Cadangan mansuhkan sayap parti tidak masuk akal
Jan 28, 2009 Berita Semasa

Sungguh mengejutkan apabila seorang tokoh UMNO yang cukup berpengalaman seperti Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menidakkan peranan penting sayap-sayap parti selama ini.
Adakah politik wang boleh dibendung dengan memansuhkan sayap-sayap parti?
Mampukah UMNO bertahan dan kekal relevan kepada rakyat tanpa peranan berkesan yang dimainkan oleh sayap-sayap parti?
Waraskah sayap Pemuda, Puteri dan Putera dibubarkan di saat UMNO terdesak untuk memenangi semula sokongan generasi muda?
Cadangan yang dibuat menggambarkan seolah-olah sayap-sayap parti adalah punca kepada gejala politik wang dalam parti. Usahlah mencari penyelesaian mudah kepada sesuatu masalah dengan menimbulkan masalah baru yang lebih besar.
Sang Setia - Marahkan nyamuk, kelambu dibakar!
Guna Perkataan ALLAH : The Herald boleh didakwa
Jan 21, 2009 Berita Semasa
PUTRAJAYA: Akhbar The Herald – The Catholic Weekly boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana masih berdegil menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya pada edisi minggu ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Katanya, tindakan itu boleh mencetuskan konflik dan kemarahan di kalangan kaum lain di negara ini.
Katanya, Kabinet sudah memutuskan untuk tidak membenarkan akhbar itu menggunakan perkataan Allah, malah sebelum ini wujud persefahaman supaya perkataan digunakan agama Islam tidak digunakan pihak lain.
Perlantikan Obama bukan rahmat bagi Timur Tengah
Jan 21, 2009 Berita Semasa

The dust has settled, the celebrations have ended. Barack Obama secara rasmi telah menjadi the 44th President-elect of the United States. Berakhirlah regim George W. Bush Jr, the evil oil swilling warmonger. Bush Jr telah menghancurkan bumi Aghanistan dan menukar Iraq menjadi padang jarak padang tekukur. Bush Jr juga diketahui umum menyokong penuh keganasan rejim Zionis di Timur Tengah.
Apakah dunia Islam sudah boleh menarik nafas lega dengan perlantikan Obama sebagai Presiden Amerika yang baru?
Satu fakta yang kita tidak harus lupa ialah pendirian Amerika Syarikat dalam isu pendudukan Israel di Palestine cukup konsisten walaupun Presidennya bertukar-ganti. Dulu, kini dan selamanya… Amerika merupakan sekutu kuat rejim Zionis.
Perlantikan Rahm Emanuel, a strong supporter of Israel, sebagai Chief of Staff dalam pentadbiran Obama cannot be a bad thing for Israel. Ianya meneruskan tradisi perlantikan individu Pro-Zionis dalam pentadbiran Amerika Syarikat sepertimana yang telah kita saksikan dalam pentadbiran yang lepas (Albright, Rubin, Cohen, Wolfowitz, Cheney dan Rumsfeld sebagai contoh). Ini diburukkan lagi dengan kenyataan Obama bahawa kekuatan Israel amat penting untuk kestabilan di Timur Tengah.
Apakah Obama akan mengundurkan tentera Amerika daripada Iraq? Apakah Obama akan lebih bersimpati dengan anak-anak kecil yang menjadi mangsa kekejaman Zionis di Palestine? Saranan Sang Setia… JANGAN BERHARAP SANGAT!!
-Sang Setia-
Program Gotong-royong Tabika Tunas Suci
Jan 18, 2009 Biro

Sdra. Anuar Ariffin selaku Pengerusi Biro Kebajikan, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru telah mengetuai majlis gotong-royong mengecat serta membersihkan Tabika Tunas Suci yang terletak di Jalan Abd. Rahman Andak, Johor Bahru. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengecat, memasang tikar getah baru serta membersihkan kawasan sekitar tabika tersebut.
Turut sama berganding bahu ialah barisan Pegawai serta AJK PPUJB, pemuda-pemuda Cawangan serta rakan-rakan dari Satrianeoclub.com.my Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang turun mencurahkan keringat serta individu-individu yang bermurah hati memberikan sumbangan.
Pas menang Parlimen Kuala Terengganu
Jan 17, 2009 Berita Semasa
Pas menang Parlimen Kuala Terengganu
Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam memperolehi 193 undi. – Bernama
Free Palestine Save Palestinian
Jan 10, 2009 Berita Pemuda

Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya’ud,
Tunggu saatnya hai yahudi tentera Allah kan kembali,
Kobarkan perang suci bebaskan seluruh negeri.
Jiwa jiwa pemberani maju mesti harus mati,
Ingatlah wahai diri syurga Allah telah menanti,
Tinggalkan semua mimpi berjihad teguhkan hati,
Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya’ud,
Derap tank senjata berat jangan surutkan langkah,
Lontar batu penuh semangat yakin kita takkan kalah,
Bom syahid mengguncang bumi tebar takut kaum yahudi,
Bebaskan Palestin bebas dari durjana,
Majulah wahai jiwa jadilah kau syuhada’,
Hudud : If you can’t convince them, confuse them
Jan 9, 2009 Berita Semasa
Kenyataan Anwar mengelirukan – Karpal (Utusan.com.my)
“Kenyataan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tidak perlu menolak hukum hudud kerana ia hanya terpakai kepada orang Islam adalah bertentangan dengan hasrat Pas yang mengakui mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.”, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini.
Jika Karpal Singh dan kita semua termasuk penyokong PAS mengimbas kembali kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar sebelum ini, ia ternyata lebih mengelirukan.

Kempen Boikot Produk Pro-Zionis
Jan 8, 2009 Berita Semasa

Pemuda UMNO JB menggesa semua pengguna untuk memboikot produk keluaran syarikat Pro-Zionis. Ini bagi membantah kekejaman rejim zionis yang sehingga kini telah mengorbankan 600 nyawa dan ribuan lagi tercedera.
Berikut adalah antara syarikat dan jenama yang telah dikenalpasti sebagai sekutu rapat rejim Zionis dan pelabur utama di Israel.


Arsenal telah menandatangani perjanjian untuk mempromosi Israel sebagai destinasi pelancongan.

Howard Shultz, the chairman of Starbucks is an active zionist. Starbucks support Israel by sponsoring fund raisers for Israel.

McDonalds Corporation is a major corporate partner of the Jewish United Fund and Jewish Federation. The Jewish United Fund works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel; monitors and, when necessary, responds to media coverage of Israel.

Coca-cola merupakan penyokong kuat rejim zionis sejak 1966 lagi.
JEMPUTAN : Solat Hajat Untuk Selamatkan Rakyat Palestin
Jan 4, 2009 Berita Semasa
Assalammualaikum wbt,

PemudaJB ingin menjemput saudara/i warga perjuangan yang budiman untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Asyura & Solat Hajat Untuk Rakyat Palestin anjuran Biro Agama, Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru.
- Tarikh : 6 Januari 2009 (Selepas Solat Maghrib)
- Tempat : Masjid Jamek Kampung Kurnia
- SEMUA UMAT ISLAM DIJEMPUT HADIR
Majlis ini merupakan anjuran bersama Biro Agama PPUJB, J/kuasa Masjid Kampung Kurnia serta Persatuan Belia Kampung Kurnia. Inisiatif mengadakan solat hajat ini dibuat dengan tujuan untuk memohon doa kepada Allah swt agar menyelamatkan rakyat Palestin daripada kekejaman rejim zionis.























