Feb 24 2008

BN – 6 parlimen dan 2 DUN, PAS 1 DUN

Published by faizal at 6:44 am under Berita Pilihanraya

BN menang tanpa bertanding di enam kerusi parlimen, empat di Sarawak dan masing-masing satu di Sabah dan Johor. Sementara kerusi DUN dimenangi di Sabah dan Selangor. PAS pula menang di DUN Kijang, Kelantan.

Dalam pilihanraya umum 2004, 17 calon menang tanpa bertanding bagi kerusi parlimen dan 12 bagi kerusi DUN.

Berikut senarai kerusi dan calon yang menang:

Sementa – BN

BN menang satu kerusi DUN di Selangor setelah calon PKR tidak hadir.

Kerusi Sementa, yang disandang exco negeri Datuk Abd Rahman Palil, kembali kepada BN setelah calon PKR yang diumum untuk bertanding, Suzaimi Salam, tidak muncul.

Bugaya – BN

Datuk Ramlee Marbahan menang tanpa bertanding di DUN Bugaya, Sabah.

Pengerang – BN

Datuk Azalina Othman Said menang tanpa bertanding kali ini, seperti dalam pilihanraya 2004, bagi kerusi parlimen Pengerang.

Kalabakan – BN

Hanya calon BN, Datuk Abdul Ghapur Salleh, menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon bagi kerusi parlimen Kalabakan setelah tempoh pencalonan ditutup.

Kijang – PAS

PAS yang mencalonkan Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding di kerusi DUN Kijang bawah parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ia kerana calon BN Mustopha Ahmed sebelum ini didapati muflis oleh Mara dan secara automatik gugur kelayakan sebagai calon pilihan raya.

BN Sarawak – menang empat kerusi

Kerusi-kerusi parlimen Tanjung Manis, Selangau, Kapit dan Kanowit dimenangi BN tanpa bertanding.

Anak bekas ketua menteri Sarawak, Norah Tun Abd Rahman, calon BN di Tanjung Manis, Joseph Entulu Belaun (Selangau), Alexander Nanti Linggi (Kapit) dan Ago Dagang (Kanowit).

No responses yet

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply