Program Kefahaman & Pemantapan Dasar-Dasar Kerajaan

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru dengan kerjasama KEMAS Kawasan Johor Bahru telah menganjurkan Bengkel Pemantapan dan Pemahaman Dasar-Dasar Kerajaan seperti butiran berikut :-

Bengkel

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh     :  25hb Oktober 2009 (Ahad)
Masa        :  9.30 pagi
Tempat   :  Hotel Seri Malaysia, Larkin, Johor Bahru

Seramai hampir 100 orang peserta dari kalangan ahli Per. Pemuda UMNO cawangan2 di dalam bahagian Johor Bahru telah mengikuti bengkel yang dianjurkan.

Antara pengisian program ialah :

1. Ceramah Penerangan Isu-isu Politik Semasa
Oleh : YBhg. Datuk Nasir Bin Safar
Pegawai Khas Penerangan YAB Perdana Menteri

2. Ceramah Ketuanan Melayu
Oleh : En Marsidi Bin Katong
Pen. Pengarah KEMAS Negeri Johor

3. Taklimat Pindaan Perlembagaan UMNO
Oleh : Pegawai Per. Pemuda UMNO Johor Bahru

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Persidangan Agung UMNO 2009

Perwakilan Pemuda UMNO JB

Perwakilan Pemuda UMNO Johor Bahru Ke Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2009

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Pesta Tanglung 2009 di Ungku Mohsin

Pesta Tanglung

Ketua Per. Pemuda UMNO Johor Bahru, Sdra. Khalid Mohamed telah menghadiri Majlis Pesta Tanglung anjuran JK Keselamatan & Kemajuan Kg. Ungku Mohsin bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Balai Raya Kg. Ungku Mohsin. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Adam Sumiru, ADUN Tg Puteri.

Pesta Tanglung2Pesta Tanglung3

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Gunakan Akta Hasutan terhadap JAG, SIS

Gunakan Akta Hasutan terhadap JAG, SIS

JOHOR BAHRU 6 Okt. – Kerajaan didesak mengambil tindakan terhadap Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) di bawah Akta Hasutan kerana mempertikaikan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.

Desakan berkenaan dibuat oleh Pergerakan Wanita UMNO Johor Bahru dan sayap Pemudanya yang turut membuat laporan polis berhubung isu tersebut hari ini.

Pergerakan Wanita UMNO Johor Bahru, Salmah Saffar berkata, ia penting bagi menghentikan tindakan JAG yang menuntut kerajaan memansuhkan undang-undang syariah berkenaan.

“Tuntutan itu adalah berbahaya dan mencabar kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini seperti yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Johor Bahru Central di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru, Khalid Mohamed.

Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Pemuda & Wanita Umno Johor Bahru buat laporan polis terhadap JAG

Pemuda & Wanita Umno Johor Bahru buat laporan polis terhadap JAG

ThJJOHOR BAHRU: Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno Bahagian Johor Bahru, hari ini membuat laporan polis menuntut supaya pertubuhan yang bernaung di bawah Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG) disiasat mengikut Akta Hasutan kerana mencampuri kes hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Sukarno.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru, Khalid Mohamed dan Ketua Wanita, Salmah Saffar membuat laporan itu di Balai Polis Sentral di sini pada jam 1.40 tengah hari tadi.

Salmah berkata, laporan polis dibuat kerana tuntutan JAG untuk mendapatkan perintah penggantungan, pindaan atau pembatalan terhadap pelaksanaan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi oleh Mahkamah Syariah adalah berbahaya dan mencabar kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

“Tuntutan JAG juga tidak menghormati kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negara ini selain boleh menimbulkan ledakan emosi penganut Islam seterusnya mencetuskan konflik keagamaan yang dikhuatiri akan menggugat suasana keharmonian masyarakat di negara ini,” katanya selepas membuat laporan berkenaan.

Salmah berkata, JAG tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan keputusan penerimaan Kartika Sari Dewi dan keluarganya terhadap hukuman yang diputuskan memandangkan wanita itu sendiri reda untuk menjalani hukuman berkenaan.

Khalid pula berkata, pihaknya memandang serius tindakan JAG itu dan mengharapkan siasatan dapat dibuat segera kepada pihak berkenaan.

Kartika Sari Dewi, 32, dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah minum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang, pada 11 Julai 2008.

Hukuman sebat itu kemudian ditangguhkan baru-baru ini bagi menghormati bulan Ramadan.

JAG baru-baru ini menyifatkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi sebagai kejam, mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang dan menuntut kerajaan memansuhkan Undang-undang Jenayah Syariah yang berkuatkuasa di negeri-negeri.

– BERNAMA

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Pemuda BN Johor Bahru lancar tabung bantu mangsa gempa

JOHOR BAHRU 3 Okt. – Kejadian gempa bumi yang menggegarkan wilayah Sumatera Barat, Indonesia Rabu lalu, sekali lagi meruntun keprihatinan rakyat Malaysia untuk membantu mangsa bencana berkenaan.

Malam tadi, komponen Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor Bahru mewujudkan tabung khas untuk membantu mangsa gempa bumi tersebut.

Tabung Gempa Nusantara itu akan digerakkan oleh 250 jentera Pemuda BN termasuk Pemuda UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP) selama seminggu bermula hari ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Khaled Mohamed berkata, penubuhan tabung berkenaan adalah sebagai salah satu usaha pihaknya membantu mangsa gempa bumi berkenaan.

Beliau berkata, sasaran kutipan untuk dana Tabung Gempa Nusantara itu berjumlah antara RM25,000 hingga RM50,000 dan akan disalurkan kepada pihak yang berkenaan.

“Derma yang diperoleh ini diharap dapat membantu meringankan beban mangsa bencana itu,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini.

Rabu lalu, wilayah Sumatera Barat digegarkan dengan gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter yang mengorbankan ratusan nyawa penduduk setempat selain memusnahkan bangunan, kediaman dan prasarana lain.

Pada permulaannya, menurut Khaled, pihaknya akan mengedarkan kira-kira 5,000 keping risalah mengenai bencana tersebut kepada orang awam di sekitar bandar raya ini.

Pihaknya akan mengutip dana dari rumah ke rumah, kawasan perumahan, kilang, pusat beli-belah, premis perniagaan dan pejabat kerajaan serta swasta.

“Sehubungan itu, saya menyeru warga bandar raya ini yang prihatin supaya menyumbang pada tabung ini untuk mem bantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai tabung berkenaan boleh melayari lawan web Pemuda BN di www.pemudajb.com.

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Majlis Pelancaran Tabung Gempa Nusantara

Tabung Gempa                                           

Majlis Pelancaran Tabung Gempa Nusantara Utusan-Maybank anjuran Pemuda BN Johor Bahru

Tarikh    : 2/10/2009
Masa     : 8.15malam
Tempat : Restoran Jintan Manis, Larkin Indah

Tabung Gempa2Tabung Gempa3Tabung Gempa4

Share This Post

Share/Save/Bookmark