Program Pemuda UMNO Johor Bahru Sepanjang Mac-April 2010

Program-program Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru

1. 20hb Mac 2010 (Sabtu)

Sambutan Maulidur Rasul anjuran bersama Biro Agama PPUJB dan J/kuasa Surau Al-Ekhsan

Tempat : Surau Al-Ekhsan, Kg. Melayu
Waktu  : 8.30 malam

2. 21hb Mac 2010 (Ahad)

Majlis Pelancaran Kempen Daftar Pemilih (SPR/PPUJB)

Tempat : Dewan Kg. Dato’ Onn Jaafar, Jln. Datin Halimah
Waktu  : 10.30 pagi

3. 26hb-28hb Mac 2010

Kursus Pengukuhan Jati Diri anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor

Tempat : La Bella Resort, Mersing

4. 4hb April 2010 (Ahad)

Kejohanan Bowling Piala Pemuda UMNO Johor Bahru

Tempat : Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2010/1431H

1_344802399l

Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Johor Bahru mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2010/1431H kepada kepada semua umat Islam, khususnya di Johor Bahru. 

Kami mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah Baginda Rasulullah S.A.W. dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. kepada kita.  Ambillah peluang ketika bercuti ini untuk memperbanyakkan berselawat ke atas nabi junjungan kita.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzaab ayat 56, maksudnya;

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Jadikanlah amalan mengikuti ajaran Baginda Rasulullah S.A.W. satu rutin harian dan bukannya terhad pada hari kebesaran.

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Anjuran MCA JB

gong

Kegembiraan rakan-rakan kaum Tionghua menyambut Tahun Baru Cina turut dikongsi oleh Pemuda UMNO Johor Bahru apabila kami berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA Bahagian Johor Bahru. Ketibaan kami di perkarangan Dewan SJK (C) Foon Yew, Jalan Kebun Teh disambut oleh Sdra. Kua Song Tuck, Ketua Pemuda MCA Johor Bahru.

Antara hidangan yang disediakan ialah makanan tradisi Melayu seperti nasi minyak, satay dan tidak ketinggalan limau mandarin. Majlis dimeriahkan dengan paluan gendang, tarian singa dan tarian naga.

gong4gong3gong5

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Kejohanan Bolasepak Pemuda RP Larkin

rpl1

Pada Ahad 21 Februari yang lepas, barisan Pegawai dan AJK Pemuda UMNO Johor Bahru telah turun beramai-ramai menghadiri majlis perasmian Kejohanan Bolasepak Pemuda UMNO RP Larkin yang telah disempurnakan oleh Sdra. Khalid Bin Mohamed.

Di dalam ucapan perasmiannya, Sdra. Khalid Mohamed mengharapkan agar kejohanan bolasepak yang dianjurkan bukan saja mampu melahirkan ramai pemain-pemain muda berbakat tetapi juga berjaya membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdaya saing, mempunyai disiplin tinggi serta jalinan kerjasama yang baik antara satu sama lain.

rpl7rpl2rpl4rpl5rpl3rpl6

Selepas acara perasmian, Sdra. Khalid mengetuai barisan Pegawai dan AJK Pemuda UMNO Johor Bahru melawat Blok D, Pangsapuri Larkin yang terputus bekalan elektrik akibat fius utama di tingkat satu blok itu terbakar (dipercayai angkara penagih dadah).

rpl8

Sdra. Khalid bertanyakan sesuatu kepada Sdra. Arshad, Ketua Pemuda RP Larkin sambil diperhatikan dengan tekun oleh Ketua Cawangan, Sdra. Romzi.

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Pemuda BN Johor Bahru Bantu Golongan Cina Miskin Sempena Perayaan Gong Xi Fa Cai

PBN1

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Kejohanan Futsal JPMM DUN Tanjung Puteri

jpmm

Biro Sukan Pemuda UMNO Johor Bahru telah mengendalikan Kejohanan Futsal DUN Tg Puteri dengan kerjasama JPMM pada 7hb februari 2010. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut.

Pemuda UMNO Johor Bahru telah mengendalikan perlawanan peringkat kumpulan di Gelanggang Futsal MBJB, Jalan Datin Halimah. Perlawanan akhir dan penentuan tempat ketiga dan keempat telah diadakan pada sebelah malam di Gelanggang Futsal Kg. Dato’ Onn. Sdra. Khalid Mohamed selaku Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru telah meluangkan masa menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

jpmm2jpmm3jpmm4

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Berita Ketua Pemuda Di Dada Akhbar

Berita Harian (Edisi Johor), 3hb Februari 2010 m/s 7

Khalid Mohamed, Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru merangkap Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah merasmikan Pesta Pameran Emosi dan Perkahwinan 2010 yang telah diadakan di Plaza Kotaraya.

kursus kahwin1

Sementara itu, lawatan Sdra. Khalid Mohamed selaku Ahli Majlis MBJB Zon Larkin ke SMK St Joseph (B) Larkin turut diberi liputan. Beliau meninjau tapak projek pemaju yang menjalankan kerja tanpa kelulusan MBJB. Pemaju tersebut telah mengabaikan aspek keselamatan pelajar SMK St Joseph (B) dengan merobohkan pagar sekolah dan hanya membina penghadang zink.

Berita Harian (Edisi Johor), 1hb Februari 2010 m/s 1

stjoseph1

Harian Metro (Edisi johor), 29hb Januari 2010 m/s 34

stjoseph21

Nanyang Siang Pau, 28hb Januari 2010

stjoseph31



Share This Post

Share/Save/Bookmark