Mar 05 2008

TERUSKAN SOKONG SHAHRIR – MUSA

Published by faizal at 12:46 pm under Ahli Parlimen Johor Bahru, Berita Pilihanraya

datomusa.jpgHUBUNGAN rapat antara Tun Musa Hitam Musa dan Datuk Shahrir Abdul  Samad yang sekian lama terjalin memang diketahui ramai dan bukan  satu rahsia lagi.  
   
Malah, di kalangan pemimpin-pemimpin politik di Johor sering menggelarkan Shahrir sebagai `budak Musa`. Maka apabila `tenggelam` Musa di arena politik tanahair maka dianggap akan lenyap juga senarai nama Shahrir daripada barisan pemimpin politik Johor dan Malaysia.
  
Sejarah pernah membuktikan apabila Musa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri maka kerjaya Shahrir sebagai menteri juga turut `melayang.`
   
Namun, Shahrir sudah kembali secara aktif dalam politik dan kini  menduduki barisan kerusi Majlis Tertinggi UMNO (MT UMNO) dan Ketua Bahagian UMNO Johor.
   
Beliau juga kini kembali sekali lagi untuk mengekalkan kedudukannya sebagai penyandang kerusi Parlimen Johor Bahru. Dalam `dua siri` kerjaya politik Shahrir, beliau pernah bertanding di kerusi itu sebanyak enam  kali.

Kini sekali lagi dalam kehangatan suasana berkempen, Musa  sebagai `mentor` Shahrir muncul bersama-sama berkempen untuk anak didiknya itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-12, pada 8 Mac ini.

Musa yang sebenarnya masih mempunyai sengatnya tersendiri ternyata masih mampu memukau kehadiaran orang ramai yang mendengar ceramah pendeknya di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Datuk Hajjah Hasnah di Kampung Majidee, Johor Bharu. Turut  hadir pada majlis itu adalah  Shahrir dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Puteri, Ali Mohamed.

Beliau mengakui kehadirannya itu adalah semata-mata untuk anak didiknya itu yang dianggap sebagai seorang yang sentiasa mempunyai sikap terbuka dan sanggup memberikan apa sahaja kritikan demi kebaikan bangsa, agama  dan negara.

Katanya, UMNO adalah sebuah parti utama untuk orang Melayu,   sentiasa berkembang dan sangat memerlukan seseorang pemimpin yang mempunyai fikiran terbuka dan mampu melakukan kritikan secara membina.

Oleh itu beliau mengingatkan agar pengundi Johor Bahru tidak berbelah bahagi dalam memberikan undi mereka kepada Shahrir agar apa yang diusahakan sebelum ini, sedang dan akan dapat diteruskan sehingga berjaya.

oleh SASKE

(Ikuti wawancara bersama Musa dalam laporan seterusnya…)

No responses yet

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply