Kekalkan ISA Demi Keamanan Negara!

sokongisa3

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Pemborong ikan menang nyawa-nyawa ikan…amaran buat Nik Aziz

board

Sejak awal lagi Barisan Nasional (BN) melangkah ke gelanggang Manek Urai telah diberikan gambaran akan menerima tamparan hebat daripada PAS. Pelbagai tuduhan dan serangan dibuat oleh pimpinan pembangkang terhadap UMNO dan BN termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang tergamak mengeluarkan kenyataan ‘syahadah orang PAS tak sama dengan syahadah orang UMNO’.

Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

PROGRAM SAMBUTAN ISRA’ MIKRAJ 1430H

bannerpemudaBiro Agama PPUJB dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Jalan Kurniawati, Kg Kurnia akan menganjurkan Program Sambutan Isra’ Mikraj 1430H seperti berikut :

 Tarikh    : 19hb Julai 2009 (Ahad)
 Masa     : 8.00 malam
 Tempat  : Surau Jalan Kurniawati, Kg Kurnia, Johor Bahru

Ceramah akan disampaikan oleh Ustaz Hj Fairuz Ali Akbar, Pegawai Pembangunan Keluarga, MAIJ.

Dengan sukacitanya kami ingin menjemput semua warga penduduk Johor Bahru untuk sama-sama mengimarahkan majlis ilmu tersebut. Bersamalah kita mempertingkatkan keimanan dan kecintaan kita kepada Allah SWT dan RasulNya.

“Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju Syurga”. (Hadith Riwayat Muslim)

Share This Post

Share/Save/Bookmark

PERTANDINGAN BOWLING UMNO UDA ANGSANA

bowlingPERTANDINGAN BOWLING
ANJURAN
UMNO CAWANGAN UDA ANGSANA

TEMPAT : AMPANG SUPERBOWL, LEISURE MALL, JOHOR BAHRU
MASA :  10.00 a.m.
TARIKH : 18 JULAI 2009
YURAN PENYERTAAN RM 80.00, (4 GAMES).

HADIAH-HADIAH

PERTAMA : WANG TUNAI RM 1000 DAN PIALA
KEDUA : WANG TUNAI RM 500 DAN PIALA
KETIGA : WANG TUNAI RM 200 DAN PIALA
KEEMPAT : WANG TUNAI RM 150
KE-5 HINGGA KE-15 : HADIAh SAGUHATI BERUPA HAMPER.

SILA HUBUNGI HAZIQ ( 019-7759596 ) ATAU HAIRI (012-7354474)

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Bukti rakaman video pengakuan ADUN PAS Gunung Semanggol mengenai baiah talak 3

Rakaman video pengakuan ADUN PAS kawasan Gunung Semanggol Ramli Tusin pada 1 April 2009.

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Mansuh PPSMI: Meleraikan Kemelut Politik, Bahasa dan Pendidikan Negara

Mansuh PPSMI: Meleraikan Kemelut Politik, Bahasa dan Pendidikan Negara
Oleh Ab. Jalil Backer

Keputusan membatalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan sahaja sudah dijangka tetapi juga dilihat sebagai satu kewajipan.

Sama ada kita mahu berbincang dari segi politik mahu pun pendidikan, pertimbangan yang rasional akan mendesak kembalinya pengajaran dan pendidikan anak-anak di sekolah kepada bahasa Melayu.

Dari segi politik, keputusan menjalankan PPSMI tersebut sungguhpun disokong oleh separuh rakyat Malaysia, ia juga ditentang oleh separuh lagi. PPSMI sudah menjadi isu politik yang melemahkan UMNO dan Barisan Nasional.

Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Definasi Negara Islam dan Penyelewengan PAS

Sejak dulu lagi… PAS tidak pernah berhenti mengkafirkan orang-orang Melayu beragama Islam di dalam UMNO. Hakikatnya, selagi pemerintah itu tidak melakukan perbuatan kufur seperti melarang bersolat, menyembah berhala atau sebagainya… selagi itu kita wajib taat kepada mereka. Ini bersesuaian dengan hadith riwayat Auf Bin Malik…

pemimpinzalim2-display

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Suatu ketika dulu… PAS telah mengeluarkan FATWA KAFIR BERIKAT…

islam_kafir

 

 

 

 

 

Tapi kini… mereka pula yang bersekongkol dengan kafir harbi dalam DAP. Di Perak, orang Melayu dalam PAS sanggup derhaka kepada Sultan dan menghina Mufti semata-mata untuk memastikan pemimpin mereka jadi Menteri Besar yang tugasnya hanyalah menjadi barua kepada DAP.

Dan demi meraih sokongan kafir harbi dalam DAP yang kita semua maklum cukup membenci orang Melayu, AHLI POLITIK PAS iaitu YB Nik Aziz telah terang-terangan mengaku bahawa agenda Negara Islam tidak termaktub dalam perlembagaan PAS.

nik_ajis

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Yang peliknya… pengikut-pengikut taksub PAS masih terus membabi-buta menyeleweng agama demi mencapai matlamat untuk menjadikan pemimpin politik mereka sebagai ADUN dan Ahli Parlimen…

wajib_undi_pas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Isu kafir-mengkafir tidak boleh dipandang ringan. Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :-

“Barangsiapa yang mengatakan kepada saudaranya, ‘Wahai kafir’, maka (tuduhan tersebut) akan kembali kepada salah satu dari keduanya.” (Muttafaq Alaih).

Sang Setia : Sampai bila orang Melayu akan terus tertipu dengan politik ala Khawarij yang digunapakai oleh PAS? Sampai bila…?

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Demi Babi, DAP Kedah Keluar Pakatan

mh_01_1ALOR SETAR 1 Julai – DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini. – UTUSAN

Sang Setia – We Are What We Eat. Cuba tengok betul-betul muka Pengerusi DAP Kedah. hahaha

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Beberapa Kenyataan Nyanyuk Tok Guru PAS Yang Menyesatkan

isle,_pas

Kenyataan-kenyataan Nyanyuk Tok Guru PAS Yang Menyesatkan

1. “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. “Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” – Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” – Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. “Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” – Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. “Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark