SPRM tidak seharusnya bertumpu kepada parti UMNO sahaja
Mar 20, 2009 Ketua Pemuda

20 MAC 09 : KOSMO! Online
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Khalid Mohamed berpendapat SPRM tidak seharusnya bertumpu kepada parti UMNO sahaja.
“Jika SPRM ingin jadi telus, ia mesti meluaskan semua skop termasuk parti komponen Barisan Nasional dan pembangkang,” jelasnya.
Khalid memberitahu jika langkah itu diambil, masyarakat akan melihat ketelusan SPRM dalam melaksanakan tugasnya.
Beliau turut mencadangkan agar penggunaan istilah politik wang seharus dimansuhkan dan digantikan dengan istilah yang lebih bersesuaian.
(Oleh : Shawkath Azde)
Khalid Mohamed Calon Exco Pemuda Malaysia No. 54
Mar 17, 2009 Ketua Pemuda

Assalamualaikum wbt,
Sdra Khalid Bin Mohamed, Ketua Per. Pemuda UMNO Bhg Johor Bahru merangkap Ketua Penerangan Per. Pemuda UMNO Negeri Johor, telah mendapat nombor 54 dalam sebuah majlis cabutan nombor untuk calon-calon yang bertanding dalam pemilihan yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.
Marilah kita sama-sama berdoa agar pemimpin/sahabat yang kita kasihi ini memperolehi kejayaan dalam pertandingan memilih barisan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia ketika Perhimpunan Agung UMNO bulan Mac ini. Insya-Allah…
Jawatan kosong di Syarikat Singer Johor
Mar 14, 2009 Berita Semasa
Bagi mereka yang mencari kerja kosong, Syarikat Singer kawasan Johor menawarkan jawatan berikut :-
JURUAUDIT
Gaji tetap : RM700 (tidak termasuk elaun perjalanan)
Kelayakan : Memiliki lesen motorsikal (mempunyai motorsikal sendiri)
Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi En. Mohd Zaidi Bin Mohd Sharif di nombor 012-7582374 (Office : 07-3316378)
PRK : Calon BN diumumkan
Mar 14, 2009 Berita Semasa

Ismail Safian calon BN Bukit Gantang…

Malcolm Mussen calon BN di Batang Ai…

Datuk G Ganesan calon BN di Bukit Selambau..
Teka teki mengenai siapa calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak terjawab. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bekas Setiausaha UMNO Bahagian itu, Ismail Safian, 49 ialah calon yang akan berentap pada pilihanraya kecil yang akan berlangsung 7 April ini. Beliau ialah seorang anak tempatan kawasan itu. Pengumuman itu dibuat semasa satu perhimpunan BN di Padang Taman Kota Jaya , Simpang dekat Taiping pagi Sabtu.
Sementara itu di Kuching,Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumumkan petang Sabtu, Malcolm Mussen anak Lamoh berusia 49 tahun, seorang jurutera telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Batang Ai.
Di Bukit Selambau pula, MIC kekal bertanding pilihanraya kecil DUN itu. Timbalan Perdana Menteri umum Timbalan Pengerusi MIC Kedah Datuk G Ganesan sebagai calonnya.
Sumber : Agenda Daily - 14/3/2009
Lagu Agnes Monica : Allah Peduli. Pedulikah Anda?
Mar 14, 2009 Berita Semasa
Tidak lama dahulu, umat Islam di negara kita digemparkan dengan pendedahan bahawa MP PAS Shah Alam, YB Khalid Samad masuk ke Gereja Roman Katolik Mercy Yang Indah di Shah Alam untuk memberi sokongan kepada penganut Kristian. Beliau mengingatkan masyarakat Kristian supaya tidak gentar menggunakan kalimah “ALLAH” merujuk kepada TUHAN dalam ajaran agama mereka.
Kemudiannya, timbul pula berita mengenai Herald Catholic menggunakan kalimah “ALLAH” dalam terbitan mingguannya walaupun Kabinet memutuskan perkataan ”ALLAH” tidak boleh digunakan dalam risalah Kristian sebagai terjemahan kepada perkataan TUHAN.
Seperti biasa, ahli PAS, tidak kira samada ahli bertaraf Tok Guru atau sekadar machai pemasang poster, cuba meraih kesempatan atas isu ini dengan menggali nas dalam usaha untuk menghalalkan tindakan seorang MP mereka. Atas prinsip KESAMARATAAN HAK yang diperjuangkan oleh PAS dalam persekongkolan mereka dengan DAP dan PKR, maka ustaz-ustaz PAS pun mula membuka Al-Quran dan mencari ayat-ayat untuk menyokong penggunaan kalimah “ALLAH” oleh orang Kristian. Demi keuntungan POLITIK, PAS sekali lagi memperkudakan AGAMA dalam cubaan untuk menunjukkan bahawa mereka bersikap lebih adil kepada masyarakat bukan Islam.
Sang Setia minta pelayar laman web ini berfikir sejenak tentang kesan penggunaan kalimah “ALLAH” oleh pendakyah Kristian kepada akidah umat Islam. Jika saudara sukar membayangkan kekeliruan yang bakal timbul dengan penggunaan kalimah “ALLAH’ dalam risalah ajaran Kristian, cuba amati betul-betul kandungan lirik lagu gereja nyanyian Diva Pop Indonesia, Agnes Monica yang cukup POPULAR di kalangan anak muda kita.
Lirik Lagu : Allah Peduli – Agnes Monica
Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti
Allah Yesus?? Apa komen saudara semua setelah membaca lirik lagu Allah Peduli nyanyian Agnes Monica? Bukankah lagu ini boleh merosakkan akidah kita sebagai umat Islam? Di sini jelas keburukannya jika kita membenarkan menggunakan kalimah “ALLAH” kepada bukan Islam. Tidak mustahil anak muda Melayu Islam yang cetek pengetahuan agamanya akan menyanyikan lagu tersebut. Fikir-fikirkanlah…
Sang Setia – Itu baru lirik lagu… belum lagi risalah ajaran Kristian. Agenda memurtadkan anak melayu akan menjadi semakin mudah. Naudzubillah min zalik…
Banjir kilat di Johor Bahru
Mar 9, 2009 Biro
Beberapa kawasan di Johor Bahru telah ditenggelami air sedalam kira-kira setengah meter selepas hujan lebat lebih sejam petang tadi. Antara kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Kg Bakar Batu, Kg Dato Hajah Hasnah, Al-Ekhsan serta Kg Seri Paya. Banjir yang berlaku juga telah mengakibatkan kesesakan lalu-lintas yang agak teruk di beberapa kawasan.
Per. Pemuda UMNO Bhg Johor Bahru telah turun beramai-ramai membantu penduduk yang terjejas teruk akibat banjir yang berlaku. Sehingga jam 11.30 malam tadi, Pemuda UMNO JB telah bergotong-royong membersihkan beberapa buah rumah yang dinaiki air. Walaupun banjir telah surut, Pemuda UMNO JB sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berulangnya kejadian banjir kilat. Sehubungan itu, pihak kami akan terus membuat pemantauan dan meneliti kawasan-kawasan yang sering dinaiki air.
Read the rest of this entry »
Majlis Dialog Bersama Penduduk anj. Pemuda Cwgn Taman Sentosa
Mar 9, 2009 Berita Semasa
Per. Pemuda UMNO Cawangan Taman Sentosa yang diketuai oleh Sdra. Mohd Azrulakmar yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO JB telah menganjurkan satu Majlis Ramah-Mesra dan Sesi Dialog diantara penduduk Taman Sentosa dan Taman Sri Tebrau dengan ADUN Stulang, YB Mok Chek Hou, Ketua Polis Johor Bahru Selatan, ACP Zainuddin Yaacob serta Ahli Majlis MBJB Zon Taman Sentosa, En Soon Boo Hua.
Majlis dialog tersebut telah diadakan di Dewan SRK Taman Sri Tebrau pada jam 9.00 malam. Majlis turut dihadiri oleh wakil dari UMNO Bahagian dan sayap Pemuda dan Puteri UMNO Bhg. Johor Bahru serta wakil MCA Cawangan Taman Sentosa, Sentosa East dan Taman Sri Tebrau. Sesi Soal Jawap telah mendapat sambutan yang memberansangkan dari kalangan penduduk yang telah mengutarakan pelbagai masalah dan cadangan kepada pihak berkuasa tempatan. Sekalung tahniah diberikan kepada Pemuda UMNO Cwgn Tmn. Sentosa kerana difahamkan ia kali pertama majlis yang seumpamanya diadakan di kawasan tersebut.
FRU sembur gas pemedih mata suraikan pembantah PPSMI
Mar 7, 2009 Berita Semasa
Sang Setia – Pejuang-pejuang bahasa dah tak reti bezakan antara BERKUMPUL dan BERARAK. Akibatnya disembur dengan gas pemedih mata. Kenapa pula tiada demonstrasi dibuat “pejuang bahasa” ketika MP DAP hina bahasa ibunda dan mahu papan tanda multibahasa? Hairan juga melihat keterlibatan PAS dalam demonstrasi bantah PPSMI. PAS nak jadi jaguh BAHASA Melayu… tapi tolak dan hina konsep KETUANAN Melayu.
KUALA LUMPUR 7 Mac – Perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Masjid Negara petang ini bertukar kecoh apabila ribuan penyokong penganjur bertindak di luar kawalan dengan mengingkari arahan pihak polis.
Dianggarkan 5,000 penyokong yang berkumpul di pekarangan masjid itu serta Pasar Seni dan Kompleks Sogo berarak ke arah Istana Negara walaupun polis melarang mereka berbuat demikian.
Keadaan kecoh apabila penyokong berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan walaupun Polis Kuala Lumpur sebelum ini hanya membenarkan mereka berkumpul di Masjid Negara.
Dijangka beberapa tangkapan telah dibuat, namun belum ada pengesahan daripada pihak polis.
– Utusan.
Pemuda UMNO JB bantu mangsa kebakaran Flat Skudai Kanan
Mar 4, 2009 Ketua Pemuda

JOHOR BAHRU: Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru akan memohon kerjasama Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu mangsa kebakaran sebuah rumah di tingkat 3, Blok H, Flat Taman Skudai Kanan, Bandar Baru Uda, di sini.
Ketuanya, Khalid Mohamed, berkata walaupun kebakaran yang berlaku Jumaat lalu itu tidak menyebabkan kecederaan atau meragut nyawa, mereka tetap memerlukan bantuan.
Read the rest of this entry »
Kenyataan Dr Boo Dibantah Pemuda UMNO JB Dan NGO Johor
Mar 1, 2009 Ketua Pemuda
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor, Sdra. Khalid Mohamed berkata satu memorandum akan diserahkan kepada Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman untuk dibawa ke persidangan DUN tidak lama lagi.
“Memorandum itu adalah bagi meminta Dr Boo menarik balik kenyataannya dan juga sebagai peringatan kepada Adun agar tidak menimbulkan suasana tegang yang boleh menghancurkan hubungan dan kerjasama antara kaum yang dibina oleh kerajaan selama ini,” katanya.























