Pengurus Kesedar Tuan Aziz Tuan Mat calon BN Manik Urai

KUALA KRAI 28 Jun – Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Manik Urai, umum Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.

— BERNAMA

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Program Penempatan Pekerjaan Peringkat Negeri Johor (3P)

Program Penempatan Pekerjaan Peringkat Negeri Johor (3P)

 questions

Tarikh   : 27-28.06.2009

Masa     : 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Dewan Pameran, Tingkat 4 Danga City Mall, Johor Bharu

 

Jangan Lepaskan Peluang!

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Program Pengisian Jawatan Sektor Awam Kerajaan Negeri Johor

Program Pengisian Jawatan

Sektor Awam Kerajaan

Negeri Johor

 

Sukacita dimaklumkan bawah UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI JOHOR akan mengadakan program sebagaimana di atas ketetapan berikut :

      Tarikh         :           26hb. Jun 2009       (Jumaat)

                                     27hb. Jun 2009       (Sabtu)

      Jam            :           9.00 pagi hingga 5.00 petang

      Tempat     :           Perkarangan Bangunan Sultan Ibrahim, Jalan Bukit Timbalan,

                                   80000 Johor Bahru, Johor.

Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Johor

Iklan jawatan kosong di Kerajaan Negeri Johor

 

Tarikh tutup 30 Jun 2009

Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana berikut:

1. PEGAWAI SYARIAH L41
2. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
4. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA DGA29
5. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J29
6. PENOLONG PEGAWAI SYARIAH LS27
7. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
8. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN C27
9. PENOLONG JURUAUDIT W27
10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PENGHULU) (LELAKI) N27
11. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PEGAWAI EKSEKUTIF) N27
12. PENOLONG PEGAWAI TANAH NT17
13. PEMBANTU SYARIAH LS17
14. PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) N17
15. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
16. PEMBANTU TADBIR (PENYELENGGARA SETOR) N17
17. JURUAUDIO VISUAL N17
18. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
19. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
20. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S17
21. PEMBANTU VETERINAR G17
22. PEMBANTU PERTANIAN G17
23. JURUTEKNIK (AWAM) J17
24. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA J17
25. PEMBANTU TADBIR RENDAH (JURUTAIP) N11
26. PENGAWAS HUTAN G11
27. PENGHANTAR NOTIS N3
28. PEMBANTU AM PEJABAT N1

[klik untuk iklan lengkap]

[klik untuk muat turun borang]

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Gotong-Royong Rumah Panjang Larkin

gtglPergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru melalui Biro Pembangunan & Setinggan yang dipengerusikan oleh Sdra. Herwan Abdul Hamid, dengan kerjasama UMNO Cawangan Kampung Aman serta UMNO Cawangan Seri Kenangan telah menganjurkan Program Ramah Mesra Bersama Pemimpin dan Program Gotong-royong Penduduk Rumah Panjang Larkin pada 14hb Jun 2009 (Ahad) bermula jam 8.00 pagi bertempat di Rumah Panjang Larkin.                                                                    

 

gtg1gtg2gtg3gtg4gtg5gtg61gtg7gtg8gtg9gtg10gtg11gtg12gtg13gtg14gtg15

 

 

 

 

 

 

Penghargaan dan Terima Kasih

Southern Waste Management, Jabatan Kesihatan Daerah Johor Bahru serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Gotong-Royong Membersih Kawasan Rumah OKU Di Jalan Antoi

gtgantoi2Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Johor Bahru serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) telah menganjurkan Program Gotong-royong membersihkan kawasan rumah seorang penduduk OKU di Lorong 3, Jalan Antoi, Majidee Bahru pada 13 Jun 2009 (Sabtu) baru-baru ini.

Alhamdulillah, atas dasar semangat tolong-menolong dan sifat prihatin kepada golongan orang kurang upaya, seramai 30 orang anak muda telah menyertai misi membersihkan kawasan rumah seorang ibu tunggal yang telah lama lumpuh. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menebas semak-samun, menebang pokok, membersihkan longkang tersumbat serta merobohkan dinding usang yang menjadi punca air bertakung serta tempat berlindung serangga berbisa.

gtgantoi1

gtgantoi3gtgantoi4gtgantoi5gtg6gtgantoi6gtgantoi7gtgantoi8gtgantoi9gtgantoi10gtgantoi11gtgantoi12gtgantoi13                                                                                  

Program ini juga telah mendapat kerjasama dari pihak Southern Waste Management, SWM serta Ahli Majlis MBJB Zon Majidee, En Abd. Samad selaku Ketua Kampung Dato’ Sulaiman Menteri serta Pengerusi Biro Kebajikan Wanita UMNO Bahagian Johor Bahru iaitu Puan Faridah Bte Mustafa yang telah sama-sama berganding bahu bergotongng-royong sejak awal pagi. Pihak Pergerakan Pemuda UMNO JB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah melapangkan masa hadir dan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan. Semoga usaha kalian semua mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah SWT.

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Ucapan Tahniah Untuk Anuar & Lin Dari PPUJB

anuarlinwed1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dengan 2 kali lafaz, Sdra. Anuar Ariffin, Pengerusi Biro Kemasyarakatan, Kebajikan & Gerak-gempur PPUJB dan Sdri.  Hazlin Aniza Binti Zainal Abidin, Pengerusi Biro Latihan Puteri JB, kini sah bergelar suami isteri. Tahniah kami ucapkan buat kedua-dua pasangan mempelai. Semoga perkahwinan anda dirahmati dan berkekalan ke akhir hayat. Selamat Berbahagia bersama insan tersayang dan tercinta.

anuar1anuar2anuar3

 

 

 

 

Amat garang Datuk Bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah dan senang

Malam hari memasang damar
Menangkap ikan di tepi titi
Suami isteri mesti bersabar
Kekal rukun damai dihati

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Gotong-Royong Masjid At-Fatwa Taman Pelangi Johor Bahru

a   Lebih 10 ahli Rakan Muda Parlimen Johor Bahru bersama-sama Pemuda UMNO Johor Bahru dan Biro Kebajikan Barisan Nasional Parlimen Johor Bahru serta penduduk setempat mengadakan gotong royong membersihkan kawasan Masjid At-Fatwa Taman Pelangi Johor Bahru yang mengalami kerosakan di pintu belakang masjid tersebut. Inisiatif tersebut diambil untuk membolehkan penduduk setempat menggunakan kembali masjid tersebut setelah sekian lama terbiar.

Selain membersihkan kawasan persekitaran, masjid tersebut turut dibaik pulih terutama di bahagian jalan pintu masuk belakang masjid yang retak disebabkan akar-akar pokok yang menyalar kebawah jalan. YB Dato` Shahrir Bin Abdul Samad selaku Ahli Parlimen Johor Bahru telah memberi bantuan dari Tabung Parlimen Johor Bahru untuk membaik pulih kawasan tersebut.

100_13570306200image042100_1353image05203062009

                 

Credit to Ijam @ www.ijamjb.myportal.my

Share This Post

Share/Save/Bookmark