Pemuda UMNO Johor Membuat Laporan Polis Ke Atas AdukaTaruna

Aduka

Pemuda UMNO Johor Bahru telah menyertai perhimpunan aman anjuran Pemuda UMNO Negeri Johor yang bertujuan untuk menggesa agar tindakan tegas diambil ke atas Blogger AdukaTaruna. Blogger tersebut telah mengeluarkan kenyataan menghina AlMarhum Sultan Johor di dalam blog beliau baru-baru ini.

“Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Pada hal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesis stupid.” – Adukataruna.blogspot.com

Pemuda UMNO Negeri Johor turut membuat satu laporan polis ke atas AdukaTaruna di Balai Polis Sentral Johor Bahru Selatan. Semua warganegara Malaysia WAJIP mentaati prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Perlakuan biadap seperti ini tidak boleh ditangani dengan sekadar memberi amaran lisan tanpa sebarang tindakan tegas.

Aduka1Aduka2Aduka3Aduka4Aduka5Aduka6

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Semoga Roh Almarhum Tuanku Dicucuri Rahmat

Sembah Takziah Daripada PPUJB

sultan-iskandar

Kepada

DYMM SULTANAH ZANARIAH BINTI ALMARHUM TUNKU AHMAD
SULTANAH JOHOR

Serta

Kerabat DiRaja, Kerajaan Negeri
Dan Seluruh Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim

Di atas Kemangkatan

ALMARHUM DYMM BAGINDA ALMUTAWAKKIL’ALALLAH
SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK
JOHOR DARUL TA’ZIM

Pada
22hb Januari 2010 bersamaan 06 Safar 1431H

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh AlMarhum”

 

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Sambutan Hari Keluarga Perumahan Rakyat Iskandar

HK1

Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru telah menganjurkan Hari Keluarga Perumahan Rakyat Iskandar dengan kerjasama J/kuasa Penduduk Perumahan Rakyat Iskandar pada 27 Disember 2009. Sambutan Hari Keluarga ini telah bermula seawal jam 7.00 pagi dengan pelbagai acara menarik. Sdra. Syed Amiruddin selaku Naib Ketua PPUJB telah melapangkan masa untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Sambutan Hari Keluarga membawa bersamanya manfaat yang tidak ternilai dan pengertian yang amat mendalam dalam proses pembangunan masyarakat. Dalam kita berusaha mengejar kemajuan dan kejayaan hidup adalah amat penting untuk kita memastikan institusi kekeluargaan dan hubungan silaturrahim sesama jiran senantiasa dijaga.

HK2HK3HK4HK5HK6HK7

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Khalid Samad & Anwar Ibrahim KUFUR Apabila Sokong Kristian Guna Kalimah ALLAH?

 Khalid

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik ketika mengulas isu Mahkamah Tinggi membenarkan pengunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly.

“Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama,” katanya dalam sidang media di kediamannya semalam.

SIAPAKAH YANG BELIAU MAKSUDKAN?

Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad, di dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik. Menurut beliau, “perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia”.

Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Kejohanan Badminton Pemuda UMNO Kg Kurnia

Bad1

Pemuda UMNO Cawangan Kg Kurnia yang diketuai oleh Sdra. Hj. Ahmad Husni bin Sadikan telah menganjurkan Kejohanan Badminton Pemuda UMNO Kg Kurnia di Dewanraya Kg Kurnia,  Johor Bahru pada 23hb-30hb Disember 2009. Kejohanan ini antara lain bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim di samping mengembangkan daya persaingan yang sihat serta membina jasmani dan rohani yang sihat dan mantap di kalangan belia Kg. Kurnia.

Sebanyak 2 kategori telah dipertandingkan iaitu  Kategori Terbuka dan Kategori Remaja Bawah 17 tahun. Jumlah penyertaan adalah sebanyak 28 pasukan. Berikut adalah keputusannya :-

1) Terbuka
    Juara    : Suhaimi Bin Abu / Mohd Taufiq Bin Ahawan
    Kedua   :  Norkhalid Bin Hassan / Mohd Azam Bin Ahawan

2) Remaja B17
    Juara    :  Mohd Azam Bin Ahawan / Mohd Imran Bin Che Ibrahim
    Kedua   :  Mohd Shahrul Bin Hj Sarmid / Mohd Salim

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Sdra. Syed Amiruddin Bin Syed Jaffar, Naib Ketua Per. Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru dan En Jupri Bin Kayat, Ketua Kg Kurnia. Turut hadir ialah barisan Pegawai serta Ahli Jawatankuasa Per. Pemuda UMNO Bahagian.

Bad2bad3Bad4bad5bad6bad7

Share This Post

Share/Save/Bookmark