Pemuda UMNO JB Mengerjakan Ibadah Korban
Nov 28, 2009 Berita Semasa
Sempena Aidil Adha kali ini, Per. Pemuda UMNO Johor Bahru telah menyumbangkan 2 ekor lembu untuk majlis korban di Rumah Panjang Larkin dan Perumahan Rakyat Iskandar.
Acara menyembelih lembu bermula selepas solat Jumaat lebih kurang jam 2.30 petang secara bergotong-royong oleh penduduk setempat.



Selamat Hari Raya Aidiladha 2009
Nov 27, 2009 Berita Semasa

Sdra Khalid Mohamed dan semua Ahli Jawatankuasa Per. Pemuda UMNO Johor Bahru ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam Johor Bahru, khususnya, ahli-ahli Per. Pemuda UMNO Cawangan-cawangan dalam Bahagian Johor Bahru.
SEMOGA SEGALA PENGORBANAN KITA DIREDHAI & DIRAHMATI OLEH ALLAH S.W.T
MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI ANJURAN MAJLIS BELIA DAERAH JOHOR BAHRU
Nov 25, 2009 Berita Pemuda

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Sdra. Khalid Mohamed selaku Ahli Majis MBJB Zon Larkin telah melapangkan masa merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran Majlis Belia Daerah Johor Bahru bertempat di Dewan Serbaguna Rumah Pangsa Larkin pada 25hb November 2009 baru-baru ini.
Akan Datang Ke Cawangan-Cawangan UMNO Berhampiran Anda!!
Nov 21, 2009 Biro
Nantikan kedatangan kami!!
UPSR Johor Lebih Cemerlang!!
Nov 20, 2009 Ketua Pemuda

JOHOR BAHRU 19 Nov. – Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 negeri ini didapati mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan dalam tiga aspek.
Pengarah Pelajaran Johor, Sufa’at Tumin berkata, daripada aspek kualiti, UPSR 2009 adalah rekod terbaik Johor apabila Gred Purata Sekolah (GPS) pada tahun ini mencatatkan 2.21 mata, iaitu meningkat 0.01 mata berbanding tahun lalu.
Seluruh warga Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru mengucapkan tahniah kepada Sdr. Khalid Bin Mohamed diatas kejayaan beliau mendidik anak lelakinya, adik Aziz Bin Khalid (gambar kecil) yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR.
Adik Aziz merupakan anak kedua daripada empat beradik adalah seorang kanak-kanak yang aktif dan sering mencapai keputusan yang memberangsangkan dalam mata pelajaran. Bapanya, Sdr. Khalid Bin Mohamed yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru begitu serius dan mengambil berat tentang pembelajaran anak-anaknya meskipun beliau terlalu sibuk dan komited dengan karier politik.
Kami seluruh warga dan kakitangan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Johor Bahru sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Sdr. Ketua Pemuda dan semoga akan lebih ramai lagi anak-anak bangsa melayu mencapai keputusan yang cemerlang pada masa yang mendatang.
FORUM KEPIMPINAN POLITIK BERINTEGRITI NEGERI JOHOR
Nov 16, 2009 Berita Semasa
Forum Kepimpinan Politik Berintegriti Negeri Johor
Anjuran : Barisan National Negeri Johor dengan Kerjasama Institut Integriti Kepimpinan and Latihan Semangat Johor (IKLAS) Yayasan Warisan Johor.
Tarikh : 14 November 2009
Tempat : Hotel M-Suite , Johor Bahru
Bahagian Terlibat : Tebrau, Pasir Gudang, Johor Bahru, Pulai, Gelang Patah, Kulai, Pontian dan Tenjong Piai.



Gotong-Royong Membantu Warga Emas Rumah Panjang Larkin Berpindah Ke Kediaman Baru
Nov 7, 2009 Berita Pemuda

Pada 7 November yang lepas, Sdra. Khalid Mohamed telah mengetuai Barisan Pegawai dan AJK Pemuda UMNO JB bergotong-royong membantu seorang warga emas di Rumah Panjang Larkin yang berpindah ke Perumahan Rakyat Iskandar. Kebajikan warga emas tidak boleh dilupakan. Hari ini hari mereka, esok hari kita.























