Muka-muka baru terajui Pemuda UMNO negeri

KUALA LUMPUR 30 April — Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri bagi sesi 2008-2011.

Kesemua mereka merupakan muka-muka baru.

Turut dilantik ialah empat muka baru dan seorang muka lama sebagai Exco Lantikan Pemuda UMNO Malaysia, kata Setiausaha pergerakan itu, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

Senarai Ketua Pemuda Umno Negeri ialah:-

1. Perlis – Mohsin Mohd Yusoff (Ketua Pemuda bahagian Padang Besar)

2. Kedah – Badrol Hisham Hashim (Ketua Pemuda bahagian Padang Terap)

3. Pulau Pinang – Norman Zahalan (Ketua Pemuda bahagian Bayan Baru)

4. Perak – Maslin Sham Razman (Ketua Pemuda bahagian Kuala Kangsar)

5. Selangor – Suhaimi Mohd. Ghazali (Ketua Pemuda bahagian Sepang)

6. Wilayah Persekutuan – Rizalman Datuk Mokhtar (Ketua Pemuda bahagian Bandar Tun Razak)

7. Negeri Sembilan – Mohd Helmi Din (Ketua Pemuda bahagian Rasah)

8. Melaka – Karim Yaacob (Ketua Pemuda bahagian Bukit Katil)

9. Johor – Mohd. Fadil Muskon (Ketua Pemuda bahagian Air Hitam)

10. Pahang – Abu Jimi Samat (Ketua Pemuda bahagian Lipis)

11. Terengganu – Bahri Baharuddin (Ketua Pemuda bahagian Marang)

12. Kelantan – Anuar Safian (Ketua Pemuda bahagian Kubang Kerian)

13. Sabah – Azman Ruslan (Ketua Pemuda bahagian Keningau)

Senarai Exco Lantikan:-

1. Abdul Razak Abd. Rahman (Ketua Pemuda bahagian Kota Melaka)

2. Khairul Azwan Datuk Harun (Ketua Pemuda bahagian Pasir Salak)

3. Badrol Hisham Zakaria (Ketua Pemuda bahagian Kuala Terengganu)

4. Mohd Faizal Ramli (Ketua Pemuda bahagian Teluk Kemang)

5. Anis Hisham Abdul Aziz (Pemuda Umno bahagian Kuala Selangor – muka lama)

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Jemputan ke Majlis Ramah-Mesra Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru

bannerpemuda

Sebuah Majlis Ramah-Mesra antara Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru dengan Pemuda-pemuda UMNO Cawangan-cawangan dalam Bahagian JB akan diadakan seperti berikut :- 

 Tarikh   :  26hb April (Ahad)
 Masa    :  2.00 petang
 Tempat :  Balairaya Sri Iskandar

Adalah besar harapan kami sekiranya para sahabat sudi melapangkan masa bagi menghadiri majlis tersebut. Tujuan majlis ini diakan ialah untuk mengeratkan lagi jalinan silaturrahim di kalangan Pemuda UMNO dalam Bahagian Johor Bahru disamping untuk berkongsi maklumat, cadangan dan pandangan dalam pelbagai isu.

Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Karnival Penempatan Pekerjaan 2009

careerchoice-saidaonlineBiro Sumber Manusia dan Pembangunan Insan UMNO Bahagian Johor Bahru akan menganjurkan Karnival Penempatan Pekerjaan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-

 Tarikh    : 26hb April 2009 (Ahad)
 Masa      : 8.00 pagi – 5.00 petang
 Tempat  : Plaza Kotaraya, Johor Bahru

Semua warga penduduk Johor Bahru, khususnya UMNO JB dan pelajar-pelajar lepasan IPT dijemput untuk menyertai karnival tersebut. Antara aktiviti yang disediakan ialah temuduga terbuka, pendedahan peluang kerja dan latihan serta kaunter pertanyaan masalah undang-undang buruh. Sila panjangkan jemputan ini kepada semua yang berkenaan terutamanya mereka yang sedang mencari pekerjaan.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Majlis Maulidur Rasul

muhammad_rasulullah1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semua warga penduduk Islam Johor Bahru dijemput hadir beramai-ramai ke majlis Maulidur Rasul yang akan diadakan seperti berikut :-

1. Forum Perdana Maulidur Rasul di Surau An-Nur, Larkin Perdana

   Tarikh : 24hb April (Jumaat) jam 8.00 malam

2. Majlis Maulidur Rasul UMNO Cawangan Taman Perbadanan Islam di Jalan Rebana

   Tarikh : 25hb April (Sabtu) jam 8.00 malam

3. Majlis Maulidur Rasul UMNO Cawangan Desa Makmur di Balairaya Desa Makmur

   Tarikh : 25hb April (Sabtu) jam 8.00 pagi – Perarakan
                                             jam 8.00 malam – Syarahan Agama

4. Majlis Maulidur Rasul Di Surau Al Taqwa, Rumah Panjang Larkin

   Tarikh : 26hb April (Ahad) jam 1.00 petang
   Agenda : Solat Zohor Berjemaah, Marhaban, Syarahan Agama

Penganjuran majlis ilmu seumpama ini mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada masyarakat serta berupaya menerapkan nilai-nilai murni dan cara hidup yang dituntut oleh agama Islam. Sang Setia berpendapat bahawa majlis-majlis ilmu ini perlu diperbanyakkan lagi bagi mengimbangi lambakan program-program hiburan yang melalaikan. UMNO perlu membuang jauh-jauh budaya hedonisme, iaitu budaya mengagungkan hiburan secara berlebihan. Kita perlu ubah pendekatan kita… kita perlu rebrand imej UMNO agar masyarakat tidak lagi memandang jelek parti keramat ini. Kita memikul tanggungjawap untuk memulihkan semula imej UMNO serta membina semula keyakinan masyarakat, khususnya umat Melayu Islam, kepada parti. Usah beri ruang kepada parti lawan untuk terus mengeksploitasi dan memanipulasi kelemahan yang seolah-olah kita dedahkan secara sengaja. Fikir-fikirkanlah…. 

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Penting : Jangan Mengganggur Lagi.

Dr Novandri Hasan Basri

 

Penulis ingin mewar-warkan satu lagi program yang menarik dan mesti digunakan dengan sebaiknya oleh siswazah-siswazah yang mengganggur dan ingin menjalankan perniagaan dalam industri.

 Nama program ini ialah Program Siswazah Perantis PUNB. Program ini dikelolakan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

PUNB menawarkan peluang untuk menjadi perantis di dalam syarikat-syarikat naungan PUNB melalui program ini.

Tempoh latihan adalah selama 6 bulan atau 1 tahun dan perantis akan dibayar elaun RM800 sebulan. Selesai tempoh latihan tersebut, perantis yang layak berpeluang untuk menjalankan perniagaan dalam industri yang diceburi dengan modal awal melalui pinjaman sehingga RM50,000.

Anda layak untuk menyertai program ini jika anda seorang Bumiputera berkelulusan ijazah, diploma atau pemilik sijil kemahiran (tahap 2) daripada institusi pengajian yang diiktiraf, berumur di bawah 30 tahun, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat untuk menjadi usahawan.

Anda boleh melayari web PUNB http://www.punb.com.my/ untuk maklumat lanjut dan sebarang perubahan pada tarikh-tarikh taklimat serta temuduga berhampiran tempat anda. Klik di sini untuk tarikh-tarikh taklimat dan temuduga.

Juga terdapat Latihan PROSPER siswazah yang dikelolakan oleh PUNB (klik di sini untuk seterusnya)

Penulis telah melaporkan satu lagi program seperti di atas yang dikelolakan oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia (klik di sini untuk seterusnya).

Penulis berharap agar info ini berguna untuk anda dan war-warkan kepada rakan-rakan yang berminat. SEMOGA ANDA BERJAYA.

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Program Train & Place Secara Percuma Oleh Kementerian Sumber Manusia

KSMM  menyediakan Program Train & Place secara PERCUMA kepada pekerja yang diberhentikan, siswazah menganggur dan golongan belia. Berikut ialah surat pekeliling KSMM mengenai Program Train & Place yang disediakan. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
PROGRAM TRAIN AND PLACE SECARA PERCUMA
                                                                       
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengikuti Program Train and Place yang dilaksanakan bagi mempertingkat dan menjamin peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia.

Syarat dan Kelayakan

1. Program ini terbuka kepada :
i. Pekerja yang diberhentikan
ii. Siswazah menganggur
iii. Belia Mengganggur.

2. Pemohon perlu terlebih dahulu berdaftar dengan portal JobsMalaysia di http://www.jobsmalaysiia.gov.my/

Tempoh Latihan
Latihan akan dijalankan pusat latihan yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia bagi tempoh 1 hingga 6 bulan.

Cara Memohon
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang disediakan seperti dilampirkan atau secara on-line melalui portal
http://www.jobsmalaysia.gov.my/

Yuran Latihan / Elaun Sara Diri
1. Yuran latihan adalah ditanggung oleh Kementerian Sumber Manusia.
2. Pelatih akan diberikan elaun sara diri minima RM 500.00 sebulan.

Alamat
Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke
alamat berikut :

Ibu Pejabat
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Aras 5, Blok D3, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA.


Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui talian 03-88889111 (Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan)

Sang Setia : Credit kpd Dr Novandri atas inisiatif yg diambil untuk menghebahkan peluang2 yg diwujudkan oleh kerajaan. Juga terima kasih kpd sdra adamb yg sering memberi galakan dan cadangan untuk mempertingkatkan sumbangan yang boleh disalurkan kpd masyarakat.
Share This Post

Share/Save/Bookmark

Majlis Ramah Mesra & Dialog Bersama YB Dato’ Shahrir Samad

may_19_-_shahrir_samadMajlis Ramah Mesra & Dialog Bersama YB Dato’ Shahrir Abdul Samad

Anjuran : Biro Latihan UMNO Bahagian Johor Bahru

Tarikh   : 18 April 2009 (Sabtu)
Masa    : 1.30 petang
Tempat : Dewan Institut Perguruan Temenggung Ibrahim

Semua warga UMNO Bahagian Johor Bahru dijemput hadir.

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Cabaran Bolasepak 7 Sebelah Wadi Hana

soccerboy

                                                                                                                                      Kelab Bolasepak Wadi Ranger akan menganjurkan kejohanan bolasepak 7 sebelah seperti berikut :-

CABARAN 7 SEBELAH WADI HANA

Tarikh   : 1, 2 & 3 May 2009
Tempat : Padang Dewan Wadi Hana, Johor Bahru

Kejohanan ini terbuka kepada semua warga Johor Bahru

Yuran Pendaftaran : RM100 setiap pasukan
Tarikh tutup : 25/4/2009
(Penyertaan adalah terhad)

Hadiah Yang Ditawarkan

Johan          : Wang Tunai RM500 + Piala + Medal + T-Shirt
Naib Johan  : Wang Tunai RM300 + Medal + T-Shirt
Ketiga         : Wang Tunai RM200 + Medal
Keempat     : Wang Tunai RM100 + Medal

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-

ZAHA : 0127391010     atau     ARIF : 0127360411

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Peluang Pekerjaan di Jabatan Perangkaan

logojp

Peluang baik untuk warga Johor Bahru, khususnya ahli Per. Pemuda UMNO JB, yang sedang mencari pekerjaan.

Kerja : Banci Penduduk (Kontrak)

Elaun : RM48.00 sehari (++ elaun lain)

Kelayakan Min : SPM dengan Kepujian dalam Bahasa Malaysia

 

Temuduga akan dijalankan seperti berikut :-

Tempat : Bilik Gerakan, Jabatan Perangkaan,
               Tingkat 14, Bangunan Tabung Haji,
               Jalan Ayer Molek, Johor Bahru.

Tarikh :  16 & 17 April 2009 (Khamis/Jumaat)

Waktu : Bermula jam 8.00 pagi

HARAP JANGAN LEPASKAN PELUANG!

Share This Post

Share/Save/Bookmark

Khalid Ulang Gesaan Bina Jambatan Bengkok

BERNAMA, 14 April, 2009 16:49 PM

Pemuda Umno Johor Cadang Projek Jambatan Bengkok Dikaji Semula

JOHOR BAHARU, 14 April (Bernama) — Pemuda Umno Johor mencadangkan kerajaan mengkaji semula projek Jambatan Bengkok yang pembinaannya dibatalkan pada 2006 kerana berpendapat projek itu mampu merancakkan ekonomi negara, khususnya di Johor.

“Ia (pembinaan jambatan bengkok) adalah pelaburan jangka panjang dan tiada siapa yang dapat menafikan kesan positif projek pembinaan jambatan itu terhadap ekonomi Johor dan di dalam mewujudkan pelbagai peluang ekonomi lain,” kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Johor, Khalid Mohamad.

johor singapore new crooked bridge causeway 270106Beliau berkata pembinaan semula jambatan bengkok merentasi Selat Johor mampu memenuhi aspirasi rakyat Johor terhadap barisan kabinet rakyat pimpinan perdana menteri yang baru Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya, keseluruhan rakyat Johor tanpa mengira agama dan bangsa mahu kerajaan mengkaji semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan pembinaan jambatan bengkok, lapor Bernama.

“Rakyat Johor dari segenap pelusuk menaruh harapan yang tinggi terhadap perdana menteri supaya keputusan untuk membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok merentasi Selat Johor itu dikaji semula,” kata Khalid yang juga ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru dalam satu sidang akhbar hari ini.

Mengenai kemungkinan bantahan dari Singapura terhadap cadangan pembinaan semula jambatan bengkok itu, beliau berkeyakinan kedua-dua negara mampu berunding dan mencapai penyelesaian untuk kepentingan bersama.

“Jika tidak pun, kita hanya membina jambatan itu di bahagian kita sahaja,”

katanya sambil menambah, Singapura perlu mengelak daripada menjadikan isu pembinaan jambatan itu sebagai “cagaran” sebagai syarat untuk menyelesaikan isu lain yang tertangguh.

Semalam, orang ramai termasuk persatuan dan dewan perniagaan Cina dan India Johor menyuarakan keyakinan mereka bahawa pembatalan projek pembinaan jambatan bengkok itu akan dikaji semula oleh pentadbiran perdana menteri yang baru.

Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Johor Baharu Datuk Soh Poh Seng dipetik berkata, perniagaan di dalam bandaraya Johor Baharu akan lebih rancak jika projek pembinaan jambatan itu diteruskan.

Presiden Persatuan Perniagaan India Johor P Sivakumar pula berkata, kedua-dua negara akan memperoleh faedah bersama menerusi pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang dibina pada 1924 itu.

Share This Post

Share/Save/Bookmark