Jawatan Kosong! Khusus Untuk Orang Melayu Yang Sokong Pakatan Rakyat!
Dec 31, 2009 Berita Semasa

Syabas kepada orang Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat. Perjuangan saudara semua semakin membuahkan hasil. Konsep KESAMARATAAN HAK yang diperjuangkan kini sedikit demi sedikit telah dilaksanakan di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Nak mohon jawatan Pembantu Tadbir Majlis Bandaraya pun dimestikan boleh BERBAHASA MANDARIN. Lebih ADIL, lebih SAMARATA, lebih SAKSAMA.
Inilah kejayaan perjuangan di bawah motto “PAS For All”, “Ketuanan Rakyat” dan “Malaysian Malaysia”.
Syabas sekali lagi kepada orang Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat. Lepas ni makin ramailah anak muda Melayu yang menganggur. Nak kerja swasta kena berbahasa Mandarin, nak kerja kerajaan pun kena berbahasa Mandarin. Perjuangan UMNO membela nasib orang Melayu diselar sebagai RACIST tapi sebenarnya konsep KESAMARATAAN HAK yang Pakatan Rakyat perjuangkan pula hanya menguntungkan satu bangsa… bangsa yang boleh berbahasa Mandarin. Orang melayu secara sistematik akan terus dipinggir dan segala perjuangan pemimpin terdahulu untuk mengangkat martabat orang Melayu beragama Islam di tanahair tercinta ini akan hancur menjadi debu.
Sang Setia – Sedarlah wahai melayu. Jangan menang sorak tapi kampung tergadai.
PAS Johor Bahru Menipu Diri Sendiri Dan Bermimpi Di Siang Hari
Dec 29, 2009 Berita Semasa
PAS Johor Bahru dan J/Kuasa Bertindak Setinggan DUN Stulang (yang dianggotai oleh penduduk setinggan bermazhab PAS) telah membuat laporan polis berkenaan isu pengambilan tanah setinggan dan penempatan semula penduduk. Ini merupakan satu lagi gimmick murahan PAS Johor Bahru yang kini cukup terdesak setelah gagal menghasut majoriti penduduk setinggan untuk menolak tawaran kerajaan.
Apa yang cukup melucukan ialah mereka mendakwa mendapat mandat dari penduduk 8 buah kampung setinggan yang terlibat. Mengikut laporan mereka…
Kehadiran penduduk dari 8 buah kampung yang terlibat dalam projek pembinaan lebuhraya dan penempatan semula cukup ramai dan sekaligus berjaya mencapai sasarannya.

Lihatlah gambar di atas. Setelah ditolak konco-konco PAS Johor (Mahfodz Mohamed, Mazlan Aliman, Dzulkefly Ahmad, Rosli Kemin, Syed Othman), Ong Kow Meng (ADUN DAP yang datang jauh dari Senai), Hassan Karim (PRM) serta Abdul Khir & The Gang (J/Kuasa Bertindak tajaan PAS), BERAPA ORANG SAJA YANG TINGGAL? Itu pun sudah pasti kebanyakannya merupakan sanak-saudara Abdul Khir yang diangkut dari Kg. Desa Melayu. Kelakar PAS sungguh mencuit hati…
Terimalah hakikat bahawa perjuangan sempit yang dibawa pembangkang tidak mendapat tempat di hati masyarakat Johor Bahru.
Saya menghadiri ceramah PAS yang dibuat di perkarangan rumah Abdul Khir (yang bermati-matian menafikan bahawa dia cuba mempolitikkan isu setinggan DUN Stulang). Tak sampai 30 orang yang hadir. Jauh berbeza dengan sambutan penduduk kepada sesi taklimat yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Johor Bahru.
Saya masih ingat kenyataan jahat Mazlan Aliman yang menyamakan UMNO dengan Israel yang merampas tanah penduduk Palestin. Abdul Khir dalam ceramahnya bukan main berapi-api menghasut penduduk dengan fakta-fakta bohong. Kononnya UMNO tidak boleh diharap dan merekalah sebenarnya Pembela Rakyat. Kononnya UMNO itu korup dan merekalah sebenarnya yang ikhlas memperjuangkan masalah penduduk.
Tapi apa yang berlaku di taklimat anjuran UMNO Bahagian Johor Bahru?
Abdul Khir dan konco-konconya mati kutu! Abdul Khir hanya tergagap-gagap mengulangi kenyataan Dato’ Shahrir agar penduduk tidak perlu berpindah selagi rumah belum siap. Selain daripada itu tidak ada satu pun cadangan mahu pun pandangan yang diberi oleh J/Kuasa Bertindak tajaan PAS berkaitan isu penempatan semula penduduk. Apa yang orang ramai saksikan pada malam itu hanyalah Abdul Khir yang cukup emosional apabila disindir sebagai cuba menjadi Jaguh Kampung. Apa yang orang ramai saksikan pada malam itu hanyalah Abdul Khir yang menafikan dia cuba mempolitikkan isu setinggan walaupun sudah beberapa kali menganjurkan siri ceramah pembangkang di perkarangan rumah beliau sendiri. J/Kuasa Bertindak tajaan PAS ternyata gagal memainkan sebarang peranan bermakna untuk mengangkat suara rakyat.
Umum mengetahui, PAS hanya berminat untuk mengambil kesempatan atas sebarang permasalahan yang dihadapi penduduk. Mereka akan mengadu domba, menghasut dan menakut-nakutkan penduduk dengan cerita-cerita bohong ciptaan mereka. Apabila perjuangan sempit mereka gagal menarik sokongan penduduk, akhirnya mereka akan menghilangkan diri meninggalkan sebilangan kecil penduduk yang termakan hasutan.
Golongan opportunist seperti pembangkang tidak boleh dijadikan sandaran oleh masyarakat. Penduduk setinggan DUN Stulang sudah cukup matang dan bijak untuk menilai yang mana intan, yang mana permata. UMNO Bahagian Johor Bahru sudah puluhan tahun membuktikan bahawa kebajikan penduduk setinggan sentiasa dibela. Puluhan ceramah PAS dan ratusan kisah bohong yang disampaikan oleh mereka tidak mampu menafikan hakikat ini.
Biarkan PAS Johor Bahru terus menipu diri sendiri dan bermimpi di siang hari.
KHEMAH KERJA KESELAMATAN PEMIMPIN PELAPIS (PEMUDA & PUTERI UMNO NEGERI JOHOR)
Dec 26, 2009 Biro

Biro Latihan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru telah menghantar 10 peserta ke Khemah Kerja Keselamatan Pemimpin Pelapis (PEMUDA & PUTERI UMNO NEGERI JOHOR) bertempat di SERAI DI LANJUT ROMPIN, PAHANG pada 21hb hingga 23hb Disember 2009.
Khemah kerja anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini bertujuan untuk melahirkan generasi pemimpin pelapis UMNO yang mantap dari segi pengetahuan politik serta kepimpinan duniawi dan ukhrawi. Pengisian program antara lain ialah menanam semangat jatidiri seta menyemai doktrin perjuangan UMNO kepada para peserta. Antara penceramah yang diundang ialah Dato’ Nasir Saffar, Pegawai Khas Penerangan kepada YAB Perdana Menteri.









TERKINI : Satu Lagi Perbuatan Menghina AlMarhum Sultan Johor
Dec 24, 2009 Berita Pemuda
“This prick was known to be abusive to his subjects. He was linked to rapes, murder and torture. His son Tunku Ibrahim continues his legacy.”

Wajah penderhaka tersebut…….

http://www.facebook.com/Pierre1969
KDN PERLU AMBIL IKTIBAR DARI KETEGASAN KERAJAAN THAILAND MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS WARGA MEREKA YANG MENGHINA RAJA THAI!!
Sang Setia : Kegagalan kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas Namewee telah menghasilkan lebih ramai “Namewee”.
Khalid Mohamed – Tutup Segera Kolam Terbiar
Dec 23, 2009 Ketua Pemuda
Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Larkin, Khalid Mohamed yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru kesal kerana pemaju projek pembinaan di Jalan Datuk Said, Larkin sehingga kini didapati gagal untuk menyelenggara tapak projek berkenaan dengan berkesan sehingga kolam air dibiarkan tanpa pengawasan yang memuaskan.
Katanya, ketika ini kolam berkenaan dijadikan tempat penambakan tanah manakala sebahagian kolam mula dipenuhi timbunan sampah.
“Sepatutnya pemaju terbabit memasang papan tanda amaran dan pemberitahuan mengenai projek ang sedang dijalankan. Malah pemaju juga didapati gagal menyediakan pengawal keselamatan bagi mengawal selia kenderaan yang keluar masuk ke kawasan itu.”
Khalid berkata, pemantauan beliau juga mendapati sebahagian besar tebing jalan mulai pecah akibat dilanggar lori dan kenderaan berat menyebabkan laluan ke tapak projek semakin menyulitkan.
“Kami bimbang keadaan air kolam yang semakin kotor dan boleh menjadi tempat nyamuk membiak dengan cepat. Ini membahayakan keselamatan penduduk yang mungkin mudah diancam denggi.”
Sehubungan itu, beliau meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan mengelakkan kolam berkenaan daripada terus menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Berita Harian (22hb Disember 2009)
Pemuda UMNO JB di Majlis Penutup Karnival Belia Desa Jaya
Dec 22, 2009 Berita Semasa
Sdra. Khalid Mohamed berserta Barisan Pegawai serta AJK Per. Pemuda UMNO Johor Bahru (PPUJB) telah menghadiri Majlis Penutup Karnival Belia Desa Jaya yang berlangsung pada Ahad, 20hb Disember di perkarangan Dewan Tadika KEMAS Desa Jaya.
Sdra. Khalid Mohamed memuji karnival sukan yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Desa Jaya kerana aktiviti sukan merupakan satu kaedah pembangunan sosial yang dapat menggalakkan pergaulan serta persaingan sihat di kalangan generasi muda.
PPUJB sedar bahawa peranan belia adalah amat penting dan oleh itu, golongan tersebut perlu dipastikan terus menyokong perjuangan parti serta Kerajaan Barisan Nasional. PPUJB akan terus berusaha mendekati golongan belia dari semasa ke semasa, terutamanya melalui penganjuran pelbagai aktiviti yang sesuai dengan citarasa golongan tersebut.






Barisan Pegawai serta AJK PPUJB juga sempat berkunjung ke Banana Cafe, Danga City Mall untuk menghadiri Majlis Sumbangan Beg & Kasut Sekolah Untuk Pelajar Miskin anjuran bersama Per. Pemuda UMNO KDSM dan Kelab Satrianeo.com.my.
Khalid Mohamed Merasmikan Koperasi Pemandu Teksi Kasturi
Dec 22, 2009 Berita Pemuda
Pada hari Ahad, 20hb Disember baru-baru ini, Sdra. Khalid Mohamed, Ketua Per. Pemuda UMNO Bhg. Johor Bahru telah merasmikan Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Pemandu Teksi Kasturi Johor Bahru Berhad bertempat di JB Catering, Taman Merdeka. Dalam ucapan perasmiannya, Khalid telah memuji Kelab Pemandu Teksi Kasturi kerana menjadi persatuan teksi yang pertama sekali menubuhkan sebuah koperasi.
Tambah beliau, sesebuah koperasi bukan saja mampu berperanan sebagai pemangkin dalam meningkatkan ekonomi tetapi juga dapat menguatkan semangat ukhuwah dan kerjasama diantara ahlinya. Beliau mengingatkan bahawa setiap ahli perlu melihat koperasi ini sebagai perniagaan milik sendiri dan memainkan peranan yang aktif dalam memastikan setiap aktiviti projek yang dirancang menemui kejayaan. Sebuah koperasi yang berjaya, hasilnya akan turut dinikmati oleh generasi akan datang.
Khalid turut menegaskan bahawa Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru menyedari dan mengiktiraf peranan pemandu teksi sebagai duta-duta kecil yang dapat menyampaikan maklumat secara efisien kepada golongan masyarakat. Pemandu teksi memainkan peranan yang agak besar dalam menentukan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional, khususnya di kawasan bandar seperti Johor Bahru.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H
Dec 18, 2009 Berita Pemuda
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H kepada semua umat Islam, khususnya semua ahli Pergerakan Pemuda UMNO dalam Bahagian Johor Bahru.
Peristiwa Hijrah merupakan satu titik sejarah yang amat besar ertinya ke atas perkembangan Islam dan mengajar kita supaya bersedia menghadapi sebarang cabaran. Sempena sambutan peristiwa Hijrah ini, marilah kita memperbaharui azam untuk memperbaiki dan mengubah nasib kita serta seluruh umat Islam ke arah yang lebih baik, ke arah kemajuan, kejayaan dan yang amat penting ketaatan kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Semoga perjuangan kita memartabatkan agama dan memperkasakan bangsa memperoleh keberkatan dari Allah SWT.
MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA MENYAMBUT MA’AL HIJRAH (AWAL MUHARRAM) 1431H
Dec 15, 2009 Biro

Biro Agama, Per. Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil, Ceramah Agama serta Doa Akhir tahun sempena meraikan tahun baru, Maal Hijrah 1431H.
Tempat : Surau Kg. Dato’ Hjh Hasnah
Tarikh : 17 Disember 2009
Majlis akan bermula pada jam 6.30 ptg dengan bacaan Doa Akhir Tahun sebelum Azan Maghrib dan Doa Awal Tahun selepas Azan Maghrib serta disusuli dengan Bacaan Yaasin dan Ceramah Agama selepas solat Isya’.
Seluruh umat Islam, khususnya ahli pergerakan Pemuda UMNO dalam Bahagian Johor Bahru, dipelawa untuk bersama-sama meraikan kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431H kali ini.
























