PERINGATAN PENTING MUFTI BESAR PERAK

mufti_41mufti_perak_0021Kenapa PAS lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang islam sendiri? Orang islam PAS sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk-peluk pula, macam kes Elizabeth Wong memang jelas dia buat maksiat, kenapa ada muslimat PAS dan PKR peluk sampai menangis dan macamana NIk Aziz boleh sokong Elizabeth dalam isu ini sedangkan kita dan Nik Aziz tahu yang DAP tidak akan sokong ISLAM! Tengok Karpal Singh kata apa, langkah mayat saya dulu kalau PAS nak tubuh negara ISLAM!

Ketahui lebih lanjut wawancara Dato Seri Harussani Zakaria, Mufti Besar negeri Perak dalam majalah Milenia Muslim keluaran bulan Mei.

 

 

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Antara Sejarah Bukit Kepong Dan Hero Komunis

komunisOleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
 
Filem ‘Bukit Kepong’ adalah antara filem Melayu genre peperangan yang sangat lekat di hati penulis. Latar belakang peristiwa yang menonjolkan keberanian kalangan anggota polis dan orang kampung menentang kekejaman gerombolan komunis itu kekal meninggalkan kesan sehingga ke hari ini.

Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Jangan Lupa Keganasan Komunis

Di Perak, bekas pengganas dihadiahkan tanah. Di Penang, Pengerusi Gerakan Penang pula menyarankan agar kerajaan membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Semakin lama… semakin banyak tindakan dan tuntutan melampau serta tidak munasabah yang dibuat oleh segelintir pihak. Apakah mereka ini fikir bahawa rakyat Malaysia, khususnya orang melayu, sudah lupa akan kekejaman dan keganasan komunis?

bk1bk2                                                                                                
Sepanjang zaman darurat…

Sejumlah 2,473 orang awam dibunuh oleh komunis dan 1,385 orang dicederakan.
Sejumlah 1,865 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 orang dicederakan.

Serangan komunis ke atas orang awam

- 1 September 1948, 12 orang Melayu yang sedang membersihkan rumput di Estet Chan Kang Svee, Segamat, Johor, ditembak oleh komunis.
- 29 September 1948, seorang gembala lembu India ditembak oleh komunis di Tapah, Perak.
- Julai 1949, di Cameron Highlands, Pahang, komunis membunuh Orang Asli yang sedang bekerja di kebun getah
- 8 Jun 1950, komunis melemparkan bom tangan ke dalam sebuah kedai runcit di Nibong Tebal, Seberang Prai
- 27 Februari 1951, serangan bom tangan di Panggung Wayang Wah Lok, Sungai Siput, mengakibatkan tiga orang mati dan 13 cedera
- November 1952, enam orang komunis menyerbu sebuah kampung Melayu di Negeri Sembilan
- 25 Ogos 1954, dua mandur Estet Dovenby, Sungai Siput berbangsa India dibunuh komunis
- 9 Mac 1955, 12 orang komunis membunuh 4 orang Asli di Sungai Landor, Ipoh
- 26Julai 1948, Kampung Pantai Remis, Sitiawan musnah dibakar komunis. 500 penduduk kehilangan tempat tinggal
-4 Februari 1950, Kampung Simpang Tiga, Perak musnah dibakar komunis. 2 nyawa terkorban. 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal
-22 November 1950, Kampung Bukit Selambu, Sungai Petani musnah dibakar komunis. 1 nyawa terkorban. 200 penduduk kehilangan tempat tinggal
- 2 Mac 1951, komunis membakar sebuah kampung, sekolah dan 31 buah rumah kedai di Kulim, Kedah

Serangan komunis ke atas anggota pertahanan

- 8 Mac 1949, komunis menyerang sebuah jip tentera di selatan Kajang, Selangor
- 22 Februari 1950, komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong. 23 anggota polis dan keluarga mereka terkorban
- 21 Februari 1952, sebuah kenderaan polis diserang hendap oleh komunis di kawasan Taiping, Perak. 5 anggota polis cedera parah.
- 18 Oktober 1954, Balai Polis Chuan Seng di Pontian, Johor musnah dibakar oleh komunis. 4 anggota polis terkorban dan 7 cedera parah

Serangan komunis ke atas sistem pengangkutan

- Sebanyak 197 kejadian komunis menggelincirkan kereta api, 172 kali kereta api ditembak dan 19 buah stesen kereta api dirosakkan oleh komunis. 45 orang penumpang terbunuh dan 176 orang cedera. 18 orang kakitangan kereta api terbunuh dan 42 orang cedera.
- komunis membakar dan memusnahkan 208 kenderaan pada tahun 1951 dan 97 kes pada tahun 1952.
- 18 Ogos 1948, komunis menahan sebuah bas di Kampung Luas,  Kroh, Perak. Seorang penumpang dibunuh.
- 9 Ogos 1951, komunis merompak penumpang teksi dan membakar lori di Mersing, Johor.
- 21 September 1952, komunis merompak sebuah kereta di Jalan Bentong
- 26 Disember1953, sebuah bas dirompak di Ipoh, Perak.
- 10 Jun 1954, komunis merompak sebuah bas, tiga buah kereta dan sebuah lori di Yong Peng, Johor

RUJUKAN
Ho Hui Ling; SUASANA DI TANAH MELAYU PADA ZAMAN DARURAT, 1948-1960:  SATU TINJAUAN

Sang Setia : Melayu tidak pernah lupa kekejaman komunis. GERAKAN usah bermain api!

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Kejohanan Futsal Piala Pemuda UMNO Johor Bahru

soccergif

SEPERTI YANG TELAH DIMAKLUMKAN, TARIKH BARU KEJOHANAN IALAH PADA 7 JUN 2009.

Biro Sukan, Per. Pemuda UMNO Bahagian Johor Baru akan menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Per. Pemuda UMNO Johor Bahru. Kejohanan ini terbuka kepada semua pasukan futsal di Cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Johor Bahru serta pasukan Futsal Amatur dalam Negeri Johor (Lelaki sahaja).

Kejohanan Futsal Piala Per. Pemuda UMNO Johor Bahru.

Tarikh : 7hb Jun 2009 (Ahad)

Tempat : Gelanggang Futsal MBJB, Jalan Datin Halimah, Larkin Jaya

Yuran Penyertaan : RM50.00

Hadiah Pertandingan

Juara : RM500 berserta Piala

Naib Juara : RM300 berserta Piala

Tempat ke-3 & Ke-4 : RM100 berserta Piala

Borang penyertaan telah dihantar ke setiap Cawangan atau boleh diperolehi daripada Pejabat Pemuda UMNO JB. Bayaran penyertaan serta borang lengkap perlu diserahkan kepada Sdra. Radin Kamarul Affendy @ Sdra. Khairul M. Amin selewat-lewatnya pada hari pertandingan.

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Program Mesra Rakyat & Gotong-royong Perdana Pemuda P.Ledang

ledang1

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Ledang dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah menganjurkan Program Mesra Rakyat, Majlis Cukur Jambul dan Gotong-Royong Perdana pada tarikh 23hb-24hb Mei 2009 (Sabtu & Ahad) bertempat di Pangsapuri Ledang, Bandar Baru UDA. YB Dato’ Hj Shahrir Bin Hj Abd. Samad selaku Ahli Parlimen Johor Bahru telah melapangkan masa untuk padang merasmikan program tersebut.

Menurut Sdra. Norafiq, Ketua Pemuda P.Ledang, beliau mengambil inisiatif untuk menganjurkan proram tersebut dengan tujuan untuk merapatkan hubungan antara UMNO dan masyarakat setempat. Tambahan pula, Bandar Baru Uda merupakan kawasan yang dikenalpasti sebagai Zon Kritikal Denggi. Kehadiran wakil dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah banyak membantu meningkatkan kesedaran penduduk tentang ancaman wabak Denggi serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengawalnya.

Antara yang turut hadir ialah Sdra. Khalid Mohamed (Ketua Pemuda JB), Tuan Haji Adam Sumiru (ADUN Tg Puteri), Barisan Pegawai dan AJK Bahagian serta Sayap-sayap UMNO Johor Bahru. Dato Shahrir Samad benar-benar menonjolkan sikap “Kepimpinan Melalui Tauladan” dengan mengetuai gotong-royong dari awal hingga ke akhir.

Sang Setia : Program khidmat masyarakat seperti ini perlu dianjurkan secara berterusan untuk memenangi hati akar umbi.

ledang2ledang3ledang4ledang5ledang13ledang6ledang7ledang8ledang9ledang10ledang11ledang12

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Program JOM KE PERPUSTAKAAN Mendapat Sambutan Menggalakkan

library11

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru melalui Biro Pelajaran telah menganjurkan program JOM KE PERPUSTAKAAN bagi pelajar Tahun 5 & 6 dalam kawasan Parlimen Johor Bahru bertempat di Perpustakaan Sultan Ismail pada 23hb Mei, Sabtu lepas. Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan daripada 12 buah sekolah. Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pameran serta demonstrasi yang diadakan. 

library21library71library31library41library61library81library10library91library51dsc01264library12library13library14library15library16

 

 

 

 

Penghargaan dan Terima Kasih

Perpustakaan Sultan Ismail, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru, PDRM, AADK, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Perkhidmatan Awam, SWM, KFC Holdings, Permas Publications, Semua Jabatan Dalaman MBJB & semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program JOM KE PERPUSTAKAAN.

Sang Setia : Syabas Erwan dan AJK Biro Pelajaran

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Mufti Perak : Mogok Lapar Nizar HARAM Hukumnya

muftiKalau menang belah dia tidak apa

IPOH 23 Mei – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau berkata, mereka sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

”Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang,” katanya ketika dihubungi semasa berada di Mekah, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa hingga Khamis depan bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ”Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,”.

Zambry pula semasa diminta mengulas rancangan pembangkang itu berkata, biarlah rakyat menilai sendiri sikap mereka.

Sang Setia : Nampaknya Datuk Seri Mufti Perak bakal jadi cemuhan lebai-lebai PAS lagi

Share This Post

Share/Save/Bookmark

JOM KE PERPUSTAKAAN!

jom-ke-perpustakaan 

 

 

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru melalui Biro Pelajaran, akan menganjurkan program JOM KE PERPUSTAKAAN bagi pelajar Tahun 5 & 6 dalam kawasan Parlimen Johor Bahru bertempat di Perpustakaan Sultan Ismail pada 23hb Mei, Sabtu ini.

Seramai 300 orang murid akan diberikan Kad Perpustakaan percuma oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru sebagai satu usaha untuk menggalakan budaya membaca di kalangan pelajar. Selain itu, satu bengkel pengurusan masa dan teknik belajar juga akan diberikan kepda semua pelajar yang hadir.

Pihak kami turut mengalu-alukan penyertaan daripada anak-anak semua ahli UMNO di dalam Bahagian Johor Bahru untuk aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan seperti berikut :-

   i. Pertandingan Mewarna    - 5-7 tahun, 8-10 tahun
   ii. Pertandingan Bintang Kecil   - 7-12 tahun (Penyertaan adalah terhad)

Disamping itu terdapat pameran dan demonstrasi daripada agensi-agensi kerajaan seperti PDRM, AADK, Jabatan Kesihatan, JPA, SWM dan banyak lagi selain Pesta Jualan Buku.

JOM KE PERPUSTAKAAN!  Sabtu ini dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Biasiswa JPA : Tee Keat jangan buta sejarah

Tee Keat jangan buta sejarah

Oleh HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 15 Mei – Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat diingatkan supaya tidak buta sejarah apabila mempersoalkan peruntukan biasiswa untuk orang Melayu sedangkan ia termaktub sebagai hak istimewa kaum itu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, sebagai pemimpin kanan dalam kerajaan, Tee Keat tidak patut lupa yang Perlembagaan telah digubal setelah mengambil kira tolak ansur antara semua kaum di negara ini.

”Kalau beliau lupa saya nak beritahu, biasiswa yang merangkumi hak istimewa Melayu dinyatakan dalam Perlembagaan melalui Perkara 153 sebagai sebahagian tolak-ansur orang Melayu terhadap dasar kerakyatan kepada bangsa asing.

”Maka jangan kita lupa soal sejarah mengapa ada peruntukan khas dimasukkan dalam Perlembagaan. Kalau nak dipersoalkan maka kita orang Melayu juga ada perkara nak dipersoalkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Read the rest of this entry »

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Jawatan Kosong Di UTM

utm_logo

Jawatan Kosong

10 MEI 2009 – 25 MEI 2009

 

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan berikut:-

 

[klik - borang permohonan jawatan]

-Pereka (B41)
-Pegawai Sains (C41)
-Pegawai Teknologi Maklumat (F41)
-Juruukur Bahan (J41)
-Jurutera (J41)
-Arkitek Landskap (J41)
-Arkitek (J41)
-Pegawai Tadbir (N41)
-Pegawai Penyelidik (Q41)
-Pustakawan (S41)
-Pegawai Perubatan (UD41)
-Pegawai Pergigian (U41)
-Pegawai Kewangan (W41)
-Juruaudit (W41)
-Pereka (B31/B32)
-Pereka (B27/B28)
-Penolong Pegawai Sains (C27)
-Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)
-Pembantu Teknik (J29)
-Penolong Pegawai Latihan Vokasional (J29/J30)

dan banyak lagi
maklumat lanjut jawatan kosong UTM

Share This Post

Share/Save/Bookmark