Feb 13 2008

Parlimen JB

Published by faizal

ybdatoshahrirsmall.jpg
YB. Dato’ Hj. Shahrir bin Hj. Abdul SamadP160 JOHOR BAHRU
Jumlah Pengundi: 89,725
Peratusan Kaum: M: 51.03%C: 43.71%I: 4.78%
 
1. Datuk Sharil@Shahrir Ab. Samad (BN)
2. Hassan Karim (PRM)
 
Jumlah undi:
Majoriti:
Undi rosak:
 
Penyandang: Datuk Shahrir Abd. Samad (BN)
(Majoriti: 46,792 undi) 

Latar Belakang
Saya dilahirkan pada 22hb November 1949 di Kuantan, Pahang sebagai anak ketiga dan lelaki sulong kepada keluarga seorang guru. Walaupun ayah dan ibu saya berasal dari Muar, Johor, tetapi ayah yang berkidmat dengan kerajaan diarahkan bertugas merata Semenanjung Malaysia. Maka saya turut bersekolah di Kuala Pilah, Kota Bharu dan Kuala Terenganu.  Hanyalah diperingkat sekolah menengah, saya mengalami dunia persekolahan yang lebih tetap apabila saya belajar di Kolej Melayu sehinggalah tamat Tingkatan 6.  Ijazah pertama saya ialah B.Ec. dalam jurusan Perangkaan (Statistics) dari Universiti Malaya (1972) dan pada 1977, saya berpeluang memperolehi ijazah sarjana dalam jurusan pengurusan perniagaan (MBA) di IMEDE (sekarang IMD), Lausanne.

Kerjaya saya dalam politik bermula pada 1973 sungguhpun saya perlu berkhidmat dengan Chartered Bank selepas tamat pengajian di universiti untuk memenuhi keperluan biasiswa bank itu. Saya bernasib baik diberi peluang untuk bertugas sebagai seorang Setiausaha Politik, mula-mula kepada Allahyarham Tun Dr. Ismail (Menteri Perdagangan & Perindasterian), Tan Sri Musa Hitam (Menteri Perusahaan Utama), Allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri) dan Allahyarham Tun Hussein Onn (Perdana Menteri). Dalam Pilihanraya 1978, saya diberikan kepercayaan oleh pucuk pimpinan BN untuk bertanding di kawasan Parlimen Johor Bahru. Saya mewakili Johor Bahru sehingga Pilihanraya 1990 apabila saya menyerahkan tugas itu kepada bekas setiausaha politik saya, Mohd Khaled Nordin. Pada Pilihanraya 2004, saya kembali sebagai calun BN untuk Johor Bahru dan yang sangat memerangsangkan ialah kemenangan BN di Johor Bahru dengan majoriti yang tertinggi sekali bagi semua kawasan Parlimen yang ditandingi pada pilihanraya itu. 

Dari segi jawatan politik pula, selain daripada jawatan setiausaha politik, saya telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (1978-79), Timbalan Menteri Kewangan (1980-81), Timbalan Menteri Perdagangan & Perindusterian (1982-83), Menteri Wilayah Persekutuan (1983-85) dan akhir sekali selaku Menteri Kebajikan(1985-87). Selain daripada jawatan-jawatan dalam Kerajaan, saya turut juga aktif dialam kegiatan peringkat Parlimen, terutamanya dalam persatuan peringkat antarabangsa, dengan memegang jawatan sebagai Ahli Exco Commonwealth Parliamentary Association (CPA) sehinggalah sebagai Presiden persatuan itu.

Jawatan
Ketua, UMNO Bahagian Johor Bahru
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

Barisan Nasional
Pengerusi, BN Johor Bahru

Parlimen Malaysia
Pengerusi, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara 
Parlimen Malaysia (Public Accounts Committee)

Syarkat Milik Kerajaan
Pengerusi, Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

Syarikat Milik Sendiri
Pengerusi/Pengarah Urusan, Saske Corporation Sdn Bhd
Pengerusi/Pengarah Urusan, Saske Leisure Systems Sdn Bhd
Pengerusi/Pengarah urusan, Saske Associates Sdn Bhd
Pengerusi/Pengarah Urusan, Saskevest Sdn Bhd

No responses yet

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply