Kejohanan Futsal JPMM DUN Tanjung Puteri
Feb 7, 2010 Berita Pemuda
Biro Sukan Pemuda UMNO Johor Bahru telah mengendalikan Kejohanan Futsal DUN Tg Puteri dengan kerjasama JPMM pada 7hb februari 2010. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut.
Pemuda UMNO Johor Bahru telah mengendalikan perlawanan peringkat kumpulan di Gelanggang Futsal MBJB, Jalan Datin Halimah. Perlawanan akhir dan penentuan tempat ketiga dan keempat telah diadakan pada sebelah malam di Gelanggang Futsal Kg. Dato’ Onn. Sdra. Khalid Mohamed selaku Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru telah meluangkan masa menyampaikan hadiah kepada para pemenang.



























Leave a Reply