Gotong-Royong Membersih Kawasan Rumah OKU Di Jalan Antoi
Jun 15, 2009 Biro
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Johor Bahru serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) telah menganjurkan Program Gotong-royong membersihkan kawasan rumah seorang penduduk OKU di Lorong 3, Jalan Antoi, Majidee Bahru pada 13 Jun 2009 (Sabtu) baru-baru ini.
Alhamdulillah, atas dasar semangat tolong-menolong dan sifat prihatin kepada golongan orang kurang upaya, seramai 30 orang anak muda telah menyertai misi membersihkan kawasan rumah seorang ibu tunggal yang telah lama lumpuh. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menebas semak-samun, menebang pokok, membersihkan longkang tersumbat serta merobohkan dinding usang yang menjadi punca air bertakung serta tempat berlindung serangga berbisa.












Program ini juga telah mendapat kerjasama dari pihak Southern Waste Management, SWM serta Ahli Majlis MBJB Zon Majidee, En Abd. Samad selaku Ketua Kampung Dato’ Sulaiman Menteri serta Pengerusi Biro Kebajikan Wanita UMNO Bahagian Johor Bahru iaitu Puan Faridah Bte Mustafa yang telah sama-sama berganding bahu bergotongng-royong sejak awal pagi. Pihak Pergerakan Pemuda UMNO JB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah melapangkan masa hadir dan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan. Semoga usaha kalian semua mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah SWT.
























Leave a Reply