Archive for February, 2008

Feb 25 2008

BN lancar manifesto `Selamat, Aman, Makmur’

Published by faizal under Berita Pilihanraya

KUALA LUMPUR 25 Feb.- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) dengan slogan `Selamat, Aman, Makmur’.

Pengerusi BN berkata, BN di dalam manifesto itu berikrar mengotakan janji demi kesejahteraan rakyat.

No responses yet

Feb 25 2008

Mengapa BN?

Published by faizal under Berita Pilihanraya

3 Sebab Kukuh

1. Sistem perkongsian kuasa yang terbukti

Perpaduan dalam menghadapi kegentingan – inilah falsafah yang didokong oleh kami sejak Kemerdekaan dan zaman permulaan parti Perikatan. Walaupun parti komponen BN diwakili pelbagai kumpulan berbeza, setiap keputusan penting dicapai dengan persetujuan ramai, bagi membuahkan hasil yang terbaik untuk Negara.

Setiap kumpulan berhak bersuara, namun matlamat muktamad ialah kepentingan Negara tetap terpelihara.

Sistem perkongsian kuasa ini menuntut kompromi dan juga kefahaman mengenai pengorbanan yang perlu bagi menjamin keselamatan, keamanan serta kemakmuran Negara. Ini memerlukan perkongsian pendapat mengenai Negara, sesuatu yang telah berjaya dicapai sepanjang perkongsian kuasa yang berdekad lamanya. Berapa banyakkah pakatan boleh mengaku mereka benar-benar bersepadu seperti ini?

2. Kerajaan yang terbukti berkesan

Kemakmuran serta keselamatan yang dinikmati sejak 50 tahun Kemerdekaan membuktikan keberkesanan kerajaan pimpinan BN. Dari agenda pertumbuhan ekonomi, hinggalah pembasmian kemiskinan, kerajaan BN telah menghasilkan kejayaan demi kejayaan.

Dalam masa empat tahun yang lepas, kerajaan BN telah terus berusaha merealisasikan mandat 2004 rakyat yang begitu tinggi harapannya. Keadaan semasa amat mencabar: harga komoditi yang kian meningkat, serangan penyakit SARS, ekonomi sedunia yang tidak menentu, harapan rakyat yang tinggi. Tetapi kerajaan BN tetap tabah, dan hasilnya Negara berjaya menempuh saat-saat genting ini dengan lebih baik berbanding negara-negara lain. Malaysia tetap mengalami pembangunan yang pesat walaupun berhadapan dengan cabaran-cabaran tersebut.

3. Keberanian menghadapi cabaran, berwawasan menghadapi masa depan

Dunia kini semakin mencabar. Kemungkinan kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat serta ancaman pengganas yang berleluasa telah menimbulkan ketakutan serta pandangan yang pesimis. Pada masa yang sama, Malaysia berada di persimpangan jalan. Negara kita perlu menguasai persaingan global dengan menjana ekonomi pengetahuan (knowledge economy). Rakyat Malaysia perlu maju dari segi sosial serta budaya. Kesemua ini, dan banyak lagi perkara lain, perlu dicapai tanpa mengorbankan keselamatan, keamanan serta kualiti hidup rakyat.

Setelah memimpin Negara menghadapi saat-saat genting, serta pelbaai fasa ekonomi yang beragam, kita sedar kita perlu sentiasa pragmatik dan bertanggungjawab. Kita tidak akan sekali-kali menyuarakan janji kosong atau yang merbahaya seperti yang dilakukan oleh parti-parti lain. Seperti yang telah kita kotakan sebelum ini, kita akan membuat pilihan yang betul, dan kita akan berusaha mempersediakan Negara ini untuk menghadapi masa hadapan.

No responses yet

Feb 25 2008

BN lancar manifesto `Selamat, Aman, Makmur’

Published by faizal under Berita Terkini

manifesto2008.jpg
Sila klik Muat turun Manifesto BN 2008
Sila klik Laman Web BN 2008

No responses yet

Feb 25 2008

Mengapa Harga Barangan Meningkat?

Published by faizal under Berita Pilihanraya

proven_table_hmetro.jpg
Bahan mentah sedunia – dari komoditi pertanian, minyak mentah, hinggalah logam – telah mencapai harga tertinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini

Kepesatan pembangunan ekonomi negara-negara besar seperti China dan India telah menyumbang kepada kenaikan permintaan bahan mentah secara mendadak. Pada masa yang sama, pengeluaran bahan mentah ini kerap terganggu akibat cuaca buruk, kehausan sumber dan ketidakstabilan geopolitik.

Gabungan permintaan yang tinggi serta pengeluaran yang menurun tersebut mengakibatkan harga bahan mentah meningkat di seluruh dunia. Keadaaan ini seterusnya menyebabkan kenaikan harga barangan serta perkhidmatan yang berkaitan.  Fenomena ini dirasai oleh penduduk di seluruh dunia.

Peningkatan harga barang di Malaysia tidak setinggi peningkatan di negara-negara lain. Walaubagaimanapun, bagi mengurangkan kesan kenaikan harga sedunia terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah, kerajaan BN telah mengambil pelbagai langkah seperti mengekalkan harga barangan terkawal seperti beras, tepung dan petrol pada tahap yang rendah. Kerajaan BN juga telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan ekonomi negara berkembang pesat supaya kadar pengangguran dikekalkan pada tahap rendah.

artikel dari laman : http://bn2008.org.my/

One response so far

Feb 25 2008

Peta Kawasan Pilihan Raya Negeri Johor

Published by faizal under Berita Pilihanraya

 

P140 SEGAMAT P141 SEKIJANG P142 LABIS P143 PAGOH P144 LEDANG P145 BAKRI P146 MUAR P147 PARIT SULONG P148 AYER HITAM P149 SRI GADING P150 BATU PAHAT P151 SIMPANG RENGGAM P152 KLUANG P153 SEMBRONG P154 MERSING P155 TENGGARA P156 KOTA TINGGI P157 PENGERANG P158 TEBRAU P159 PASIR GUDANG P160 JOHOR BAHRU P161 PULAI P162 GELANG PATAH P163 KULAI P164 PONTIAN P165 TANJONG PIAI

Kawasan Parlimen Negeri Johor

P140: SEGAMAT
P141: SEKIJANG
P142: LABIS
P143: PAGOH
P144: LEDANG
P145: BAKRI
P146: MUAR
P147: PARIT SULONG
P148: AYER HITAM
P149: SRI GADING
P150: BATU PAHAT
P151: SIMPANG RENGGAM
P152: KLUANG

P153: SEMBRONG
P154: MERSING
P155: TENGGARA
P156: KOTA TINGGI
P157: PENGERANG
P158: TEBRAU
P159: PASIR GUDANG
P160: JOHOR BAHRU
P161: PULAI
P162: GELANG PATAH
P163: KULAI
P164: PONTIAN
P165: TANJONG PIAI

Dewan Undangan Negeri

N1: BULOH KASAP
N2: JEMENTAH
N3: PEMANIS
N4: KEMELAH
N5: TENANG
N6: BEKOK
N7: BUKIT SERAMPANG
N8: JORAK
N9: GAMBIR
N10: TANGKAK
N11: SEROM
N12: BENTAYAN
N13: SUNGAI ABONG
N14: BUKIT NANING
N15: MAHARANI
N16: SUNGAI BALANG
N17: SEMERAH
N18: SRI MEDAN
N19: YONG PENG (18,328)
N20: SEMARANG
N21: PARIT YAANI
N22: PARIT RAJA
N23: PENGGARAM
N24: SENGGARANG
N25: RENGIT
N26: MACHAP
N27: LAYANG-LAYANG
N28: MENGKIBOL

N29: MAHKOTA
N30: PALOH
N31: KAHANG
N32: ENDAU
N33: TENGGAROH
N34: PANTI
N35: PASIR RAJA
N36: SEDILI
N37: JOHOR LAMA
N38: PENAWAR
N39: TANJONG SURAT
N40: TIRAM
N41: PUTERI WANGSA
N42: JOHOR JAYA
N43: PERMAS
N44: TANJONG PUTERI
N45: STULANG
N46: PENGKALAN RINTING
N47: KEMPAS
N48: SKUDAI
N49: NUSA JAYA
N50: BUKIT PERMAI
N51: BUKIT BATU
N52: SENAI
N53: BENUT
N54: PULAI SEBATANG
N56: KUKUP

One response so far

Feb 24 2008

Temuramah Bersama YB. Dato’ Shahrir Abdul Samad

Published by faizal under Ahli Parlimen Johor Bahru

tokrir21.gif
Temuramah bersama YB. Dato’ Shahrir Abdul Samad diSaujana Kediaman Menteri Besar Johor.
Video siri 1 – klik disini
Video siri 2 – klik disini
Video siri 3 – klik disini
Video Watikah Bagi Parlimen BN Johor Bahru – klik disini

No responses yet

Feb 24 2008

Suasana Penamaan Calon BN Parlimen Johor Bahru

Published by faizal under Berita Pilihanraya

http://www.umnojb.com.my/pencalonan/images/IMG_4547.jpg

Sila layari galeri Pilihanraya BN Parlimen Johor Bahru klik disini  http://www.umnojb.com.my/pencalonan/images/IMG_4587.jpg

Sila layari Visual TV Parlimen
Johor Bahru
klik disini

No responses yet

Feb 24 2008

10 calon menang tanpa bertanding

Published by faizal under Berita Pilihanraya

Berikut adalah senarai calon yang menang tanpa bertanding:

PARLIMEN

1. Datuk Seri Azalina Othman (BN) – Pengerang (Johor)

2. Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN) – Kalabakan (Sabah)

3. Tan Sri Joseph Kurup (BN) – Pensiangan (Sabah)

4. Aaron Ago Dagang (BN) – Kanowit (Sarawak)

5 Joseph Entulu Belaun (BN) – Selangau (Sarawak)

6. Alexander Nanta Linggi (BN) – Kapit (Sarawak)

7. Norah Tun Abdul Rahman (BN) – Tanjong Manis (Sarawak)

DEWAN UNDANGAN NEGERI

8. Datuk Ramlee Marahaban (BN) – Bugaya (Sabah)

9. Datuk Abdul Rahman Palil (BN) – Sementa (Selangor)

10. Wan Ubaidah Omar (Pas) – Kijang (Kelantan)

No responses yet

Feb 24 2008

BN – 6 parlimen dan 2 DUN, PAS 1 DUN

Published by faizal under Berita Pilihanraya

BN menang tanpa bertanding di enam kerusi parlimen, empat di Sarawak dan masing-masing satu di Sabah dan Johor. Sementara kerusi DUN dimenangi di Sabah dan Selangor. PAS pula menang di DUN Kijang, Kelantan.

Dalam pilihanraya umum 2004, 17 calon menang tanpa bertanding bagi kerusi parlimen dan 12 bagi kerusi DUN.

Berikut senarai kerusi dan calon yang menang:

Sementa – BN

BN menang satu kerusi DUN di Selangor setelah calon PKR tidak hadir.

Kerusi Sementa, yang disandang exco negeri Datuk Abd Rahman Palil, kembali kepada BN setelah calon PKR yang diumum untuk bertanding, Suzaimi Salam, tidak muncul.

Bugaya – BN

Datuk Ramlee Marbahan menang tanpa bertanding di DUN Bugaya, Sabah.

Pengerang – BN

Datuk Azalina Othman Said menang tanpa bertanding kali ini, seperti dalam pilihanraya 2004, bagi kerusi parlimen Pengerang.

Kalabakan – BN

Hanya calon BN, Datuk Abdul Ghapur Salleh, menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon bagi kerusi parlimen Kalabakan setelah tempoh pencalonan ditutup.

Kijang – PAS

PAS yang mencalonkan Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding di kerusi DUN Kijang bawah parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ia kerana calon BN Mustopha Ahmed sebelum ini didapati muflis oleh Mara dan secara automatik gugur kelayakan sebagai calon pilihan raya.

BN Sarawak – menang empat kerusi

Kerusi-kerusi parlimen Tanjung Manis, Selangau, Kapit dan Kanowit dimenangi BN tanpa bertanding.

Anak bekas ketua menteri Sarawak, Norah Tun Abd Rahman, calon BN di Tanjung Manis, Joseph Entulu Belaun (Selangau), Alexander Nanti Linggi (Kapit) dan Ago Dagang (Kanowit).

No responses yet

Feb 24 2008

Penamaan calon Parlimen Johor Bahru, Adun Tanjong Puteri & Stulang

Published by faizal under Berita Pilihanraya

Johor Bahru Di kawasan Parlimen Johor Bahru  pula (P.160, N.44 dan N.45), lebih 1000 penyokong Barisan Nasional, YB. Dato’ Shahrir Samad, Hj. Adam Sumiru dan Mok Chek Hou melahirkan sokongan apabila berkumpul di padang Pejabat Daerah Johor Bahru.

img_4729.jpg
PARLIMEN JOHOR BAHRU P.160
Barisan Nasional - YB. Dato’ Hj. Shahrir bin Hj. Abdul Samad
PRM -  Hassan Karim

img_4718.jpg
TANJONG PUTERI N.44
Barisan Nasional - Hj. Adam Sumiru
PKR – Subramaniam a/l Baitathally

img_4716.jpg
STULANG N.45
Barisan Nasional – Mok Chek Hou
DAP - Norman Joseph Fernandez
PRM – Song Sing Kwee

img_4610.jpg

img_4587.jpg

No responses yet

Feb 24 2008

Calon Pas menang tanpa bertanding di DUN Kijang, calon BN muflis

Published by faizal under Berita Pilihanraya

KOTA BHARU 24 Feb. – Calon Pas, Wan Ubaidah Omar diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kijang di Kelantan selepas calon Barisan Nasional (BN), Mustopha Ahmed didapati tidak layak untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-12, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan, Rahim Mohd. Salleh.

Bercakap kepada Bernama di sini, Rahim berkata, rekod mendapati Mustopha sebelum ini didapati muflis oleh Mara dan secara automatik gugur kelayakan sebagai calon pilihan raya.

“Berikutan itu kertas pencalonan BN ditolak SPR dan calon Pas menang tanpa bertanding,” katanya.

Terdahulu selepas tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi ini hanya kedua-dua calon itu yang menyerahkan borang penamaan di pusat penamaan calon di Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa Satu dekat sini.

Mustopha ketika ditemui berkata, beliau kecewa dengan insiden itu.

Katanya, beliau pernah menjadi penjamin kepada pinjaman yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan beberapa tahun lepas.

“Tetapi saya telah bayar penuh hutang itu,” katanya yang berhasrat untuk membuat rayuan kepada SPR termasuk ke mahkamah. – Bernama

No responses yet

Feb 24 2008

BN menang tanpa bertanding di Kalabakan

Published by faizal under Berita Pilihanraya

KOTA KINABALU 24 Feb. – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Ghapur Salleh, menang tanpa bertanding di Parlimen Kalabakan.

Abdul Ghafur diisytihar menang setelah hanya beliau sahaja yang menyerahkan borang pencalonan selepas tempoh pencalonan ditutup.

No responses yet

Feb 24 2008

BN menang tanpa bertanding di DUN Bugaya

Published by faizal under Berita Pilihanraya

KOTA KINABALU 24 Feb. – Calon Barisan Nasional, Datuk Ramlee Marahaban menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bugaya di Sabah.

No responses yet

Feb 24 2008

Azalina menang tanpa bertanding

Published by faizal under Berita Pilihanraya

JOHOR BAHRU 24 Feb. _ Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said menang tanpa bertanding kerusi Parlimen Pengerang selepas tidak ada calon lain yang tampil mengemukakan borang pencalonan sehingga tempoh penamaan calon ditutup pukul 10 pagi ini.

No responses yet

Feb 24 2008

Penamaan calon lancar – SPR

Published by faizal under Berita Pilihanraya

PUTRAJAYA 24 Feb. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Abd. Rahman berkata, proses penamaan calon pagi ini berjalan lancar dalam suasana yang amat baik dan amat menarik.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para penyokong parti dan rakyat yang memberikan kerjasama baik kepada SPR semasa proses penamaan calon.

“Sepanjang pengalaman saya, proses penamaan pagi ini amat baik dan paling lancar. Yang paling saya suka, ianya dalam suasana aman,” katanya.

No responses yet

Feb 23 2008

Senarai Calon BN Parlimen Johor Bahru

Published by faizal under Berita Pilihanraya


PARLIMEN JOHOR BAHRU P.160
YB. Dato’ Hj. Shahrir bin Hj. Abdul Samad


TANJONG PUTERI N.44
Adam Sumiru (muka baru)
(Menggantikan Ali Mohamed)


STULANG N.45
Mok Chek Hou (muka baru)
(Menggantikan Freddie Long Hoo Hin)

No responses yet

« Prev - Next »