Mar 10 2008

Kemenangan BN Parlimen Johor Bahru

Published by faizal under Berita Terkini

Video - AKUR DENGAN KEPUTUSAN PEMBANGKANG KENA BUAT YANG TERBAIK

Video - PANDANGAN SHAHRIR MENGENAI MENTERI KANAN YG TEWAS 1

Video - SHAHRIR BERMINAT MELIHAT PEMBANGKANG MENTABIR NEGARA

Video - Kemenangan BN Parlimen Johor Bahru Siri 1

Video - Kemenangan BN Parlimen Johor Bahru Siri 2

Video - SUASANA KEMENANGAN PARLIMEN JOHOR BAHRU

No responses yet

Mar 08 2008

Keputusan terkini parlimen bn johor bahru

img_5646.jpg
P160 JOHOR BAHRU
 
Jumlah Pengundi: 89,725
Peratusan Kaum: M: 51.03% C: 43.71% I: 4.78%
 
1. Datuk Sharil@Shahrir Ab. Samad (BN) (43,143)
2. Hassan Karim (PRM) (17,794)
 
Majoriti: 25,349
Jumlah undi: 62,328
Peratus mengundi: 69.47%
Undi rosak: 1,391
 
Penyandang: Datuk Shahrir Abd. Samad (BN)
(Majoriti: 46,792 undi) 

N44 TANJONG PUTERI
 
Jumlah Pengundi: 47,062
Peratusan Kaum: M: 61.44% C: 33.33% I: 5.06%
 
1. Adam Sumiru (BN) (23,023)
2. P. Subramaniam (PKR) (9,283)
 
Majoriti: 13,740
Jumlah undi: 33,017
Peratus mengundi: 70.16%
Undi rosak: 711
 
Penyandang: Ali Mohamed (BN)
(Majoriti: 19,676 undi)
 
N45 STULANG
 
Jumlah Pengundi: 42,663
Peratusan Kaum: M: 39.55% C: 55.17% I: 4.48%
 
1. Mok Chek Hou (BN) (16,273)
2. Song Sing Kwee (PRM) (2,198)
3. Norman Fernandez (DAP) (10,092)
 
Majoriti: 6,181
Jumlah undi: 29,333
Peratus mengundi: 68.76%
Undi rosak: 770
 
Penyandang: Freddie Long Hoo Hin (BN)
(Majoriti: 16,745 undi)

img_5583.jpg

img_5595.jpg

No responses yet

Mar 08 2008

YB. Dato’ Shahrir Abdul Samad dan Isteri mengundi di Sekolah Agama Kebun Teh dekat sini pada pukul 8.30 pagi ini

Published by faizal under Berita Terkini


Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen N160 Johor Bahru  ketika ditemui, berharap para pengundi keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka memandangkan cuaca diramal hujan petang ini.

Galeri Parlimen BN Johor Bahru sekitar mengundi (Klik Disini)

No responses yet

Mar 06 2008

LAPORAN PRESTASI DATO SHAHRIR ABDUL SAMAD (AHLI PARLIMEN JOHOR BAHRU (2004 – 2008) (07/03/2008)

Published by faizal under Ahli Parlimen Johor Bahru

dato01.jpgMANIFESTO

DATO Shahrir Abdul Samad telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru  pada Pilihan Raya Umum ke-11, 2004 setelah mengundurkan diri sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru dalam Pilihan Raya Umum 1990. 

Kepulangannya sebagai calon Barisan Nasional (BN), Parlimen Johor Bahru  selepas 14 tahun `bersara sementara` menerima sambutan baik pengundi-pengundi Johor Bahru dengan mencatatkan majoriti terbesar di Malaysia iaitu majoriti  di Pilihan Raya Umum ke-11 (2004).

Beliau kemudian dipilih oleh ahli-ahli parlimen BN sebagai Pengerusi, Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan BNBBC telah
dijadikan sebagai kumpulan pengimbang di antara eksekutif (front bench) dan pembangkang. 

BNBBC di bawah kepimpinan Shahrir juga telah melakukan beberapa perubahan termasuk menambah baik prestasi ahli parlimen biasa BN atau “backbencher” antaranya ialah:

• Melalui gesaan BNBBC, Parlimen Malaysia telah mewujudkan jawatan pegawai  penyelidik bagi membantu membuat penyelidikan isu dan fakta untuk meningkatkan  tahap semua ahli-ahli parlimen dalam ucapan perbahasan dan soalan lisan,
 
• Ahli-ahli BNBBC digalakkan membuat pengkhususan di bidang-bidang tertentu  bagi `membayangi` kementerian-kementerian di dalam kerajaan.
   
• Penubuhan laman web BNBBC untuk menambahkan saluran perhubungan  dua hala  dan maklumat diantara ahli-ahlinya sebagai wakil rakyat dengan  pengundi-pengundi mereka.
   
• Membuka ruang kepada kumpulan bukan kerajaan (NGOs) bertemu atau berhubung dengan dengan BNBBC untuk menyampaikan pendapat dan masalah mereka agar mendapat perhatian terus daripada pihak kerajaan.  

Perubahan dan peningkatan peranan ahli-ahli parlimen biasa BN dilaksanakan  bertujuan mengelakkan ia dilihat sebagai suatu “rubber stamp”
kerana parti itu mempunyai majoriti yang besar di badan tersebut.

Peranan  BNBBC sebagai pengimbang dan bukan hanya sebagai penyokong kerajaan dalam keadaan BN mempunyai mandat yang besar bakal mengukuh dan memartabatkan kedudukan parlimen sebagai institusi demokrasi negara yang terpenting. 
   
Pada 4 Mei, 2006, Dato Shahrir meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BNBBC berikutan kegagalannya mendapat sokongan ahli-ahli BNBBC yang lain terhadap suatu usul Ketua Pembangkang untuk merujuk satu laporan akhbar New Straits Times (NST) ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Rakyat. 

Akbar itu menyiarkan laporan Jabatan Kastam telah menerima arahan daripada seorang Ahli Parlimen BN agar Kastam Melaka ‘menutup sebelah mata’ terhadap pengimportan kayu bergergaji yang dilakukan melalui Jeti Kastam Melaka. 
   
Dalam soal itu Shahrir berpendapat ketiga-ketiga pihak iaitu Jabatan  Kastam yang membuat pendakwaan (punca dakwaan), NSTP sebagai pelapur  pendakwaan dan Ahli Parlimen yang didakwa, telah menyebabkan berlakunya  pendakwaan terhadap integriti ahli parlimen. 
  
Beliau berpendapat, integriti itu harusnya bermula di parlimen sendiri  iaitu sebagai institusi demokrasi negara yang terpenting dan bukan `media`. 
 
Tiada pilihan lain, beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BNBBC  kerana tanda akur kepada disiplin parti BN yang melarang ahli-ahlinya memberikan sokongan kepada usul yang dibawa oleh pembangkang tersebut. Bagi Shahrir larangan memberi sokongan terhadap usul pembangkang dalam soal tersebut tidak patut berlaku.
  
Susulan daripada peristiwa itu, Dewan Rakyat telah menubuhkan sebuah  Jawatankuasa menggubalkan suatu Kod Etika Ahli-ahli Parlimen.
 
Pada 14 Disember, 2004, Shahrir telah dipilih oleh Dewan Rakyat sebagai Pengerusi, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (Public Accounts Committee) atau lebih dikenali sebagai PAC. 
  
Ketika memegang jawatan itu, sekali lagi Shahrir berjaya meningkatkan peranan dan profil PAC yang mewakili Parlimen dalam memantau program dan aktiviti kerajaan yang melibatkan perbelanjaan dana awam setelah diluluskan oleh Parlimen. 
  
Peranan PAC diubahsuai untuk turut melihat kepada masalah semasa dan memperkenalkan pengoditan pengurusan sebagai tambahan kepada pengoditan perakaunan yang biasanya dilakukan oleh Jabatan Odit Negara. 
  
Pendekatan baru PAC itu selaras dengan falsafah bahawa dana kerajaan adalah sebenarnya dana awam dan bersesuaian dengan prinsip-prinsip keterbukaan serta akauntabiliti kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. 
   
Di atas peranannya itu, Shahrir telah dianugerahkan, `Professional Integrity Award 2007 oleh Kelab Rotary dan Balai Ikhtisas Malaysia sebagai pengikhtirafan kepada peranannya dalam mengalakkan amalan integriti.
  
PENCAPAIAN DI LUAR PARLIMEN:

SELAIN jawatan-jawatan di Parlimen, pada 1 Januari, 2005, Shahrir dilantik oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Pengerusi, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), iaitu sebuah syarikat milik Kerajaan yang  dahulunya dikenali sebagai PERNAS.
 
PNS yang mengalami kerugian ketika mula diambilalih olehnya berjaya mencatatkan  keuntungan selama dua tahun berturut-turut iaitu pada 2006 dan 2007.
 
Penambahbaik prosidure dalaman dan pengurusan PNS telah meningkatkan kembali nilai aset-aset perbadanan itu.
 
Pada 31 Disember 2007, Shahrir telah menolak tawaran perlantikan semula sebagai Pengerusi PNS ekoran isu urus tadbir yang tidak dipersetujuinya.
  
PENCAPAIAN DALAM PARTI DI PERINGKAT NASIONAL:
   
Pada Pemilihan Parti UMNO 2004, Shahrir  menawarkan diri menduduki jawatan Naib-Presiden UMNO namun tidak berjaya dan seterusnya dilantik oleh Presiden UMNO sebagai seorang ahli lantikan dalam Majlis Tertinggi UMNO (MT UMNO). 
  
PENCAPAIAN DI PERINGKAT BAHAGIAN DAN PARLIMEN JOHOR BAHRU:

Shahrir terus kekal menerajui Bahagian UMNO Johor Bahru iaitu sebagai ketua bahagian.

Konsep perwakilan rakyat di tiga peringkat, iaitu Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru dilaksanakan secara berkesan bagi mengeratkan hubungan diantara rakyat dengan kerajaan serta untuk menyelesaikan masalah penduduk di kawasan Parlimen Johor Bahru. 
   
Hubungan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) telah dipertingkatkan dengan tujuan badan-badan komuniti bukan kerajaan (community-based NGOs) diperkasakan untuk memainkan peranan secara bersama-sama dan menjadikan komuniti masing-masing selamat serta sejahtera.  
  
PENCAPAIAN DI BIDANG PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN:

Di bidang pendidikan, Shahrir telah meneruskan program pendidikan dan motivasi di sekolah-sekolah kebangsaan. Sebuah persatuan penggerak pendidikan bukan kerajaan, Tunas Bakti telah didaftarkan untuk meneruskan program-program pendidikan bagi murid-murid di kawasan Parlimen Johor Bahru.

Peruntukan kerajaan telah juga disalurkan kepada setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) di dalam kawasan Parlimen Johor Bahru untuk membantu PIBG dalam perbelanjaan pentadbiran tahunan.
  
Di bidang kebajikan pula, sebuah Tabung Kebajikan BN Johor Bahru telah diwujudkan selepas Pilihan Raya Umum 2004. Tabung ini ditubuhkan melalui sumbangan derma orang perseorangan bertujuan membantu penduduk dalam kawasan Parlimen Johor Bahru sebagai tambahan kepada usaha-usaha Jabatan Kebajikan Malaysia, Yayasan Bandar Raya Johor Bahru dan Baitulmal. 
  
Semenjak 2004, bantuan kebajikan sejumlah RM508,000 telah disalurkan oleh tabung ini kepada golongan yang menghadapi masalah kebajikan. 
  
Shahrir penuh yakin bahawa demokrasi yang subur perlu kepada penglibatan rakyat dalam semua masalah peringkat komuniti sendiri untuk mencari penyelesaian kepada masalah mereka dan tidak hanya menyerahkan penyelesaian kepada pihak pemerintah. 
  
Shahrir menyokong penuh Program LA21 Majlis Bandar Raya Johor Bahru yang menekankan  kepada aspek penglibatan komuniti dalam membentuk suasana terbaik bagi komuniti sendiri melalui persatuan-persatuan penduduk. 
   
Badan-badan komuniti yang aktif, saperti Yayasan Masjid Jamek Bandar Baru UDA (BBU), telah disokong untuk mewujudkan pusat dialisis disamping baru-baru ini dibenarkan untuk mengambilalih Dewan Jubli Perak BBU bagi dinaiktaraf sebagai Pusat Komuniti kawasan itu.
   
Penglibatan rakyat dalam badan-badan komuniti turut membantu dalam soal keselamatan kerana perpaduan diperingkat masyarakat memudahkan pihak penguatkuasa untuk bertindak lebih berkesan. Sebagai suatu contoh, Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan
Kampong (JKKK)  di kampung-kampung bersebelahan dengan laluan KTM telah bertindak secara sepadu dengan agensi-agensi kerajaan untuk membersihkan laluan KTM daripada penagih-penagih dadah. 
  
Usaha ini bakal melibatkan JKKK dan juga Persatuan Penduduk di Taman Century untuk memunafaatkan kawasan laluan KTM sebagai kawasan riadah, tanaman dan lanskap. 
  
KTM telahpun bersetuju membersihkan laluannya itu dengan melantik kontraktor melakukan kerja-kerja pembersihan yang diperlukan.
  
Pembangunan semula kampung-kampung setinggan turut disambung semula sejajar dengan penempatan semula penduduk setinggan Kampung Tok Siak ke rumah-rumah pangsa yang lebih selesa. Pembangunan semula kampung setinggan Stulang Baru sudah bermula dengan perumahan gantian di Langkasuka yang bakal siap pada pertengahan 2008. 
  
Projek perumahan rakyat Taman Sri Stulang dan Taman Sri Pelangi yang  mempunyai 2400 unit rumah pangsa tiga bilik telah juga siap dibina untuk menggantikan Rumah Pangsa Lumba Kuda dan Bukit Cagar yang hanya mempunyai dua bilik tidur dan satu bilik air. 
  
Perpindahan semua penghuni Rumah Pangsa Bukit Cagar ke Taman Sri Stulang telah diselesaikan dan pemindahan penghuni Rumah Pangsa Lumba Kuda ke Taman Sri Pelangi bakal dilakukan dalam tahun 2008 ini. 
  
Projek rumah mampu milik Syarkat Perumahan Negara (SPN) di Kampung Setanggi kini berada di peringkat terakhir. 
  
Shahrir memberi penekanan perumahan selesa bagi masyarakat berpendapatan rendah berasaskan falsafah kesempurnaan hidup sebuah keluarga. Sementara asas kejayaan sesebuah keluarga yang sempurna mampu meningkatkan kemampuan rakyat mencapai kejayaan di bidang-bidang lain seperti pendidikan, pekerjaan dan mengelakkan gejala sosial. 
  
Penduduk di kawasan lain di Johor Bahru juga tidak dilupakan dengan penyelesaian berbeza seperti soal status tanah perumahan BBU telah berikan status pegangan ‘freehold’ dengan persetujuan Kerajaan Negeri.

MASALAH JOHOR BAHRU YANG BELUM SELESAI:
   
Masih terdapat beberapa masalah yang belum diselesaikan antaranya ialah:

• Projek Penswastaan Larkin Perdana (dilancar 1995) untuk projek kos rumah rendah dan pangsapuri, Sri Impian, masih menghadapi masalah Sijil Layak Menduduki (CFO) akibat kelemahan pemaju untuk melaksanakan arahan-arahan pembaikan yang telah disyaratkan oleh MBJB. 
  
Sebagai permulaan ke arah penyelesaian itu, Jawatankuasa Surau Larkin Perdana telah diperkasakan untuk menyatupadukan penduduk dan MBJB telah diarahkan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk mengambilalih pusat kumbahan Larkin Perdana apabila pemaju enggan membaikpulih kemudahan tersebut. 
   
Usaha-usaha itu memperbaiki masalah itu untuk masa terdekat ialah menyelesaikakan isu CFO tanpa mengharapkan kepada pemaju.
   
• Projek perumahan usahasama Desa Larkin (dilancar 2000) yang maseh tidak dapat dimulakan sungguhpun penduduk setinggan kawasan berkenaan telah berpindah. Usaha sedang diteruskan untuk mendapatkan syarikat milik Kerajaan yang lebih berkemampuan, seperti SPN atau SJIC  mengambilalih projek ini dari syarikat usahasama KPRJ yang berhadapan dengan masalah kemampuan kewangan. 
  
• Pembangunan semula penduduk kampung-kampung setinggan Majedi yang melibatkan seramai 2,900 keluarga berikutan projek Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) yang telah diluluskan untuk dibina bermula Mac 2008. 
  
Bagaimanapun, Shahrir bertegas dengan prinsip bahawa pemindahan akan hanya dilakukan setelah perumahan gantian siap dibina dan penempatan semula yang bakal dilakukan harus tidak memecahkan komuniti yang terlibat. 
  
Ini adalah untuk mengelakkan daripada masalah yang sedang hadapi oleh projek penswastaan lain saperti Larkin Perdana dan Desa Larkin. Aspek subsidi harga rumah bagi setiap bekas pemegang TOL perlu juga dilaksanakan untuk membolehkan peningkatan pegangan nilai asset sebuah rumah pangsa bagi setiap keluarga bekas pemegang TOL.
   
• Lanjutan tempoh hakmilik tanah Kampung Engku Mohsein merupakan suatu lagi usaha untuk meningkatkan taraf komuniti di kawasan Parlimen Johor Bahru. Usaha ini menunggu gabungan antara pemilik tanah tersebut untuk menyampaikan permohonan mereka.
   
Hasrat Shahrir kini jika terus diberi mandapat oleh rakyat di Parlimen Johor Bharu ialah meningkatkan mutu hidup penduduk-penduduknya melalui penglibatan badan-badan komuniti dalam menangani isu-isu mutu hidup dalam komuniti.
   
Bagi mencapai matlamat itu, beliau akan terus memperkasakan badan-badan  komuniti di parlimen itu kerana peningkatan mutu hidup penduduk adalah selaras dengan pembangunan sosial yang menjadi matlamat seiring dengan  pembangunan ekonomi Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). 

Oleh Saske

No responses yet

Mar 06 2008

SENARAI PUSAT MENGUNDI DAN TEMPAT MENGUNDI NOMBOR  (KLIK DISINI)
PARLIMEN JOHOR BAHRU, DUN TANJONG PUTERI & DUN STULANG

No responses yet

Mar 06 2008

Internet steers new way in M’sian election

Published by faizal under Ahli Parlimen Johor Bahru

By Lee Min Keong, ZDNet Asia
Thursday, March 06, 2008 05:51 PM

MALAYSIA–As the nation goes to the polls on Mar. 8, analysts say Malaysia’s ruling Barisan Nasional (BN) coalition is losing the political debate in cyberspace to the scores of anti-government Web sites and blogs campaigning against the BN.

Ironically, the incumbent coalition is poised to win the electoral battle on the back of strong support from rural, non-Internet savvy constituents.

While the opposition admits they are unlikely to deny BN a victory this election, they are optimistic the proliferation of anti-government sites and blogs, as well as the YouTube phenomenon, has created a chink in the armor of the political behemoth which has ruled Malaysia uninterrupted for the past 50 years.

Though the BN has vast financial and manpower resources compared to the opposition, the ruling coalition is less savvy and nimble when it comes to effectively utilizing information and communications technology (ICT) and the Internet to upstage its political foes.

While the main opposition party, the Democratic Action Party (DAP), has unleashed its e-election campaign, the dominant BN-component party Umno, has yet to do likewise.

tokrir.gifSenior Umno politician and BN Backbenchers Club chairman Shahrir Abdul Samad confirmed the Malay-based Umno does not have an Internet strategy for the coming election. He told ZDNet Asia in a phone interview that while the Internet was a useful “window” for communication, the election candidates still needed to travel across Malaysia, speak at rallies, visit community centers and meet the constituents face-to- face. Member of Parliament for Malaysian city Johor Bahru, Shahrir is one of few Internet-savvy senior Umno leaders who blog.

Yip Wai Fong, advocacy officer at Centre for Independent Journalism (CIJ), said the ruling coalition has been “very complacent” with regard to using the Internet in the political arena. “The BN government has been quite slow in using the Internet,” Yip said in a phone interview. “It has been too comfortable relying on the mainstream media over the decades.”

She explained that BN’s biggest constituency is the rural Malay heartland, where there is low Internet penetration and a non-IT savvy populace, and the pro-government mainstream media exerts greater influence compared to the Internet.

Yip said the BN, which comprises 14 political parties, has been slow to adapt their messages for the Internet, and to respond quickly to the barrage of allegations and criticisms from the host of pro-opposition news Web sites and blogs.

In contrast, the DAP appointed popular blogger Jeff Ooi to organize and head the party’s e-campaign for the election. The party operates a Web site dedicated to provide election information and collaterals, including profiles of all its candidates, the party manifesto, YouTube-linked video clips and links to all the party’s bloggers.

DAP candidates are also raising much-needed election funding through their individual Web sites, and complementing this effort with the use of (SMS) text messages to propagate its political views and messages to thousands of voters via the mobile platform.

The opposition’s reliance on the Internet and communication systems is borne out of sheer necessity. Ooi, who is standing for a parliamentary seat in Penang, said: “DAP’s e-election initiative is a platform to circumvent the media blackout on the opposition’s messages imposed by the government-controlled mainstream media.”

Internet paths way to information
Without access to the mass media, opposition parties were somewhat handicapped in past elections. The emergence of the Internet has now provided the opposition and anti-government groups an alternative platform to spread their political memorandum.

CIJ’s Yip said the Internet has benefited the opposition much more than the ruling coalition. “Online news sites, blog sites, YouTube and citizen journalism have definitely cracked the BN government’s monopoly on ‘truth’,” she said. CIJ, together with Writers’ Alliance for Independence (WAMI), are monitoring elections coverage together with Charter2000-Aliran and a group of citizen volunteers.

“The government (BN) now has to respond to what its opponents say on the Internet. Previously, it could just ignore the opposition’s allegations,” she said. In today’s connected world, however, the government they can no longer afford to do that, Yip said.

Steven Gan, editor-in-chief of Malaysiakini, said in a phone interview: “Previously, most Malaysians were dependent on the mainstream media for news. Now, with the Internet, they have many options for alternative, independent news. This allows them to make an informed choice in the elections.” Malaysiakini is an independent online news provider, and its growing popularity is a cause of worry for the BN.

According to Malaysiakini CEO Premesh Chandran, the online news portal’s paid subscriber base increased by 40 percent in the last three months.

“Last year, we had an average of 100,000 unique visitors accessing our news Web site. Since the beginning of the year, to date, the number of daily unique visitors has shot up to 150,000,” Chandran told ZDNet Asia in a phone interview. He estimates Malaysiakini articles are read by about 500,000 people each month.

Reaching the young
Thanks also to the Internet, Malaysia’s Generation Y voters are becoming more politically conscious and are expected to have a bigger say in the outcome of future elections.

“The mainstream newspapers don’t provide fair coverage to the opposition during the election campaign,” J. Yeo, who lectures at a local university, said in an interview. This has prompted Yeo, who is in her late 20s, to seek out information from the alternative online news sites such as Malaysiakini and political blogs.

Likewise, IT consultant Randy Tan who is in his twenties, admits he has lost faith in the local media’s coverage of political issues. Tan told ZDNet Asia he now gets his news from Malaysiakini, Malaysia Today, Ooi’s blog Screenshots and various political blogs.

Despite the BN’s lack of Web presence, Umno’s Shahrir said the Internet will have “minimal impact” on the outcome of the coming election.

“Elections are about votes, not [page] hits,” he said, and argued that even in highly-connected countries such as Singapore, the Internet did not stop the ruling People’s Action Party’s (PAP) from capturing a hefty majority.

CIJ’s Yip said she considered the election a success if the opposition comes close to denying the BN its customary two-thirds parliamentary majority. In the 2004 polls, the BN won 90 percent of the 219 parliamentary seats contested.

Malaysiakini’s Gan said as the country’s Internet penetration rate grows, the Web and new technologies will play a major role in Malaysian politics.

About 10.9 million voters will cast their votes in Saturday’s election.

Lee Min Keong is a freelance IT writer based in Malaysia.

No responses yet

Mar 06 2008

JADUAL CERAMAH PILIHAN RAYA UMUM KE - 12

Klik Disini jadualceramah70308.pdf Jadual Ceramah Pilihan raya 7.3.2008 bagi Parlimen Johor Bahry, DUN Tanjong Puteri dan Dun Stulang

No responses yet

Mar 06 2008

JADUAL CERAMAH PILIHAN RAYA UMUM KE - 12

Klik Disini jadualceramah60308.pdf Jadual Ceramah Pilihan raya 6.3.2008 bagi DUN Tanjong Puteri dan Dun Stulang

No responses yet

Mar 06 2008

Anwar’s ideas don’t add up, says Musa

NST

JOHOR BARU: “Simplistic.”

That is what former deputy prime minister Tun Musa Hitam thought of Parti Keadilan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s boast that he could reduce the price of petrol and provide free education up to university level if he won the general election.

Musa said one had just to “do the arithmetic” to realise how unviable the two proposals of Anwar’s were.

He said it was absurd to think petrol prices could be reduced and higher education paid for by just drawing on Petronas funds.

“As our economy is doing well, we could do this for a year or even five years but after that the country’s economy would just go kaput.

“In the end the people will suffer when governments implement unrealistic policies,” Musa said during a visit to the Johor Baru Umno headquarters here yesterday.Asked to comment on Anwar’s one-day visit to Johor yesterday, Musa said he could not understand what the fuss was about.”I can accept that he is a good orator and has the ability to attract audiences.

“For the elections, Anwar is championing the opposition’s attempt to try to win some seats by highlighting economic issues such as rising prices.

“But everyone knows the very strength of the Barisan Nasional government is the country’s robust economy and concrete development.”

Musa said Anwar was now feeling immense pressure as his credibility was in question now that BN was on the offensive and with the recent exposes from his two former friends, Prof Dr Chandra Muzaffar and Datuk K.S. Nallakarupan.

“He asked for this. As the saying goes, ‘People who live in glass houses should not throw stones’.”

Asked about the purpose of his visit, Musa said he was invited by the incumbent Johor Baru MP, Datuk Shahrir Samad, adding that being from Johor, it was a tradition for him to visit the state during the election period.

Commenting on Anwar’s press conference in Singapore yesterday prior to his Johor visit, Musa said: “He is clever enough to go to foreign countries to prepare for the eventuality of the opposition losing in Saturday’s elections.

“He claims to have an international reputation and hopes to gain the sympathy of these countries when the election results are out and he loses.”

He said he viewed the March 8 election as Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s election.

“While the prime minister rode on the post-Mahathir sentiment in the 2004 election, in this election he is seeking the people’s mandate based on the many achievements he has notched up in the four years he has been in office.

“In his own deliberate style marked by greater transparency and commitment to overhaul the delivery system, Abdullah’s government has done well across the board.”

Musa added: “I urge all voters in the country to come out on Saturday and cast their secret ballot come rain or shine to uphold the country’s democracy. They should also accept calmly whatever result obtained.”

No responses yet

Mar 05 2008

TERUSKAN SOKONG SHAHRIR - MUSA

datomusa.jpgHUBUNGAN rapat antara Tun Musa Hitam Musa dan Datuk Shahrir Abdul  Samad yang sekian lama terjalin memang diketahui ramai dan bukan  satu rahsia lagi.  
   
Malah, di kalangan pemimpin-pemimpin politik di Johor sering menggelarkan Shahrir sebagai `budak Musa`. Maka apabila `tenggelam` Musa di arena politik tanahair maka dianggap akan lenyap juga senarai nama Shahrir daripada barisan pemimpin politik Johor dan Malaysia.
  
Sejarah pernah membuktikan apabila Musa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri maka kerjaya Shahrir sebagai menteri juga turut `melayang.`
   
Namun, Shahrir sudah kembali secara aktif dalam politik dan kini  menduduki barisan kerusi Majlis Tertinggi UMNO (MT UMNO) dan Ketua Bahagian UMNO Johor.
   
Beliau juga kini kembali sekali lagi untuk mengekalkan kedudukannya sebagai penyandang kerusi Parlimen Johor Bahru. Dalam `dua siri` kerjaya politik Shahrir, beliau pernah bertanding di kerusi itu sebanyak enam  kali.

Kini sekali lagi dalam kehangatan suasana berkempen, Musa  sebagai `mentor` Shahrir muncul bersama-sama berkempen untuk anak didiknya itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-12, pada 8 Mac ini.

Musa yang sebenarnya masih mempunyai sengatnya tersendiri ternyata masih mampu memukau kehadiaran orang ramai yang mendengar ceramah pendeknya di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Datuk Hajjah Hasnah di Kampung Majidee, Johor Bharu. Turut  hadir pada majlis itu adalah  Shahrir dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Puteri, Ali Mohamed.

Beliau mengakui kehadirannya itu adalah semata-mata untuk anak didiknya itu yang dianggap sebagai seorang yang sentiasa mempunyai sikap terbuka dan sanggup memberikan apa sahaja kritikan demi kebaikan bangsa, agama  dan negara.

Katanya, UMNO adalah sebuah parti utama untuk orang Melayu,   sentiasa berkembang dan sangat memerlukan seseorang pemimpin yang mempunyai fikiran terbuka dan mampu melakukan kritikan secara membina.

Oleh itu beliau mengingatkan agar pengundi Johor Bahru tidak berbelah bahagi dalam memberikan undi mereka kepada Shahrir agar apa yang diusahakan sebelum ini, sedang dan akan dapat diteruskan sehingga berjaya.

oleh SASKE

(Ikuti wawancara bersama Musa dalam laporan seterusnya…)

No responses yet

Mar 05 2008

“Kritikan Anwar menjijikan,” kata Sanusi Junid

Published by faizal under Berita Pilihanraya

KUALA LUMPUR: Tingkah laku penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengkritik Malaysia di luar negara sangat “menjijikan”, kata bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid.

Beliau berkata tindakan Anwar yang berkempen hingga ke Singapura merupakan perkara biasa bagi bekas timbalan perdana menteri itu akibat “tak laku dalam negeri”.

Dia dari dulu macam ni. Tapi, kita tidak memburukkan negara sendiri disebabkan kita rasa kecewa.”Bagi saya ia menjijikan,” katanya selepas menyampaikan anugerah kepada kakitangan akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) di Gombak, di sini sempena sambutan Hari Kualiti.

Sanusi berkata demikian sebagai merujuk tindakan Anwar yang antara lain mempersendakan perjalanan pilihan raya di Malaysia serta usaha untuk memperkecilkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya pada sidang akhbar di Singapura Rabu lepas yang dihadiri kira-kira 50 wakil media asing.

Sanusi berkata tindakan mencemar imej negara itu memang digemari negara musuh dan Anwar tidak wajar menganggapnya sebagai sokongan untuknya.

“Malah, jika saya yang pergi ke Singapura untuk memburukburkkan Malaysia, berita itu masih akan dapat publisiti besar.

“Kalau kita pergi Singapore (Singapura) untuk mengata kat Malaysia, bukan kata dia, saya pun akan dapat publisiti besar.

Maki negeri sendiri ni adalah satu benda yang akan dapat sokongan daripada musuh kita.

Sanusi memetik contoh pengarang yang mengakui orang Islam tapi dalam buku yang ditulis, mereka mengutuk dan mengkritik ajaran Islam.
“Bahan seperti itu sentiasa disambut baik oleh Barat dan mereka akan menganugerahkan penulis ini dengan hadiah kesusteraan,” katanya.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) di Kedah, Sanusi dengan yakin berkata: “BN akan menang di Kedah, kita akan menang semua kerusi negeri.”

Ditanya kenapa beliau begitu yakin sedangkan negeri itu juga merupakan sasaran tawanan PAS, bekas setiausaha agung Umno itu berkata tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.

“Sembilan puluh peratus perkara yang kita bimbangkan dalam hidup, tidak pernah berlaku. Kita bimbang kita akan tewas di Kedah, namun ia tidak akan berlaku.

“Dalam politik, kita mesti sentiasa optimistik,” katanya sambil tersenyum.

Dalam perkembangan lain, Sanusi yang juga Presiden UIAM berkata universiti itu merupakan “sumbangan terhebat kerajaan BN kepada Islam dan umat Islam di dunia”. BERNAMA

One response so far

Mar 05 2008

Tuduhan terhadap Anwar benar

Published by faizal under Berita Pilihanraya

Nallakaruppan akui Penasihat PKR licik putar belit fakta supaya dilihat tak bersalah

PETALING JAYA: Seorang lagi bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S Nallakaruppan semalam, tampil membuat pendedahan mengenai pelbagai pembohongan yang pernah dibuat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Nallakaruppan yang kini Presiden Parti Bersatu India Malaysia, berkata, Anwar memang seorang yang hebat berkata-kata dan berpidato tetapi apa saja yang diucapkannya adalah tidak benar dan pembohongan semata-mata.

Malah, katanya semua tuduhan yang dilemparkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Anwar adalah benar, tetapi dia begitu licik memutarbelitkan semuanya untuk mengabui mata orang ramai sehingga dilihat tidak bersalah.

“Anwar sering mendakwa dirinya tidak bersalah dan menuduh Dr Mahathir menipu untuk menjatuhkannya. Sebenarnya, Dr Mahathir adalah benar dan Anwar yang menipu… dia penipu besar dan hanya berjuang untuk kepentingan dirinya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.Nallakaruppan yang pertama kali tampil membuat pendedahan mengenai Anwar berkata, beliau tidak berniat menyerang peribadi penasihat PKR itu, tetapi sudah tidak tahan melihat rakyat terus tertipu dengan janji kosong yang hanya untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri.

“Apa yang saya luahkan ini bukannya serangan peribadi. Saya tidak mahu melihat dia (Anwar) terus menghancurkan negara ini,” katanya yang pernah merengkok di penjara kerana Anwar.

Kelmarin, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Prof Dr Chandra Muzaffar membuat pendedahan mendakwa Anwar sebenarnya umpama sesumpah, kerana sentiasa boleh berubah imej mengikut keperluan kepentingannya.

Dr Chandra yang berkerusi roda dan pernah menjadi antara penyokong paling kuat Anwar, berkata beliau membuat pendedahan itu kerana tidak mahu rakyat terus terpedaya dengan helah bekas pemimpin terbabit.

Nallakaruppan juga mengakui Anwar seorang yang hebat berkata-kata, tetapi apa saja yang diucapkannya adalah tidak benar dan penipuan malah sering menukar semua kenyataan Dr Mahathir untuk disampaikan kepada rakyat.

Beliau turut mendedahkan bagaimana Anwar menjadi pemimpin ‘de facto’ untuk PKR, walaupun ketika itu masih menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh dengan mengawal semua urusan parti menerusi isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ditanya apa yang menyebabkan beliau berubah fikiran dan tidak menyokong Anwar sedangkan beliau amat rapat dengannya, Nallakaruppan berkata, pembabitannya dalam PKR atas jemputan Dr Wan Azizah yang memintanya menumpukan usaha menarik kemasukan orang India.

Katanya, beliau berjaya mengumpulkan lebih 10,000 ahli baru di kalangan orang India dan perkembangan itu tidak menggembirakan Naib Presiden PKR, yang juga orang kanan Anwar iaitu Mohd Azmin Ali yang takut parti itu akan diambil alih pemimpin India.

“Lebih menyedihkan, apabila calon India tidak dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil Ijok sedangkan itu yang dijanjikan Anwar. Bagaimanapun secara senyap Anwar memilih Tan Sri Khalid Ibrahim bertanding di situ.

“Saya tahu apa saya yang dia cakap semuanya tipu,” katanya yang turut kecewa dengan tindakan Anwar yang memberi laluan kepada Mohd Azmin bertanding jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti walaupun pada awalnya bersetuju supaya beliau bertanding jawatan berkenaan.

Nallakaruppan berkata, beliau berkempen ke seluruh negara, malah mendapat sokongan ahli di kalangan orang Melayu, tetapi bila tiba masanya untuk bertanding, Anwar memintanya menarik diri dan beri laluan sekali lagi kepada Mohd Azmin.

“Saya pada mulanya enggan, tetapi Anwar terus mendesak dan berjanji melantik saya Naib Presiden, tetapi saya kemudian keluar daripada PKR ketika pemilihan parti berlangsung,” katanya kecewa Anwar tidak pernah menghargai persahabatan dan pengorbanannya .

Mengenai dakwaan Dr Chandra terhadap Anwar mengenai isu kuil di Kampung Jawa, Pulau Pinang, Nallakaruppan berkata, Anwar selalu memberikan janji kosong dan tidak pernah memberi apa-apa kepada kuil Hindu dan orang India.

Beliau berkata, pembohongan Anwar juga terbukti apabila dia kini sudah menukar pendirian dan cuba melaungkan isu yang dibawa Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) untuk mendapatkan sokongan pengundi India.

“Anwar ini ‘mesra pengguna’, bukannya mesra tulen. Dia bukannya menyokong Hindraf tetapi hanya menggunakannya untuk dapat sokongan orang India. Dia pergi ke mana saja membawa isu Hindraf tetapi tidak pernah sekali pun kata dia sokong Hindraf,” katanya.

BHarian

No responses yet

Mar 05 2008

Pengunjung kempen laman web meningkat

Published by faizal under Berita Pilihanraya

Pendekatan berkempen menerusi dunia digital atau perang siber menyemarakkan lagi kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 ini dengan mencatatkan peningkatan pengunjung laman web yang mendadak sepanjang tempoh seminggu selepas penamaan calon, 24 Februari lalu.

Berkempen menerusi alam siber khususnya laman web, blog politik, khidmat pesanan ringkas (SMS), emel dan persidangan video menjadi kaedah baru yang menghangatkan suasana berkempen sama ada membabitkan parti atau calon yang bertanding bagi tempoh 13 hari sehingga Sabtu ini.

Antara laman web terbabit ialah Barisan Nasional (BN) iaitu www.bn2008.gov.my, ia mencatatkan peningkatan semasa 40,000 pengunjung sepanjang minggu pertama kempen bermula berbanding 6,000 pengunjung ketika dirasmikan, 25 Februari lalu.

Laman web parti pembangkang seperti DAP juga mencatatkan kadar peningkatan melebihi sekali ganda berjumlah 133,929 pengunjung sehingga penghujung Februari lalu berbanding 64,997 pengunjung sebelum bermula pilihan raya.

Bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), laman webnya mencatatkan peningkatan 11,000 pengunjung bagi tempoh yang sama berbanding 2,000 pengunjung pada hari penamaan calon.

Sementara laman web akhbar Bahasa Melayu tempatan seperti Berita Harian dan Harian Metro turut mendapat sambutan menggalakkan sepanjang musim pilihan raya kali ini.

Menerusi www.bharian.com.my, laman web Berita Harian mencatatkan peningkatan ketara mencecah 138,000 pengunjung semalam berbanding purata 74,000 pengunjung sebelum musim pilihan raya.

Laman web pilihan raya Harian Metro (praya.hmetro.com.my) juga mencatatkan pertumbuhan sehingga 6,000 pengunjung bagi tempoh yang sama berbanding 1,664 selepas tempoh sembilan hari sejak dilancarkan.

Setiausaha Kerja BN, Senator Datuk Yaakob Mohammad, berkata kempen menerusi laman web adalah antara pendekatan BN bagi melonjakkan lagi populariti calon, khususnya di bandar.

Beliau berkata, laman web dibangunkan itu memudahkan pengundi mengakses maklumat terkini, visi parti dan manifesto dilancarkan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, baru-baru ini.

“Laman web BN dibangunkan khusus untuk golongan celik teknologi maklumat (IT) seluruh negara apabila ia mampu memperkasa jentera kempen BN walaupun masih wujud jurang digital di kawasan luar bandar ketika ini,” katanya.

Mengulas penyalahgunaan laman web dan blog di kalangan parti pembangkang, Yaakob berkata, kerajaan mempunyai akta bagi mengawalnya, terutama membabitkan isu sensitif yang boleh mengganggu kestabilan politik Malaysia.

Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusof, berkata pendekatan digital masih kurang digunakan apabila pihak atau parti yang terbabit dalam pilihan raya umum kali ini masih lagi cenderung menggunakan kaedah tradisional.

“Hampir 50 peratus parti atau calon masih bergantung kepada media cetak, elektronik, ceramah terbuka, kempen rumah ke rumah dan pemasangan poster sebagai sumber penyampaian maklumat kepada pengundi.

“Calon dilihat masih selesa menggunakan pendekatan lama ini dan berdasarkan kajian saya, antara faktor penyumbang utama kepada kelembapan penggunaan sistem digital ialah kadar penembusan internet yang masih rendah serta wujudnya jurang digital penduduk di luar bandar,” katanya.

Penggunaan kaedah siber untuk berkempen mula digunakan di negara ini pada pilihan raya umum 1999, tetapi hanya berkembang pada 2004 berikutan peningkatan pengguna internet di Malaysia.

Ketua Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Azizah Hamzah, berkata dalam pilihan raya sebelum ini khususnya pada 1999, kerajaan dilihat berhati-hati dan kurang yakin terhadap kemampuan memujuk atau menawan hati pengundi menerusi gerbang internet.

“Namun, ia dilihat meningkat antara empat hingga lima kali ganda pada pilihan raya umum ini berbanding pilihan raya 2004. Walaupun lebih tertumpu di bandar, parti politik yang bertanding nampaknya bersikap terbuka dan rasional dalam memperkenalkan laman web atau blog mereka sejajar dengan perkembangan mendadak ICT di negara ini,” katanya.

No responses yet

Mar 05 2008

Baju batik Shahrir tarik perhatian

Published by faizal under Ahli Parlimen Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Setiap kali calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad, bertemu media dan orang ramai, mungkin ramai yang perasan mengenai baju yang sering dipakainya.

Beliau sering dilihat memakai baju kemeja lengan pendek bercorak batik berasaskan kain kapas, namun tidak pernah pula sesiapa terfikir untuk bertanya di mana beliau membeli baju rekaan sama yang dipakai.

Shahrir berkata, beliau sering memakai baju kemeja lengan pendek bercorak batik yang dibuat daripada kain kapas berikutan keselesaan memakainya sejak menjadi Ahli Parlimen sekitar 1978.

Katanya, sehingga ini, beliau masih memakai baju kemeja lengan pendek konsep sama namun kini jenama yang sering dipakainya berjenama Mambang.”Baju Mambang ini sebenarnya muncul hasil idea saya dan dua rakan untuk menjadikannya seolah-olah baju rasmi selepas bermain golf.

“Oleh kerana saya kerap bermain golf di Bali, Indonesia, kami mendapat idea membeli lebihan kain bercorak batik yang sering digunakan membuat pakaian eksport dari Bali dengan menempahnya menjadi baju kemeja lengan pendek dan memakainya selepas bermain golf,” katanya di sini, kelmarin.

Selain itu, katanya, sekiranya diteliti butang baju Mambang berkenaan juga buatan Bali yang dibuat daripada tempurung kelapa.

Shahrir berkata, beliau pernah menghadiahkan baju Mambang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang pernah dilihat memakai baju berkenaan pada majlis tertentu.

Ditanya bagaimana beliau dan rakannya mendapat ilham menamakan baju itu dengan jenama Mambang, beliau berkata, nama berkenaan adalah mudah dan ia muncul secara kebetulan.

No responses yet

Mar 05 2008

Malaysian Ruling Party Lost in Cyberspace

Published by faizal under Ahli Parlimen Johor Bahru

As the nation votes on Mar. 8, analysts say the Barisan Nasional coalition is losing the political debate to scores of anti-government Web sites and blogs

Ironically, the incumbent coalition is poised to win the electoral battle on the back of strong support from rural, non-Internet savvy constituents.

While the opposition admits they are unlikely to deny BN a victory this election, they are optimistic the proliferation of anti-government sites and blogs, as well as the YouTube phenomenon, has created a chink in the armor of the political behemoth which has ruled Malaysia uninterrupted for the past 50 years.

Though the BN has vast financial and manpower resources compared to the opposition, the ruling coalition is less savvy and nimble when it comes to effectively utilizing information and communications technology (ICT) and the Internet to upstage its political foes.

While the main opposition party, the Democratic Action Party (DAP), has unleashed its e-election campaign, the dominant BN-component party Umno, has yet to do likewise.

Senior Umno politician and BN Backbenchers Club chairman Shahrir Abdul Samad confirmed the Malay-based Umno does not have an Internet strategy for the coming election. He told ZDNet Asia in a phone interview that while the Internet was a useful “window” for communication, the election candidates still needed to travel across Malaysia, speak at rallies, visit community centers and meet the constituents face-to- face. Member of Parliament for Malaysian city Johor Bahru, Shahrir is one of few Internet-savvy senior Umno leaders who blog.

Yip Wai Fong, advocacy officer at Centre for Independent Journalism (CIJ), said the ruling coalition has been “very complacent” with regard to using the Internet in the political arena. “The BN government has been quite slow in using the Internet,” Yip said in a phone interview. “It has been too comfortable relying on the mainstream media over the decades.”

She explained that BN’s biggest constituency is the rural Malay heartland, where there is low Internet penetration and a non-IT savvy populace, and the pro-government mainstream media exerts greater influence compared to the Internet.

Yip said the BN, which comprises 14 political parties, has been slow to adapt their messages for the Internet, and to respond quickly to the barrage of allegations and criticisms from the host of pro-opposition news Web sites and blogs.

In contrast, the DAP appointed popular blogger Jeff Ooi to organize and head the party’s e-campaign for the election. The party operates a Web site dedicated to provide election information and collaterals, including profiles of all its candidates, the party manifesto, YouTube-linked video clips and links to all the party’s bloggers.

DAP candidates are also raising much-needed election funding through their individual Web sites, and complementing this effort with the use of (SMS) text messages to propagate its political views and messages to thousands of voters via the mobile platform.

The opposition’s reliance on the Internet and communication systems is borne out of sheer necessity. Ooi, who is standing for a parliamentary seat in Penang, said: “DAP’s e-election initiative is a platform to circumvent the media blackout on the opposition’s messages imposed by the government-controlled mainstream media.”

Internet paths way to information

Without access to the mass media, opposition parties were somewhat handicapped in past elections.

No responses yet

Mar 05 2008

4,000 penghuni Larkin Perdana lega dapat CF

Published by faizal under Berita Terkini

JOHOR BAHRU 7 Mac – Hampir 4,000 pengundi yang mendiami enam blok di kawasan rumah kos rendah Larkin Perdana di sini hari ini menarik nafas lega apabila kerajaan negeri berjanji akan memberi Sijil Layak Menduduki (CF) bagi rumah mereka.

Keputusan menggembirakan tersebut dibuat setelah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melakukan tinjauan ke atas perumahan tersebut dan mendapati sijil itu wajar dikeluarkan segera.

Beliau berkata, kelewatan sijil itu dikeluarkan sebelum ini adalah berpunca daripada kegagalan syarikat pemaju memenuhi syarat yang ditetapkan kerajaan.

Abdul Ghani berkata, CF tersebut perlu dikeluarkan segera kerana kawasan tersebut terletak dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

“Selaku Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), saya ingin maklumkan bahawa masalah penduduk di kawasan perumahan tersebut sudah selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra bersama penduduk Larkin di Dewan Raya Kampung Datuk Onn Jaafar di sini semalam.

Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad yang juga penyandang kerusi tersebut.

Abdul Ghani juga berkata, jika ada rumah yang perlu ditambah baik ia akan dilakukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

Selain menyelesaikan masalah CF, beliau turut berjanji akan mendirikan sebuah dewan orang ramai di Taman Datuk Onn yang sebelum ini tidak dapat dibina kerana memberi laluan kepada sebuah projek penswastaan.

“Tapak untuk membina dewan sudah ada dan kita juga telah mengenal pasti pemaju yang akan melaksanakan projek tersebut,” katanya.

Abdul Ghani berkata, kerajaan negeri telah meminta jurutera profesional untuk menyelesaikan setiap masalah penduduk kawasan berkaitan infrastruktur dan pembinaan di kawasan tersebut.

Beliau yang yakin Barisan Nasional (BN) akan terus menerajui pemerintahan negara ini berkata, segala masalah masyarakat setempat akan diselesaikan secepat mungkin.

No responses yet

Next »