Jun 16 2008

Aduan

Published by faizal under Uncategorized

Saya adalah salah seorang pemegang ijazah sarjana muda yang telah menyahut hasrat
kerajaan untuk menceburi bidang peruncitan pada usia yang muda (25 thn).Keluhan saya
adalah mewakili seluruh peniaga runcit agar pihak kementerian YB DATO menetapkan
harga siling barangan kawalan pada semua peringkat agar pemborong dan peniaga
menikmati keuntungan yang adil dan pada masa yang sama pengguna dapat membeli pada
harga siling.

Contohnya harga beras SST 5% ditetapkan pada harga RM 28.00 untuk pek 10kg dan
RM14.00 untuk pek 5kg. Untuk pengetahuan YB DATO pada minggu lepas saya menerima
harga dari pihak pemborong untuk pek 10kg ialah RM 27.00 dan untuk pek 5kg ialah
RM13.50 dan ini saya rasakan harga yang sangat munasabah.Tetapi hari ini (14/6/2008)
kenaikan telah berlaku(munkin disebabkan harga minyak naik) di mana saya menerima
stok beras SST5% pek 10kg pada harga RM 17.30 manakala RM14.70 untuk pek 5kg.

Di sini saya ingin bertanya adakah adil kami sebagai peruncit menjual beras pada
keuntungan yang sangat minimal lebih lebih lagi untuk pek 5kg iaitu 30 sen sahaja.
bukan itu sahaja,jika dahulu tempoh pembayaran adalah dalam tempoh 30 hari, kini
pemborong memberi tekanan dengan meminta kami melangsaikan pembayaran dalam tempoh
10-14 hari.

Dibawah ialah senarai pemborong beras dan tepung yang menaikan harga:

Eng Chua Chan Seremban (Serba Wangi Sdn Bhd)-Beras Jati

Yoon Hin Sdn Bhd Seremban-Beras Cap Jam

Jasmine (Seremban) Sdn Bhd -Beras Jasmine (Bagi beras Jasmine SST 15%, penghantaran
stok beras hanya di buat jika kami membayar secara tunai. Ini menyebabkan kami tidak
dapat menjual beras SST15% kerana kekurangan pusingan modal)

Bukan sahaja beras, harga minyak masak peket yang kami terima dari pihak pemborong
adalah pada harga RM 2.47.Adilkah kami untuk menjual minyak peket pada harga RM 2.50
dengan hanya keuntungan 3 sen sahaja.

Tepung Serbaguna yang dikawal harga (RM1.35) dibekalkan dengan harga RM 1.32(Harga
terkini). Itupun stok yang dihantar hanya mencukupi untuk 2 hari walaupun
penghantaran stok dilakukan sebulan sekali). Bagaimana kami hendak menjual dengan
hanya keuntungan 3 sen. Ini menyebabkan kami tawar hati untuk menjualnya.

Disebabkan itulah..kami sebagai peruncit mengharapkan pihak kementerian menetapkan
harga siling pada peringkat pemborong untuk barangan kawalan sepertimana harga ayam.

sekian

Shashi Paramarie
Bsc. (Hons)
1361 Cengal 3/2 Taman Ampangan 70400 Seremban

Share This Post

7 responses so far

May 13 2008

Carbine Product

Published by faizal under Uncategorized

What is the function of Top Overhaul Catalyst (TOC)?
It cleanses carbon layer, dirt, top cylinder as well as the valve system. It improves compression plus performance up to 35% (MPT/3G Test).

 What is the function of Engine Treatment Catalyst (ETC)?

- It cleans and remove excess dirt and also to protect engine components layers of Teftlon as an agent to avoid friction. ETC too enhance vehicle’s performance up to 35% and saves petrol.
- What is the side effect with regard to any vehicle?
- It has no side effects (such as destroying the components, oil spills, carbon, etc)
- Very effective in improving vehicle’s performance instantly
- Immediately after the problems lead to friction has been solved, the engine will run smoothly and becomes very effective. Thus, it gives result to petrol saving.

“Perfect Lubrication Works For Enhancing Engine Performance, Fuel Efficiency, Resiliency & Reliability”

More detail please visit our web site
http://www.xbinetech.com/
http://xbinetech.com/berita/

Email & Contact Person
X-Bine Technologies Sdn. Bhd. (8021690-D)
A2 - 13 tingkat 1, Plaza Gambut, Bagunan Mara
Negeri Pahang Jln Gambut, 25000 Kuantan Pahang

En. Kamarolzaman bin Hashim
019 9955 517
kamal@xbinetech.com
info@xbinetech.com

Share This Post

No responses yet

May 09 2008

Email : Hj Samsurejal Bin Hj Jamaran

Published by faizal under Uncategorized

Hj Samsurejal Bin Hj Jamaran
uucsbj@gmail.com

Assalamualaikum YB Datuk,
Let me briefly introduce myself.You may not know me but might recognised me due to our frequent brushes @ airports Senai / Subang, Golf clubs (RJCCC) since late 80’s. I’m Johor born running a small business outfit in JB with the family. Firstly a belated congratulatory message to you , not only for winning the recent
election in JB but also your re-elevation as a Minister which I personally believe was long overdue

I’m also an ord. UMNO member ( Pantai Pontian) but casted my vote at the Pulai Const. in JB. As for politics , I am never directly or actively involved , but like most of the rakyats, remains as an interested and consummate spectator.

My reason for engaging to e-mail you is mainly due to my wife’s constant pestering to write something about her predicament. My wife runs 2 petrol stations as a dealer, for the past ten years. She resigned from her position as a govt. servant to start this business.Ten years ago the business was ok. But in recent years she has been lamenting that the sprouting of new petrol stations has eaten into her profit (which is not that great to shout about) significantly.

In JB itself, there are no less than 10 petrol stations within a radius of 5 km that can be found.If ten years ago her station was the second along the route, now she found herself to be the fourth of fifth , not to mention the ones built across the road or somewhere around the neighbourhood.

Recently the petrol dealers association did make a plea to the govt. to freeze the issuance of new PDA’s.
I fervently hope that you would really look into this, perhaps not to fully meet the request of the association, but at least to consider granting permission of building new sites but not within 15-20 kms  from existing stations.

Being the state of the nation as what as it is now, I understand that you would be engrossed in more important and bigger issues than what I have been mentioning above, but  I strongly believe that my scribing on this petty issue would not escape your kind and considerate attention. Thank you and wassalam.

Share This Post

No responses yet

May 09 2008

Email : MG Aliwayat - MFD

Published by faizal under Uncategorized

MG Aliwayat - MFD
aliwayat@yahoo.com

YB Dato,
Saya ingin memberi pandangan pada YB dalam menangani masaalah subsidi dan kawalan harga sekarang. Pada prinsipnya  sangat perlu kajian terperinci yang betul di laksanakan kerana isu ini amatlah rapat dengan rakyat kerana ia memberi kesan yang direct dari saku ka perut.

Adalah penting di kenalpasti mengapa satu dasar yang murni berakhir dengan kehilangan keparcayaan rakyat- aspek aspek yang perlu jelas adalah:
- Sistem yang jelas dan tulus
- Struktur dan prosess
- Pengurusan
- Kebocoran (leakages)
- Pemantauan
- Sistem check dan audit
- Akauntability

(like flying…the state of the art technology means nothing so long as the pilot
behind the control is unreliable and tak amanah) , salam dan takniah atas tanggong
jawab yang mencabar dari kami  di MFD
 

Share This Post

No responses yet

May 05 2008

Syarikat GLC kerajaan melibatkan diri dalam bidang pertanian

Published by faizal under Uncategorized

Arjuna

Saya mencadangkan supaya syarikat GLC kerajaan melibatkan diri dalam bidang pertanian seperti penanaman padi dan mengimport beras dari negara luar untuk mempertingkat pengeluaran beras dan menampung pergantungan terhadap bernas dalam mengimport beras.

GLC juga perlu melibatkan diri dalam sektor perindustrian dan perkilangan yang menghasilkan barang keperluan utama seperti kilang tepung, minyak masak, gula dan barang lain yang mana sekarang ini banyak dimiliki oleh syarikat bukan bumiputra. Dengan penglibatan syarikat GLC dalam bidang2 tersebut maka kita tidak lagi akan diugut oleh pihak industri untuk menaikkan harga barang.

Selain dari itu, syarikat-syarikat koprat yang dimiliki bumiputra digalakkan untuk menyertai industri yang melibatkan keperluan barang utama dan menggalakan penyertaan usahawan menceburi bidang pertanian yang menggunakan teknologi moden.

sekian terima kasih.

Share This Post

2 responses so far

May 05 2008

Subsidy of Diesel. Let us regulate

Published by faizal under Uncategorized

Al-Bazz
environman@gmail.com

Kenyataan Datuk tempohari berkenaan harga dan bekalan diesel di stesyen minyak telah menimbulkan keresahan di kalangan para pengguna terutama pengusaha dan peniaga. Heboh sekarang kemungkinan harga diesel dinaikkan sehingga RM2.60 seliter sedangkan saya rasa perkara ini masih dalam peringkat perbincangan. Apakah spekulasi begini bakal menyebabkan bekalan diesel disorokkan demi mengaut keuntungan, Wallahualam.

Apapun saya ingin menyarankan agar satu mekanisma yang lebih terkawal dan sistematik digunakan bagi menangani kemelut subsidi diesel di pasaran. Saya ingin mengutarakan pendapat sebagai pengendali fleet di wilayah utara dengan perbelanjaan diesel mencecah RM100,000 sebulan, persoalan menaikkan harga diesel di pasaran pastinya mengakibatkan kesukaran kepada saya untuk mengawal kos operasi. Oleh itu, saya merasakan adalah perlu untuk pihak KPDNHEP untuk meneliti kembali kategori perusahaan yang diberikan subsidi. Keutamaan patut diberikan kepada pengusaha yang memberikan perkhidmatan terus kepada masyarakat umum. Misalnya perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang jelas sekali banyak menggunakan diesel untuk jentera mereka.

Untuk pemberian subsidi dan mengawal penggunaannya, adalah lebih baik untuk dilaksanakan menerusi fleetcard seperti kad mesra petronas atau fleetcard shell atau seumpamanya. Jadi, penetapan harga diesel tanpa subsidi boleh diteruskan di stesyen minyak. Pengusaha yang layak bolehlah menuntut kembali subsidi daripada kerajaan menerusi syarikat minyak yang memberikan perkhidmatan fleetcard tersebut. Dengan cara ini penyelewengan adalah minimum dan terkawal oleh kerana pihak sindiket atau pengguna yang tidak layak tidak dapat membeli diesel bersubsidi dari stesyen minyak. Para nelayan tidak lagi boleh memperolehi diesel dan menjual semula kepada industri kerana bekalan diesel yang dihantar adalah tanpa subsidi. Dan persatuan nelayan bolehlah menuntut kembali subsidi menerusi cara yang telah disebutkan tadi.

Apa pendapat YB Datuk?

Share This Post

2 responses so far

May 02 2008

SHAHRIR SAYS

Published by faizal under Uncategorized

On Beras Supply
07/04/2008

Saya juga sudah meminta para penguat kuasa kementerian saya untuk memantau keadaan itu sejak seminggu lalu. Setakat ini pihak saya belum menerima apa-apa laporan yang menunjukkan kekurangan bekalan beras,” katanya.

On SUBSIDIES
30/03/2008

“The council was set up before the elections and we hope to meet as soon as possible to see how we can tackle the matter in the interests of the consumers,” he told reporters after opening a function at SK Tanjung Puteri here.

Flour & Wheat
11/04/2008

The Cabinet has decided to continue subsidising wheat flour and white bread, which will cost the government RM364.8 million a year, Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs Datuk Shahrir Samad said yesterday.
to continue providing subsidies for wheat flour and white bread, which would cost RM20.4 million and RM10 million respectively every month. In a related development, the Malaysian Bakery, Biscuit,

NOODLE Price -“There is nothing much we can do as it is due to the increase in the cost of raw materials. Consumers will have to adjust to the new prices. It is up to them to judge how they want to spend their money,” he told The Star.

On the proposal by the Federation of Malaysian Consumer Associations (Fomca) to increase the number of import permits for raw materials needed to make noodles, Shahrir said the import of wheat flour was not restricted.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, ini kerana tepung berprotein rendah disenaraikan sebagai barang kawalan.

”Roti yang diperbuat daripada tepung gandum berprotein tinggi yang telah diperkaya lebih mahal kerana ia tidak dikawal oleh kerajaan.

”Tepung berprotein rendah lebih murah kerana kerajaan memberi subsidi RM20.5 juta sebulan kepada pengilang sebagai usaha mengurangkan beban rakyat”.

Diesel
12/04/2008

”Kita sedang tengok kemungkinan menaikkan harga diesel di stesen minyak tetapi (pada masa sama) kita bagi bantuan kepada golongan tertentu.

06/04/2008
Consumer Affairs Minister Shahrir Samad was quoted saying the bulk of the subsidies would go for a new octane 95 fuel for use in most vehicles, while a higher octane petrol for luxury cars and SUVs would get less state support. According to the New Straits Times, Shahrir said the government would save costs by mainly subsidising only one type of fuel. It currently subsidises two types, octane 92 and octane 97.

On Jawatankuasa Kawalan Harga
23/3/2008

Pada dasarnya kita akan teliti dan perhalusi cadangan itu sebelum membuat sebarang pendirian,” katanya. Mengenai jawatan menteri yang baru disandangnya, beliau berjanji akan berusaha mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga barang dan petrol yang berlaku sekarang. Sebagai langkah awal, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

24/03/2008
Malaysia’s price-control system which is designed to suppress the cost of essential goods is “a joke”, the new domestic trade minister said according to a report Monday.

But the ministry assures consumers that their interests would be taken care of with the introduction of new mechanisms. 

Stating, “we will turn everything inside out,” new minister Datuk Shahrir Abdul Samad said that the Prime Minister had told all ministers to be prepared to do anything to make things better in the country. 

“Whatever we do, we must ensure there is abundant and sufficient supply (of consumer goods),” he told reporters here on Monday after taking over as minister from Datuk Shafie Apdal at the ministry.

On PBT
24/03/2008

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad berkata, semua ahli majlis PBT BN memainkan peranan besar dalam memantapkan lagi sesuatu parti supaya semua rakyat yakin dengan pentadbiran yang digerakkan oleh kerajaan.

“Mereka perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat sebaik mungkin kerana setiap tugasan itu merupakan kepercayaan yang dipertaruhkan oleh masyarakat untuk kita.

“Kerana kepercayaan rakyat itulah kita masih lagi kekal mentadbir kerajaan walaupun kita hilang suara dua pertiga di Dewan Rakyat. Jadi jangan mempersia-siakan kepercayaan itu,” katanya.

On Manufacturers , millers , traders
24/03/2008

Producers and manufacturers who assert control over the pricing of consumer goods will be stopped, said Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad today.

On Afta
24/03/2008
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, walaupun ramai menyedari kewujudan AFTA menerusi pengecualian tarif produk asing tertentu sejak 2003, namun masih ada menganggap barang keperluan tempatan terbaik hanya boleh diperoleh dari sempadan negara.

“Although many are aware of AFTA, a comprehensive program of regional tariff reduction, which has already been in existence since 2003, Malaysia keeps thinking of its boundary only in getting goods for its consumers,” Malaysian national news agency Bernama quoted Shahrir as saying.

We are labouring under the belief that Malaysia is a big market whereas our domestic market is actually quite small, so it is easy for a few businessmen and manufacturers to control it.

We may think that in exchange for this control of the market, we will get reasonable prices, but for all we know the supply may be better if we open up the market.

On Sabah and Sarawak
30/03/2002
“Kita kena mengambil kira sokongan politik dan sumbangan ke arah kestabilan politik oleh parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak.  

Share This Post

No responses yet

May 01 2008

Harga beras terus naik

Published by faizal under Uncategorized

ALOR STAR 1 Mei — Penduduk di negeri ini berhadapan dengan kenaikan harga antara 15 hingga 40 peratus walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi jaminan harga beras super tempatan dikawal dan tidak boleh dinaikkan.

Semalam, Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beras super tempatan ditetapkan antara RM16.50 dan RM17.50 bagi sekampit 10 kilogram.

Namun tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, Kedah yang terkenal sebagai negeri jelapang padi turut tidak terkecuali daripada mengalami kenaikan harga beras.

Tinjauan di sekitar bandar raya ini, mendapati hampir kesemua jenis beras naik mendadak sekitar 15 hingga 40 peratus.

Harga beras gred super seberat lima kilogram sekarang dijual dengan harga RM13.50 berbanding sebelum ini RM8 dan beras gred super seberat 10 kilogram sekarang dijual dengan harga RM27 berbanding RM16 sahaja sebelum ini.

Bagi beras Jati pula, paket lima kilogram dijual dengan harga RM11.50 berbanding RM10.60 sebelum ini manakala beras Jati seberat 10 kilogram dijual dengan harga RM21.50 berbanding RM19.50 sebelum ini.

Beras import seperti beras wangi Siam naik antara RM8 dan RM10 sekampit seberat 10 kilogram mengikut gred.
Continue Reading »

Share This Post

No responses yet

May 01 2008

Kami tiada pilihan - Peniaga runcit

Published by faizal under Uncategorized

SEREMBAN 1 Mei - Tinjauan di beberapa kedai runcit dan pasar raya di sekitar bandar ini mendapati harga beras pelbagai gred dan jenama meningkat.

Peniaga-peniaga runcit terpaksa menaikkan harga beras kerana pemborong mengenakan harga baru yang lebih tinggi kepada mereka.

Peniaga runcit, Koh Kok Yong, 45, berkata, beliau tiada pilihan selain menaikkan harga beras pada sekurang-kurangnya 30 sen sekilogram disebabkan oleh kenaikan harga beras kira-kira 10 peratus oleh pemborong.

Tambahnya, memang ada pelanggan yang merungut namun jika harga runcit beras tidak dinaikkan, beliau akan menanggung kerugian.

”Jika dulu saya menjual beras Siam pada harga RM2.10 sekilogram, kini saya terpaksa menjualnya pada harga RM2.40 sekilogram,” ujar Kok Yong ketika ditemui di sini hari ini.

Selain itu, jelas beliau, harga beras pulut turut dinaikkan kepada RM3.40 sekilogram berbanding dengan harga lama RM3.00 sekilogram.
Continue Reading »

Share This Post

No responses yet

Apr 30 2008

Harga beras ‘tak masuk akal’

Published by faizal under Uncategorized

KUANTAN 29 April - Penduduk di bandar ini merungut berikutan harga beras yang dikatakan melambung sehingga tidak masuk akal sejak akhir-akhir ini.Mereka mendakwa, beras gred super tempatan yang biasanya berharga antara RM1.60 hingga RM1.80 sekilogram, melambung kepada RM2.70 hingga RM2.90 sekilogram.

Bagi beras basmati untuk nasi beriani pula, menurut mereka, kini melambung sehingga RM3.80 sekilogram berbanding RM3.20 atau RM3 sekilogram sebelum ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa pasar raya di sekitar Kuantan mendapati dakwaan pengguna terbabit ada kebenarannya apabila beras gred super kini dijual dengan harga antara RM26 hingga RM28 sekampit (10 kilogram).

Harga beras gred super di kebanyakan pasar raya juga didapati tidak seragam tetapi kesemuanya melebihi RM26 sekampit (10 kilogram). Beberapa pengguna yang ditemui mengeluh dengan kenaikan harga tersebut dan meminta Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memantau perkembangan tersebut.
Continue Reading »

Share This Post

One response so far

Next »