SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KE 52

ambang2009

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KE 52

Tempat : Dataran Merdeka Kampung Melayu
Tarikh : 30 Ogos 2009
Masa : 10.30 malam
Anjuran : Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Pergerakan Pemuda Parti Komponen BN & Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Melayu

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Mesyuarat Pemuda BN Johor Bahru Pertama

Pada 23hb Ogos 2009 yang lepas, Sdra. Khalid Mohamed telah mempengerusikan Mesyuarat Pemuda Barisan Nasional Johor Bahru yang pertama bertempat di Restoran Jintan Manis, Larkin Indah. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua Ketua Sayap Pemuda Parti Komponen Barisan Nasional. Agenda mesyuarat ialah membincangkan tentang program Ambang Merdeka yang akan disambut pada malam 30hb. Ogos.

Pemuda BNPemuda BN2

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Perwakilan Umno JB laung ‘Anwar pengkhianat bangsa’

janji_anwar

Perwakilan Umno JB laung ‘Anwar pengkhianat bangsa’ 
 
Ogos 9, 09 10:03pm.

Perwakilan Umno Johor Bahru yang menghadiri persidangan perwakilan bahagian hari ini mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman mereka selepas serentak melaungkan “Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa”.

Laungan sebulat suara itu dilakukan 398 perwakilan Umno bahagian Johor Bahru dari 84 cawangan yang bersidang ketika Ketua Umno bahagian, Datuk Shahrir Abdul Samad menyampaikan ucapan perasmian.

“Mari kita bangun melaungkan ‘Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa’, supaya Anwar boleh turut sama mengambil tindakan undang-undang menyaman kita semua, Umno Johor Bahru sanggup menghadapi tindakan saman itu,” katanya hari ini, lapor Bernama.

Serentak dengan itu, semua 398 perwakilan Umno Johor Bahru bangun dan bersama-sama melaungkan ayat ‘Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa’.

Shahrir berkata Umno Johor Bahru bersama-sama dengan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menyuarakan pandangan yang terbuku dalam hati semua ahli Umno Johor Bahru selama ini.

Baru-baru ini, Muhyiddin dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Sri Gading di Batu Pahat menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu.

Berikutan kenyataan itu, Anwar menerusi peguamnya dilaporkan menghantar surat tuntutan meminta Muhyiddin memohon maaf atau berdepan saman sebanyak RM100 juta.

Shahrir berkata laungan dan desakan itu, adalah suara hati Umno Johor Bahru dan mereka tidak gentar menghadapi Anwar yang kini, sudah terpesong daripada semangat perjuangan orang Melayu.

“Kita tunjukkan pada pembangkang bahawa ahli Umno sanggup menghadapi mereka (pemimpin pembangkang) yang dilihat sewenang-wenang melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada pemimpin parti dan ahli parti,” kata Shahrir.

Share This Post

Share/Save/Bookmark

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JOHOR BAHRU 2009

bannerpemuda

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN JOHOR BAHRU 2009

Tarikh : 2 Ogos 2009 bersamaan 11 Shaaban 1430H
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Besar MPC, Bandar Baru UDA, Johor Bahru

Perasmian Oleh : YBhg Datuk Ahmad Zaki Bin Zahid
Exco Per. Pemuda UMNO Malaysia

Jumlah Kehadiran : 191 Perwakilan

Usul-usul Dibentangkan :

Usul 1
BANTAHAN CADANGAN KORUM DUA PULUH LIMA (25) ORANG AHLI PEMUDA BAGI PERSIDANGAN TAHUNAN PEMUDA CAWANGAN

Usul 2
MENGKAJI SEMULA PEMBATALAN PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN BENGKOK MENGGANTIKAN TAMBAK JOHOR

Usul 3
MENYOKONG PEMANSUHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

Kesemua usul telah disokong dan diluluskan sebulat suara.

Keputusan Pemilihan :

DUA (2) WAKIL PEMUDA BAHAGIAN KE MESYUARAT AGUNG PEMUDA UMNO MALAYSIA

1. MOHD SANY BIN MOHAMED
2. NOR RASHID BIN ALI

SEPULUH (10) WAKIL PEMUDA BAHAGIAN KE MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN

1. HJ AHMAD HUSNI BIN HJ SADIKAN
2. AZLAN BIN ITHNIN
3. KHAIRUL NIZAM BIN MD. SHAP
4. MOHD ZAKI BIN ZAINAL ABIDIN
5. MOHD FARIS BIN HAMZAH
6. ASRAF BIN HJ AWANG
7. MOHD. ARSHAD BIN ABU BAKAR
8. ZAMRI BIN MOHD JUPRI
9. MOHAMAD ARIFF BIN TAIB
10. HJ AZUAN BIN SAPRIN

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua perwakilan yang hadir menjalankan amanah sebagai ahli parti. Tahniah juga diucapkan kepada yang berjaya dipilih begitu juga calon yang tidak berjaya kerana anda merupakan seorang pejuang yang berani menawarkan diri.

Ribuan terimakasih diucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu Urusetia Persidangan dalam melicinkan segala persiapan Mesyuarat Perwakilan.

Terima kasih daun keladi kepada Datuk Hj Ahmad Bin Kemin yang bermurah-hati menaja makan tengahari dan minum petang.

Bagi Pihak Urusetia Persidangan, saya menyusun jari memohon maaf atas sebarang kesilapan yang tidak mungkin kami sengajakan.

JUMPA LAGI DI MESYUARAT PERWAKILAN TAHUN HADAPAN!

Syaiful Rizal Bin Abdul Ghani
Penolong Setiausaha
Per. Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru

Share This Post

Share/Save/Bookmark