Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO bahagian Johor Bahru
Feb 24, 2009 Biro

PASUKAN Jaks FC (C) muncul juara dengan memenangi hadiah wang tunai RM500
Per. Pemuda UMNO Bhg Johor Bahru telah menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bhg. Johor Bahru pada 21-22 Februari 2009 di Gelanggang futsal MBJB, Jln Datin Halimah, Larkin Jaya.
Sebanyak 48 pasukan yang terdiri daripada Pemuda UMNO Cawangan-cawangan dlm Bahagian Johor Bahru, badan NGO serta pasukan-pasukan futsal amatur telah menyertai kejohanan yang dianjurkan.
Berikut adalah senarai pemenang:-
Johan : JAKS FC (C)
Naib Johan : JAKS FC (A)
Tempat ke-3 : Taman Baru
Tempat ke-4 : Taman Perbadanan Islam
Sdra. Khalid Mohamed selaku Ketua Per. Pemuda UMNO Bhg. Johor Bahru telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Pemuda UMNO JB lancar derma Dakap
Feb 23, 2009 Ketua Pemuda
YB Adam, Sdra. Khalid dan barisan AJK Pemuda JB di majlis pelancaran Tabung DAKAP (Gambar dari tgputeri.com)
Pemuda UMNO JB lancar derma Dakap
JOHOR BAHRU 23 Feb. – Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru melancarkan kutipan derma tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman Israel di sini, semalam.
Ketuanya, Khaled Mohamed berkata, pihaknya mengadakan kutipan derma itu di pusat beli belah, kedai-kedai dan kawasan tumpuan orang ramai selama dua minggu bermula semalam.
Katanya, tujuan pihaknya berbuat demikian adalah kerana ingin memberi peluang kepada orang ramai untuk menderma.
“Sekiranya kita buat pungutan di majlis-majlis yang dianjurkan, tidak ramai yang boleh menderma kerana bukan semua orang datang ke majlis kita.
“Kita tidak mensasarkan sebarang jumlah kutipan. Namun pihak saya berharap agar wang tersebut mampu meringankan beban penduduk di Gaza,” katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran tersebut di sini, semalam.
Turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru.
Sumber : Utusan.com.my
Ong Tee Kiat kata syarat 30 peratus ekuiti bumiputera adalah sistem yang memundurkan!!
Feb 17, 2009 Berita Semasa
Setelah MCA ditolak oleh pengundi cina dalam PRU12, nampaknya MCA sudah cukup terdesak untuk menonjolkan diri sebagai pembela nombor satu kaum cina. MCA kini cukup lantang membangkitkan isu sensitif seperti kontrak sosial.. ekuiti bumiputera.. dan membelakangkan formula perpaduan dan perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional yang terbukti berkesan selama ini dalam memastikan kesejahteraan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
MCA bukan saja dilihat tidak bersungguh-sungguh menjelaskan dasar kerajaan seperti Sekolah Wawasan etc. kepada kaum cina malah sudah beberapa kali mengambil sikap lepas tangan dalam beberapa isu seperti isu penderhakaan dan penghinaan puak pembangkang kepada Sultan Perak baru-baru ini.
MCA tidak perlu menuding jari kepada orang lain atas kekalahan teruk yang dialami ketika PRU12. Adakah dengan terus-terusan menguji kesabaran orang melayu, MCA akan meraih kejayaan pada pilihanraya umum akan datang? Adakah formula yang ingin digunapakai oleh MCA ialah untuk meminjam formula RACIST DAP? Jika itu pilihannya, MCA tidak perlu berada dalam Barisan Nasional seperti gesaaan Pemuda MCA Perak. Satu persoalan yang pucuk pimpinan MCA perlu fikirkan pula ialah adakah kaum cina perlukan satu lagi parti cina perkauman sebagai alternatif kepada DAP? Hakikatnya, selama ini pun.. ramai wakil rakyat MCA yang “diselamatkan” oleh undi pengundi melayu.
Sang Setia – Jangan cabar orang melayu.. tidak kira anda DAP, PKR ataupun parti komponen Barisan Nasional.
Read the rest of this entry »
Seminar Amal Palestin Anjuran UiTM Kampus Bandaraya JB
Feb 17, 2009 Berita Semasa
Universiti Teknologi MARA Kampus Bandaraya Johor Bahru telah menganjurkan SEMINAR AMAL PALESTIN yang telah dirasmikan oleh YB Adam Sumiru, ADUN Tanjung Puteri di Dewan Besar UiTM Kampus bandaraya Johor Bahru pada 8 Februari 2009.
Per. Pemuda UMNO Bhg. Johor Bahru, diketuai oleh Sdra. Khalid Mohamed tidak ketinggalan turut serta menjayakan program yang dianjurkan.

YB Adam dan Sdra. Khalid, antara yang memberi sumbangan (Gambar dari tgputeri.com)
Read the rest of this entry »
Anwar tak benar Elizabeth Wong letak jawatan.
Feb 17, 2009 Berita Semasa

Elizabeth Wong ingin letak jawatan? Itulah yang sebaiknya. Jawatan Wakil Rakyat tidak sesuai dibawa dengan imej wanita murahan. Sang Setia takut ramai ustaz-ustaz PAS yang makan Viagra macam popcorn setiap kali hadir ke majlis ceramah Elizabeth. hahaha
Oh ya… gosip yang kita dengari di sini, ex-boyfriend Eli Wong yang mengambil gambar Eli dalam “posisi intim” adalah lelaki melayu. Jika gosip tersebut benar, maka makin susahlah ustaz-ustaz PAS yang kuat berfantasi untuk melelapkan mata di malam hari. hahaha
Kita tak terkejut dengan tindakan Anwar. Ketika skandal liwat dia mula tersebar dulu, beliau diarah bercuti sementara menunggu perbicaraan, tapi dia melawan dan akhirnya dipecat. Bagi orang macam Anwar, bergambar bogel hanya perkara kecil. Mungkin betul juga… kalau nak dibandingkan dengan tuduhan liwat ke atas beliau… apalah sangat sekadar bergambar bogel tidur terkangkang tu. hahaha
Read the rest of this entry »
PANAS!! Gambar bogel ADUN PKR tersebar!! Benarkah?
Feb 16, 2009 Berita Semasa

Panas! Hangat! Sebelum ini gambar yang paling mengujakan pun ialah gambar MB Selangor “bergesel” dengan Elizabeth Wong. Kini dah keluar pula cerita tersebarnya gambar ADUN PKR tersebut yang sedang tidur berbogel di atas sofa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong mengaku gambar bogel yang tersebar kini adalah gambarnya. Beliau yang pernah menjadi jadi pembantu khas kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membuat laporan polis hari Isnin. Kini timbul desakan agar beliau meletak jawatan kerana moralnya dipertikaikan – Sementara itu, Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu gambar bogel Elizabeth Wong. Katanya, PKR akan mendapatkan keterangan Exco itu serta laporan polis sebelum memutuskan tindakan lanjut. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula berkata isu itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco Negeri, Rabu ini (Agenda Daily)
Sang Setia : Jika ketua Pakatan Rakyat sendiri tidak bermoral, apa yang kita harapkan daripada anak buahnya?
‘Jangan biadab’
Feb 14, 2009 Berita Semasa
KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.
DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit. Read the rest of this entry »
Laporkan Penjualan Terbuka Surat Khabar Pembangkang.
Feb 13, 2009 Berita Semasa

Sang Setia – Untuk perhatian dan tindakan Biro Gerak Gempur… selain memastikan Kaw. Parlimen Johor Bahru bebas dari bendera dan banner pembangkang, kita juga perlu bertindak memantau penjualan akhbar parti pembangkang secara terbuka.
Sahabat-sahabat ahli atau penyokong UMNO yang mengesan kehadiran bendera/banner pembangkang atau penjualan akhbar pembangkang secara terbuka di mana-mana premis dalam Kaw. Parlimen Johor Bahru boleh membuat aduan kepada mana-mana AJK Per. Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru atau tinggalkan pesanan di shoutbox/email Pemuda JB.
LAPORKAN PENJUALAN TERBUKA SURAT KHABAR INI
Dr Novandri Hasan Basri
Pernahkah anda sekalian terlihat suratkhabar-suratkhabar seperti di dalam gambar ini dijual secara terbuka kepada orang awam di kedai-kedai runcit atau di mana-mana sahaja?
Jika pernah, sila laporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menurut KDN kedua-dua suratkhabar itu hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja dan bukannya untuk edaran orang awam.
7 April pilihan raya, 29 Mac penamaan calon
Feb 13, 2009 Berita Semasa

PUTRAJAYA 13 Feb. – Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah akan diadakan serentak pada 7 April manakala penamaan calon bagi pilihan raya kecil tersebut ditetapkan pada 29 Mac.
Ada apa dengan budak suruhan DAP bernama Nizar?
Feb 11, 2009 Berita Semasa
1. Mengapa Nizar Jamaluddin Perlu Meletakkan Jawatan Sebagai MB Perak?
Kerana perintah meletakkan jawatan telah dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 5 Februari 2009:
Quote:
YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.
Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan. 1
























