Archive for February, 2008

Feb 29 2008

Sistem Penyampaian Awam Yang Cekap

Published by faizal under Berita Pilihanraya

proven_publicservice_hmetro.gif

No responses yet

Feb 29 2008

Pendirian Pas semakin goyah

Published by faizal under Berita Pilihanraya

AYAT pertama dalam surah al-Humazah berbunyi “Celaka untuk setiap pengumpat, penista’” yang menunjukkan bahawa soal mengumpat tidak boleh dipandang remeh kerana ia berdosa.

Mengumpat secara ringkas bermakna bercakap tentang orang lain tetapi apa yang diperkatakan itu lebih kepada keburukan dengan tujuan menjatuhkan maruah atau air muka seseorang.

Jika ini yang dibenarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam setiap kempen yang dijalankan oleh parti itu, ini bermakna Pas sudah ketandusan idea untuk mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang tinggal tidak berapa hari lagi.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengeluarkan arahan bahawa beliau tidak membenarkan calon-calon yang bertanding atas tiket parti Pas menyerang peribadi lawan ketika berkempen.
Bagaimanapun, apabila serangan tersebut terus berlaku dalam kempen-kempen politik, beliau mengatakan pula bahawa adalah susah untuk membendung tabiat buruk yang sudah menjadi ‘kebiasaan’ sesetengah penceramah daripada calon partinya ketika berkempen.
Kenyataan terbaru Presiden Pas memperlihatkan kepada kita bahawa parti tersebut tidak mengendahkan arahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak mahu kempen mempunyai serangan peribadi, caci-mencaci dan sebagainya ke atas calon parti lawan.
Inilah ‘fatwa’ terbaru Pas dan kita tidak tahu berapa lagi ‘fatwa’ akan dikeluarkan oleh parti tersebut sebelum sampainya tarikh 8 Mac nanti. Kita tidak nafikan akan ada lagi ‘fatwa’ terbaru daripada parti tersebut sedikit masa lagi. Ini kerana Pas kini sudah mula goyah dalam pendirian mereka untuk memperkuat jentera bagi menghadapi PRU Ke-12.
Tinggal tidak berapa hari lagi rakyat Malaysia yang layak akan membuang undi. Senario yang dapat dilihat sekarang sangat jauh bezanya dengan suasana pilihan raya tahun 1999. Setiap ceramah parti pembangkang pada tahun 1999 dihadiri oleh ribuan penonton, tetapi kini tidak seramai mana. Yang meramaikan ialah petugas parti yang berjalan ke hulu ke hilir.
Nampak jelas bahawa parti pembangkang sudah ketandusan idea untuk mengumpul khalayak mahupun penonton atau pendengar ceramah-ceramah mereka. Tidak ada isu yang mampu diketengahkan untuk memancing atau mengaburi mata rakyat. Tidak ada gelak tawa dalam ceramah-ceramah mereka kerana apa yang disajikan itu basi dan sebenarnya sudah dilaksanakan oleh parti pemerintah.
Parti pembangkang mahu mencari kelemahan calon parti lawan mereka setelah apa yang mampu mereka berikan untuk rakyat dilihat sebagai tidak rasional oleh banyak pihak. Manifesto parti pembangkang dikritik dan ditegur dari segenap penjuru.
Dalam soal ini, sebenarnya parti Pas mestilah mempunyai pendirian yang kukuh dalam menjalankan kempen mereka. Serangan ke atas peribadi calon terutamanya mengumpat dan mencaci bukanlah petunjuk bahawa golongan yang boleh mengumpat dan mencaci itu akan dianggap sebagai jaguh dan dapat memenangi hati rakyat.
Rakyat yang semakin matang dalam menentukan hala tuju negara akan dapat berfikir dengan sendiri. Rakyat boleh menilai apa yang telah dilakukan oleh parti pemerintah, apa yang dijanjikan oleh parti pembangkang dan bagaimana masa depan kita jika negara jatuh ke tangan pembangkang.
Petikan daripada sebuah gurindam ada menyebut ‘mengumpat dan mengkeji hendaklah fikir, di situlah banyak orang tergelincir’.
Tentu ramai berharap Presiden Pas dapat menarik balik kenyataan beliau. Ataupun, apa yang pentingnya, kita tentunya mahu melihat setiap ceramah parti pembangkang lebih menekankan manifesto mereka dan bukannya menghentam manifesto orang, dan yang lebih teruknya ialah menghentam peribadi orang.
– M. JASNI MAJED,
Bukit Kapar,  Selangor.
Utusan Malaysia

No responses yet

Feb 29 2008

JADUAL CERAMAH PILIHAN RAYA UMUM KE – 12

imgceramahjumaat.jpg

Klik disini untuk paparan jadual ceramah Jumaat 29/02/2008 Kawasan Dun Tanjong Puteri dan Dun Stulang

No responses yet

Feb 28 2008

Pas keluar ‘fatwa’ benarkan calon mengumpat

Published by faizal under Berita Pilihanraya

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengeluarkan ‘fatwa’ terbarunya sempena Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan membenarkan semua calon Pas yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.Beliau berkata, Islam membenarkan tindakan tersebut kerana urusan memilih pemimpin merupakan satu perkara yang amat besar selain menepati sistem demokrasi moden.

Menurut Abdul Hadi, ia bertujuan untuk memastikan semua bakal wakil rakyat bebas daripada segala anasir yang boleh menjejaskan kredibiliti serta kewibawaan sebagai pemimpin.

Beliau menyamakan tindakan tersebut dengan sebuah hadis Rasulullah S.A.W berhubung soal mencari jodoh yang membenarkan keburukan seseorang itu didedahkan bagi mengelak berlakunya penganiayaan kepada pasangan.

‘‘Itu soal meminang tetapi yang kita bincangkan ini adalah soal memilih pemimpin. Urusan memilih pemimpin adalah lebih besar daripada meminang.

‘‘Oleh itu tidak salah mendedahkan keburukan-keburukan yang pernah mereka lakukan sebelum ini,” katanya ketika memberi ceramah umum di Kuala Besut dekat sini malam tadi.

Justeru Abdul Hadi berkata, ketika dalam tempoh berkempen, semua parti politik boleh berhujah dan boleh tuduh-menuduh antara satu sama lain.

‘‘Yang dituduh kena jawab, kalau tidak lepas jawab, rakyat akan hukum kerana rakyat dengar apa yang mereka katakan. Ini dinamakan demokrasi.

‘‘Sesetengah ustaz kata tidak boleh mengumpat, dia sebenarnya ‘dok tahu kale’ (tidak berilmu). Ulama-ulama kita telah mengarang satu kitab yang membenarkan kelemahan, kerosakan dan kejahatan seseorang itu didedahkan,” ujarnya.

Menurut Abdul Hadi, individu yang hendak menjadi ketua serta orang penting dalam negara boleh didedahkan rahsia-rahsianya supaya kerajaan yang diperintah menjadi bersih.

Beliau turut menjelaskan negara berkebajikan yang terdapat di dalam manifesto pilihan raya Pas antaranya menurunkan harga minyak, memperkenalkan sistem pendidikan percuma dan kesihatan percuma.

‘‘Jika Pas dan rakan-rakan pembangkang diberi kepercayaan memerintah negara dan negeri ini, kita akan melaksanakan konsep negara berkebajikan seperti yang terdapat dalam manifesto parti kita. Ini janji kami,” tegas beliau.

Beliau juga menyelar tindakan kerajaan Terengganu membina Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man yang didakwanya satu projek yang sia-sia.

Menurut beliau, masjid itu bukan dibina untuk kemudahan bersembahyang, sebaliknya hanya untuk menunjuk-nunjuk.

‘‘Di pulau itu tidak ada orang dan tidak ada penduduk kampung. Ia hanya bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada pelancong.

‘‘Masjid seperti ini diharamkan oleh Allah kerana ia dikategorikan sebagai masjid dirar,” katanya.

No responses yet

Feb 28 2008

No squabbles, no arguments

Published by faizal under Berita Pilihanraya

BLOOD is thicker than water and the Samad brothers live by that code.

The difference in political ideologies has never gotten in the way of Datuk Shahrir Samad, an Umno stalwart contesting for the Johor Baru parliamentary seat, and Khalid, a Pas candidate vying for the Shah Alam seat.

“We have never been involved in brawls or arguments. If we speak on certain topics, including politics, we discuss it rationally. We try to communicate and listen to each other’s opinions in the name of re spect,” said Khalid, 51.

Businessman Khalid, who is the Shah Alam Pas division chief, admitted that it took a while for his father to accept his decision to join the party.

“Coming from a ‘traditionally politically-compliant family’, my decision to join Pas in 1983 raised the eyebrows of my family members,” he said, adding that Shahrir, 59, was “not amused at first”.

“Initially, my father was not keen on my joining the party. My parents were a bit concerned about my decision.

“During my early days in the party, there was even a time when my father took me to see an ulama in Kuang, Selangor, who had left Pas, to listen to his side of his story. Then he also took me to a veteran academician and we ar gued over a lot of things.

“However, I had my own stand. I took the time to explain things and in the end, my father respected my decision.”

The Kelantan-born Khalid, met yesterday at Pas’ markas (operation room) in Section 18, Shah Alam, is going against Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin for the second time in the contest for the Shah Alam parliamentary constituency.

“My family members are very rational and understanding. Having explained to them my stand on the Islamic political concept, they have come to accept me for who I am.

“Even when I first started con testing in Kuala Krai, Kelantan, in 1986, I had their support. It’s the love in the family that strengthens our bonding,” he added.

Khalid said although Shahrir was already a prominent figure in Johor Umno when he joined Pas, his eldest brother never prevented him from following his belief.

“When I first joined Pas, he had joined Umno for a long time. Of course, he wasn’t into it but he never tried to dissuade me. We have discussed about it and he understands that we are different, and that we have chosen different political ways,” he said.

“I respect my brother as a per son. He has principles of his own and I understand that he has to fight for what he believes in.”

Khalid said their involvement in different parties had never affected the family.

“Apart from me, my younger brother is also a Pas member. An other elder brother is in Umno. In short, my family is either Pas or Umno, save for the neutrals.

“That was what we’ve been doing all these while. As siblings, we have always tried to help each other. If he needs my help, I’d be more than happy to help. The same thing goes when I need his help.”

Ironically, Khalid felt that Shahrir and him would be closer if they shared the same ideology.

“Probably, we would be a whole lot closer if we are in the same party. If I were in Umno, he would be happier, and if it’s just the reverse, I would be happy.

“But I never intended to to bring my brother into Pas. I don’t think that will happen, that’s for sure.”

No responses yet

Feb 27 2008

Kesihatan Rakyat Diutamakan

Published by faizal under Berita Pilihanraya

proven_health_hmetro.jpg

No responses yet

Feb 27 2008

Pendidikan Percuma Untuk Semua

Published by faizal under Berita Pilihanraya

proven_education_hmetro.jpg

No responses yet

Feb 27 2008

Zakaria menang tanpa bertanding

Published by faizal under Berita Pilihanraya

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum, Datuk Zakaria Edris menang tanpa bertanding apabila calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohaspa Mohd. Hassan menarik diri petang ini.DUN Gum-Gum yang terletak di bawah Parlimen Libaran mempunyai 9,993 pengundi.

Sebelum ini BN menang tanpa bertanding di DUN Bugaya (Semporna) serta Parlimen Kalabakan (Tawau) dan Parlimen Pensiangan.

No responses yet

Feb 27 2008

Galeri Penamaan Calon Parlimen BN Johor Bahru

Published by faizal under Berita Pilihanraya

Layari Laman Galeri Pilihanraya BN Johor Bahru Klik disini

No responses yet

Feb 27 2008

‘Saya ingin jadi mata-mata kerajaan’

Published by faizal under Berita Terkini

JOHOR BAHRU 26 Feb. – Mungkin ramai yang tidak mengenali Adam Sumiru, 52, sebelum ini, namun bagi penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Puteri, beliau telah dikenali sejak sekian lama.

Bukan kerana beliau menjadi wakil rakyat, namun disebabkan keprihatinan terhadap masalah rakyat dan sentiasa ringan tulang untuk membantu mereka.

Malah, para pengundi di DUN Tanjung Puteri amat mengalu-alukan apabila nama Adam yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru dicalonkan untuk bertanding di kerusi berkenaan pada pilihan raya umum kali ini.

Jawatannya sebagai Ketua Whip Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) turut mendekatkan lagi beliau dengan masyarakat kerana pelbagai masalah penduduk yang timbul sering dirujuk kepadanya.

Pengalaman bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat membuatnya tidak kekok untuk turun padang dan mendekati mereka semasa berkempen pada pilihan raya umum kali ini.

“Saya memang sentiasa bersedia mendengar segala aduan kerana perkara sama telah saya lakukan sebelum ini. Tugas saya dulu atau akan datang tidak jauh berbeza.

“Pada saya, wakil rakyat adalah mata-mata bagi kerajaan dan harus membetulkan apa yang salah. Tugas wakil rakyat adalah membawa suara rakyat tanpa mengira suara itu manis atau pahit,” katanya.

Adam yang ditentang oleh calon Parti Keadilan Rakyat, P. Subramaniam pada pilihan raya 8 Mac ini berkata, wakil rakyat harus mendampingi masyarakat kerana dari situ mereka akan mengetahui masalah yang dihadapi masyarakat.

Walaupun pertama kali bertanding, namun Adam yakin dapat memenangi kerusi berkenaan berdasarkan sokongan padu daripada pengundi dan orang ramai.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004, kerusi DUN Tanjung Puteri dimenangi calon BN, Ali Mohamed, dengan majoriti 19,676 undi menewaskan calon PKR, Zaliha Mustafa.

One response so far

Feb 27 2008

Calon bertukar kawasan mahu mantapkan lagi BN

Published by faizal under Berita Pilihanraya

JOHOR BAHRU 26 Feb. – Pengumuman senarai calon Barisan Nasional (BN) di negeri Johor oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Abdul Ghani Othman menyaksikan peralihan beberapa penyandang kawasan Parlimen sebelum ini ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Percaturan yang dilakukan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-12 dilihat dapat memantapkan lagi kekuatan BN untuk menang dengan mandat besar di Johor.

Bagi calon BN di DUN Pasir Raja, Datuk Dr. Adham Baba, beliau menganggap pertukarannya dari kawasan Parlimen Tenggara sebagai peluang kepadanya untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat.

“Ini adalah satu tanggungjawab yang diberikan oleh pucuk pimpinan dan saya berusaha keras untuk memastikan rakyat terus menyokong kerajaan BN.

“Saya akan menggunakan pengalaman sebagai Ahli Parlimen untuk berkempen bagi memberi kemenangan BN di Pasir Raja dengan mandat yang besar,” katanya di sini baru-baru ini.

Adham yang juga Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi akan menggantikan tempat Datuk Halimah Mohamed Sadique yang bertanding di Parlimen Tenggara pada 8 Mac ini.

Sementara itu, bagi calon BN di DUN Paloh, Hoo Seong Chang, beliau menganggap pertukarannya dari Parlimen Kluang sebagai ruang terbaik untuk berbakti di kampung halamannya sendiri.

Beliau yang merupakan anak kelahiran Kluang berpendapat, pertukaran tersebut tidak membawa sebarang masalah memandangkan kawasan tersebut sememangnya terletak di bawah Parlimen Kluang sebelum persempadanan semula pada 2004.

“Saya akan menumpukan tugas sepenuhnya untuk berkhidmat kepada rakyat bagi membantu Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,” katanya.

Dalam pada itu, calon BN di DUN Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad yakin tidak menghadapi sebarang masalah dalam tanggungjawab barunya itu memandangkan beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Pontian.

“Jika sebelum ini, tugas saya sebagai Ahli Parlimen Pontian memerlukan tanggungjawab yang lebih menyeluruh, kini saya menggerakkan usaha di kawasan yang lebih spesifik,” katanya.

No responses yet

Feb 26 2008

BN menang tanpa bertanding di Parlimen Igan, Sarawak

Published by faizal under Berita Pilihanraya

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Igan di Sarawak, Datuk Wahab Dolah diisytihar menang tanpa bertanding selepas lawannya calon bebas, Junak Jawek menarik diri hari ini.- Utusan

No responses yet

Feb 26 2008

Chek Hou janji laksana banyak projek di Stulang

Published by faizal under Adun Stulang

Calon Barisan Nasional (BN) Mok Chek Hou, 52, yang bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang berjanji akan meneruskan projek yang telah dilaksanakan oleh penyandang kerusi itu, Freddie Long Hoo Hin.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Freddie di kawasan tersebut perlu disiapkan untuk kebaikan semua pihak terutama penduduk kawasan itu.

“Ia penting kerana sejajar dengan visi saya untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui di Flat Sri Stulang di sini hari ini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac ini, Chek Hou, ditentang dalam pertandingan tiga penjuru oleh calon DAP, Norman Joseph Fernandez dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Song Sing Kwee.

Chek Hou berkata, perkara utama yang akan diberi perhatian adalah mengenal pasti masalah asas penduduk seperti kemudahan elektrik, jalan raya dan sebagainya.

Harmoni”Saya mahu melihat semua penduduk di kawasan Stulang hidup dalam harmoni kerana orang akan hidup dalam aman jika mereka tidak ada masalah asas. Maka, masalah itulah yang ingin saya atasi,” katanya.

Selain itu, Chek Hou juga bercadang untuk mengenal pasti beberapa tanah yang boleh dimajukan menjadi kawasan komersial serta meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar di kalangan masyarakat.

Katanya, ini kerana tahap kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga kebersihan kawasan setempat masih pada tahap rendah.

“Bukan orang kita tidak menjaga kebersihan, cuma segelintir masih lagi berperangai begitu. Kalau kita sama-sama boleh menjaga kebersihan, sudah pasti sungai-sungai bebas daripada sampah-sarap,” katanya.

Chek Hou yang menyertai MCA sejak 1977 berkata, jentera pilihan raya BN di DUN Stulang yang didokong kuat oleh UMNO akan berkempen mendekati semua lapisan masyarakat.

Sebab itu, beliau tidak menghadapi masalah untuk menarik perhatian pengundi Melayu kerana beliau adalah anak jati Johor.

“Saya bukan baru di sini kerana membesar di kalangan penduduk Melayu.

“Kita di sini sama sahaja, sebab semua kaum mahu pembangunan dan saya sebagai wakil penduduk pasti akan cuba menyelesaikan apa masalah yang dihadapi,” katanya.

Malah, semasa melawat pemasangan posternya di kawasan Flat Sri Stulang, beliau telah pun mendapat tugasan pertama daripada seorang penduduk mengenai masalah rakyat, katanya.

No responses yet

Feb 26 2008

Bukti kejayaan BN bawa kemajuan

Published by faizal under Berita Pilihanraya

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Orang ramai menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan hari ini sebagai bukti kejayaan parti itu dalam membawa kemajuan dan kejayaan kepada negara.

Tinjauan Utusan Malaysia di ibu negara hari ini mendapati, rata-rata mereka yang ditemui memuji kandungan manifesto BN kerana mengambil kira setiap aspek keperluan rakyat.

Seorang peniaga, Rosli Osman, 60, berpendapat, manifesto itu membuktikan BN adalah sebuah kerajaan yang mementingkan kebajikan dan keperluan rakyat.

”Saya berharap manifesto ini dapat memberi keyakinan kepada orang ramai untuk terus memberi mandat pemerintahan kepada kerajaan BN,” katanya.

Manifesto BN ‘Selamat, Aman dan Makmur’ telah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pegawai kerajaan, K. Sivam, 40, berkata, manifesto BN cukup lengkap dan berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.

”Kandungan manifesto tersebut amat baik dan saya berharap semua janji itu dapat dilaksanakan apabila BN diberi mandat pemerintahan nanti,” katanya.

Sementara itu, Yap Kim Laa, 60, berkata, manifesto yang dilancarkan BN berjaya memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan dan ekonomi negara.

”Ekonomi negara mengalami banyak perubahan sepanjang pemerintahan BN lalu dan saya yakin kejayaan ini akan berterusan berdasarkan janji yang telah disenaraikan dalam manifesto ini,” ujarnya.

Seorang pegawai bank, Madihah Hassan, 36, berkata, manifesto BN menunjukkan parti itu menjaga semua rakyat tanpa mengira kaum.

”Di dalam kerajaan BN, sesiapa sahaja boleh menikmati hasil pembangunan yang dicapai negara.

”Saya kagum dengan usaha BN dalam mengurangkan masalah kemiskinan khasnya kemiskinan tegar tanpa mengira kaum di negara ini,” katanya.

Usahawan wanita, Ezura Isa, 28, pula tertarik dengan usaha-usaha yang dilaburkan oleh kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.

”Pada ketika harga petrol semakin meningkat di peringkat global, saya berterima kasih kepada kerajaan BN kerana masih memberi subsidi yang banyak kepada rakyat,” ujarnya.

Abdul Aleem Ahmad, 21, pula menggambarkan Manifesto BN sebagai dokumen lengkap yang mencerminkan keperluan rakyat negara ini.

”Manifesto BN adalah lebih realiti dan bukannya seperti parti pembangkang yang suka mengeluarkan janji-janji manis tetapi tidak boleh melaksanakannya,” ujarnya.

One response so far

Feb 26 2008

Ikrar Barisan Nasional

Published by faizal under Berita Pilihanraya

Oleh Rozaman Ismail dan Hata Wahari

Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan manifesto Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Umum ke-12 ketika melancarkannya sambil diperhatikan Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 25 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan ikrar membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih selamat, aman dan makmur untuk generasi akan datang.

Manifesto dengan slogan ‘Selamat, Aman, Makmur’ itu menggariskan pencapaian dan kemajuan negara dalam lapan sektor sepanjang tempoh 2004-2007 serta janji BN untuk melonjakkan Malaysia ke era yang lebih gemilang.

Sektor-sektor itu ialah ekonomi, pendidikan, pembangunan seimbang, undang-undang keselamatan awam, perkhidmatan awam, membanteras rasuah dan meningkatkan urus tadbir, agama dan perpaduan serta dasar luar.

Manifesto tersebut turut menyatakan ikrar kerajaan BN kepada para pengundi untuk meningkatkan pencapaian setiap sektor sedia ada selain menawarkan visi dan misi bagi mengemudi negara ke tahap yang lebih baik.

Dalam warkah Abdullah yang dilampirkan pada permulaan manifesto itu, Perdana Menteri menyatakan BN memerlukan sokongan rakyat dalam pilihan raya 8 Mac ini.

‘‘Hasrat untuk melahirkan Malaysia yang lebih selamat, aman dan makmur hanya akan dapat tercapai sekiranya kita bersatu hati dan berganding bahu demi generasi hari ini dan akan datang,’’ katanya pada pelancaran yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Sementara itu, dalam ucapannya pada majlis itu yang turut dihadiri oleh para pemimpin parti komponen BN, Abdullah yang juga Pengerusi BN berkata, sejak memperoleh mandat besar pada pilihan raya tahun 2004, kerajaan sentiasa berusaha melaksanakan setiap apa yang dijanjikan kepada rakyat.

Beliau berkata, manifesto berkenaan yang turut memberikan laporan kemajuan negara adalah bukti komitmen kerajaan ke atas semua janji yang dibuat pada pilihan raya sebelum ini.

‘‘Kita berpegang kuat kepada Misi Nasional, menjayakan apa yang telah kita janjikan. Hakikatnya banyak yang kita lakukan telah membawa kemajuan dan kejayaan kepada kita,’’ tegas Abdullah di hadapan kira-kira 1,000 penyokong BN.

Turut hadir ialah timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting; Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu; Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joseph Pairin Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee serta Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad juga berada di sisi Abdullah ketika manifesto Malaysia 2008 itu dilancarkan.

Menurut Abdullah, manifesto tersebut akan diedarkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk dibaca, ditatapi dan diperhalusi menjelang pilihan raya.

Katanya, sebanyak 76 perkara besar yang telah diusaha dan dilaksanakan oleh kerajaan dicatatkan dalam manifesto berkenaan.

“Ini adalah perkara penting yang rakyat perlu tahu kerana mereka memberi mandat kepada kita. Janji-janji kita telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan telah pun dimulakan pelaksanaannya.

“Kalau kita ambil semua yang telah kerajaan laksanakan, barangkali ia memerlukan satu buku yang lebih tebal sekali ganda,’’ katanya.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa segala janji kerajaan BN adalah realistik dan bertanggungjawab.

Menurutnya, ia dibuat berdasarkan kesedaran dan komitmen untuk melaksanakannya dan bukan sekadar janji kosong seperti yang ditaburkan oleh parti-parti pembangkang yang terdesak.

“Inilah yang kita tekankan, inilah yang kita laksanakan. Janji kita realistik, janji kita adalah yang bertanggungjawab kerana kita tahu bahawasanya kita akan sekali lagi dapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan.

“Maka kita sentiasa berhati-hati dalam berjanji dan janji mesti berasaskan kepada kesedaran dan kita bertanggungjawab melaksanakannya.

“Ia bukan janji-janji kosong sekadar untuk menghiburkan rakyat, bukan janji yang tiada tanggungjawab, bukan janji kosong, kita bukan begitu,’’ katanya.

Perdana Menteri berkata, pihak pembangkang sebaliknya mengemukakan pelbagai janji yang jelas membayangkan sikap yang terdesak.

“Pas dengan manifestonya, DAP dengan manifestonya. Masing- masing dengan cara mereka. Ini adalah satu pakatan main- main sahaja,’’ ujarnya.

Menurut beliau lagi, parti-parti pembangkang juga tidak dapat meyakinkan rakyat kerana masing-masing mempunyai pendirian dan ideologi berbeza serta tidak boleh berkompromi.

‘‘Mereka tidak dapat yakinkan rakyat dan pendekatan mereka tidak disenangi kerana mereka jelas berbeza dan manifesto pun berlainan,’’ katanya.

Abdullah turut menegaskan kerajaan BN akan terus bekerja untuk rakyat dan berbelanja serta mengurus kewangan negara dengan berhemah.

Beliau berkata, kerajaan tidak berbelanja dan menguruskan kewangan negara secara sesuka hati dan tindakan ini memberi keyakinan kepada pelabur.

Beliau memberitahu, walaupun kerajaan memberi subsidi dan berjimat dalam berbelanja, negara masih boleh mencapai kejayaan pembangunan dalam pelbagai bidang.

No responses yet

Feb 25 2008

Bila PRM ukur baju ikut…

Published by faizal under Ahli Parlimen Johor Bahru

KEPUTUSAN Parti Rakyat Malaysia (PRM) meletakkan dua calon bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu calon di Parlimen Johor Bahru pada Pilihan Raya Umum Ke-12 wajar dihormati.

Namun apabila Setiausaha Agung PRM, S. K. Song meletakkan sasaran hendak ‘mencuri’ salah satu kerusi DUN yang ditandinginya iaitu Stulang dan Johor Jaya, rasanya dunia hendak terbalik!

Cukuplah jika PRM mahu meletakkan calon tetapi janganlah terlalu ghairah mahu mendapat kerusi kerana satu dunia tahu Johor kubu Barisan Nasional (BN) paling utuh.

No responses yet

Next »