokongan gagasan kita untuk membawa perubahan yang besar kepada negara kita yang kita gagaskan sebagai pelan transformasi nasional,” katanya.

Katanya tujuan perhimpunan itu juga adalah bagi mendapat mandat sepenuhnya daripada perwakilan untuk menjayakan pelan transformasi berkenaan.

Dalam objektif keempatnya, beliau mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyatMalaysiaboleh meletakkan keyakinan bahawa UMNO akan membawa negara dan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

Najib berkata perhimpunan kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai’ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan kekalahan UMNO pada pilihan raya lepas adalah disebabkan oleh anggota yang mengkhianati parti.

“Seperti yang disebut dalam ucapan Muhyiddin, kita perlu ada semangat berpasukan sebab bila kita analisa kekalahan dulu (pilihan raya umum 2008) kita kalah kerana ada orang UMNO yang mengkhianati partinya sendiri, betul tak?”, kata beliau dan disambut laungan daripada semua perwakilan dan pemerhati yang mengiyakan kata-katanya itu .

Beliau berkata jika semua anggota UMNO taat dan setia kepada parti, BN akan menang pada bila-bila masa kerana kekuatan dan perpaduan anggotanya.

“Bila balik ke kawasan kelak, janganlah meluat tengok muka Ketua Bahagian dan Ketua Bahagian pun bila tengok muka timbalannya, jangan pula ingat dia nak ambil jawatan ketua bahagian,” katanya.

Najib berkata semua anggota parti haruslah insaf dan sedar bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana jika UMNO tewas dan tersungkur, maruah agama dan bangsa juga turut binasa.

“Ini tanda transformasi besar parti telah bermula, pada detik saat ini, ketika bersejarah ini dalam dewan ini, ambillah seruan Allah (swt).

“Hendaklah kita bersiap sedia dengan segala kekuatan yang ada, lengkap diri masing-masing,  turun kemedanjuang sebagai satu saf yang padu, pasukan yang kukuh, barisan yang kuat dan jemaah yang ampuh”, katanya.

Share This Post

Recent Entries

PRU13: Muhyiddin ketuai perwakilan ikrar taat setia

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengetuai ikrar taat setia kepada parti, antaranya menolak hasad dengki sesama anggota, bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi,” lafaz Muhyiddin sambil diikuti perwakilan yang menggemakan dewan besar di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC).

Usaha itu dilihat bagi memastikan budaya cantas mencatas yang cuba dibendung habis-habisan dalam perhimpunan ‘terakhir’ sebelum pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Pendekatan itu juga dilihat hampir sama dengan bai’ah yang diamalkan dalam parti lawan PAS apabila setiap calon bertanding bersumpah dengan nama Allah untuk taat setia.

Ikrar taat setia itu berbunyi:

“Kami orang UMNO, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

Kami orang UMNO berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada YAB Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.

Kami orang UMNO bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Kami orang UMNO berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti.”

Sumpah itu juga menyebut mereka “orang Umno” memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihan raya nanti.

Antara lain dalam sumpah itu, mereka berikrar memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada presiden untuk memimpin mencapai kemenangan besar.

Sejurus selepas itu, beliau juga membaca doa “rabitah” atau memohon kekuatan daripada Allah.

Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya juga yakin parti itu akan menang besar dan mendapat kembali penguasaan dua pertiga di parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, tambahnya, terdapat tujuh syarat yang perlu dipatuhi terlebih dahulu.

Ia antaranya, bersatu, bersetia pada parti, berkidmat untuk parti dengan sepenuh hati, berkorban apa saja, berusaha gigih, reda jika tidak terpilih menjadi calon dan sentiasa bertawal.

“Jika kita bersungguh-sungguh mengamalkan ramuan-ramuan ini, insya-Allah parti kita Umno akan menang besar, sekurang-kurangnya dengan majoriti dua pertiga.

“Target kita mesti tidak kurang majoriti dua pertiga,” katanya lagi.

Share This Post

Ahli Mesti Jadi “Orang UMNO” Yang Taat, Setia Dan Tidak Khianati Parti

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu anggota UMNO sekadar menjadi anggota tetapi ‘orang UMNO’ yang taat dan setia kepada parti serta tidak sekali-sekali mengkhianati parti.

Sebagai ‘orang UMNO, katanya mereka hendaklah mempamerkan perwatakan itu melalui tindak-tanduk serta sistem nilai yang dipegang iaitu taat setia, tidak khianat, cinta dan kasih dan berkhidmat tanpa jemu dan berkorban kepada perjuangan parti.

“Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden di hadapan lebih 2,700 perwakilan dan pemerhati pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Dalam berijtihad, katanya orang UMNO harus mencipta kebaikan dalam parti.

Beliau berkata mengambil faham pengertian setia dan taat melalui syura dan musyawarah seperti difirmankan dalam Surah An-Nisa’ iaitu apabila keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.

Ketika mengupas pengertian menjadi orang Umno dalam konteks taat dan setia itu, Najib mengambil contoh ketaatan panglima perang Islam seperti Khalid al-Walid dan Usamah bin Zaid.

“Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa, sekalipun sedang berada di kemuncak karier. Menurut sejarahnya, (Khalid al-Walid) tidak pernah kalah perang.

Read More..

Share This Post

Ucapan dasar presiden Umno

Berikut ucapan dasar presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak  yang sedang disampaikan sempena Perhimpunan Agung Umno di Dewan Meredeka, PWTC.

Ucapan itu bertema: “Umno Menjuarai Transformasi”

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,

Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,

Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman,

Yang Berhormat Naib Presiden-Naib Presiden,

Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri,

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,

Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah,

Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi,

Ketua-Ketua Parti Komponen Barisan Nasional,

Dif-dif Kehormat,

Para Perwakilan, Pemerhati, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.

MUKADDIMAH

Saudara dan Saudari sekalian,

Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya.

Berbekal rasa tawadhu’ dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.

Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping, penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.

Seterusnya, Saidina Uthman Al-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat, simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja. Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah sepertimana Saidina Hamzah.

Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkan tali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam, sebagai penuh berstrategi. Semuanya dipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.
Read More..

Share This Post

Selamat Bersidang Para Perwakilan, Perhimpunan Agung UMNO 2011

Share This Post

Khairy Umpamakan Pembangkang “6 Jahanam” Versi Moden

KUALA LUMPUR 30 Nov – Pembangkang hari ini diumpamakan seperti kisah filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang berjudul 6 Jahanam yang disifatkan sebagai sebagai versi 6 jahanam moden.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata polemik politik jijik pembangkang yang cuba berangan-angan melaksanakan formula kehancuran negara dalam usaha mengangkat mereka di mata rakyat dalam usaha merebut kuasa.

Menurut beliau tindakan pembangkang yang cuba menjahanamkan sistem demokrasi negara dengan seringkali menggunakan kebangkitan  di Timur Tengah untuk menghasut rakyat ke arah revolusi jalanan seolah-olah sistem demokrasi tidak wujud di negara ini.

“Pada mereka sistem demokrasi itu tidak wujud di bawah pentadbiran BN.  Pada mereka BN adalah pencuri pilihanraya, menidakkan suara rakyat, dan menggunakan serba macam taktik kotor untuk kekal berkuasa.  Jika benarlah pakatan pembangkang mendukung demokrasi, mengapa sehingga hari ini mereka tidak pernah melahirkan rasa kesal mengenai insiden September 16?

“Tak cukup dengan itu, baru-baru ini Azmin Ali dengan gah mengumumkan hasrat PKR untuk memecah tembok penjara bagi membebaskan Anwar Ibrahim sekiranya didapati bersalah dalam kes liwatnya.

“Semestinya ini bukan kenyataan pendukung demokrasi yang sebenar.  Undang-undang negara, sistem kehakiman negara semuanya tidak diendahkan.  Dan konsep demokrasi ini hanya menjadi alat bermusim ke arah sasaran sempit mereka,“ katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan agung Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Khairy seterusnya berkata formula enam jahanam mereka seterusnya adalah untuk menjahanamkan sistem pentadbiran selain mejahanamkan maruah serta sejarah negara.

Read More..

Share This Post