PemudaJB Mengutuk Keras Kekejaman Zionis di Semenanjung Gaza
Dec 31, 2008 Berita Semasa

PemudaJB mengutuk keras serangan berterusan Rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza. Sehingga kini hampir 400 rakyat Palestin telah terbunuh dan 1,500 lagi tercedera dalam siri pengeboman yang dilakukan. Kebanyakan yang menjadi korban ialah orang awam dan kanak-kanak. Serangan dilakukan ketika pertukaran syif sekolah di mana kanak-kanak yang menjadi korban samada dalam perjalanan ke sekolah atau pulang dari sekolah. IMEMC News melaporkan bahawa sebuah masjid di Jabalya turut menjadi sasaran pengganas.
PemudaJB mengajak semua pelawat laman web ini untuk bersama-sama menadah tangan berdoa agar 1.5 Juta penduduk Gaza dilindungi Allah SWT daripada keganasan Rejim Zionis.
Bagaimana PAS Nak Bela Islam Dengan Mengenepikan Melayu?
Dec 29, 2008 Berita Semasa
Belum pun reda episod berdolak-dalik PAS dalam isu Hudud, hari ini kita dikejutkan pula dengan dengan kenyataan Mursyidul Am PAS yang kononnya ingin menyatukan semua kaum di negara ini melalui Islam tanpa perlu memperjuangkan nasib orang melayu sebagaimana yang dibuat oleh UMNO selama ini.
Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak faham bahawa menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang MELAYU itu mestilah beragama ISLAM? Membela nasib orang MELAYU itu bererti menjaga kepentingan rakyat yang menganut agama ISLAM.
Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya bahawa negara akan menjadi lebih Islamik serta lebih aman dan makmur seandainya umat MELAYU beragama ISLAM menjadi warganegara kelas kedua dan terus terpinggir di tanah air sendiri?
Read the rest of this entry »
Al-Fatihah. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat.
Dec 27, 2008 Berita Semasa

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, mangkat pada usia 86 tahun di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) kira-kira pukul 11.45 pagi Sabtu (27/12/2008).
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum baginda.
Program Jaguh Futsal RTM dekatkan golongan muda dengan agensi kerajaan
Dec 21, 2008 Berita Pemuda

Khalid, Syed Amir dan Radin bersama peserta yang terpilih mewakili Johor.
Pada hari Ahad yang lepas (21/12), Sdra. Khalid Mohamed telah mengetuai barisan Pergerakan Pemuda UMNO JB untuk menyaksikan sessi pemilihan wakil Johor untuk program Jaguh Futsal RTM 2 (www.jfrtm2.com)
Dalam satu temuramah yang dijalankan selepas selesai sessi pemilihan, Khalid telah memuji inisiatif RTM ini sebagai satu program yang cukup berkesan dalam membantu merapatkan hubungan antara generasi muda dengan agensi serta kementerian di bawah kerajaan.
Majlis Perkahwinan Adinda Pegawai Khas KP
Dec 21, 2008 Berita Semasa

Rafie bersama KP, NKP dan rakan-rakan parti komponen BN.
Pada hari ini, Pemuda UMNO JB telah bertandang ke majlis perkahwinan adinda-adinda Sdra. Mohd Rafie Bin Hj Husein, Pegawai Khas kepada Khalid Mohamed di Dewan Serbaguna, Kompleks Mutiara Johor Land.
Ayam dara di buat gulai
Bungkus bekalan letak di bucu
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan ke anak cucu
Selamat pengantin baru kepada kedua-dua pasangan.
Senator Datuk Wan Farid Calon BN P036
Dec 21, 2008 Berita Semasa
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan. Pengumuman berkenaan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada satu majlis di Kuala Terengganu.
Pemuda UMNO JB mendoakan agar Barisan Nasional akan mendapat kemenangan dengan majoriti yang lebih besar di Kuala Terengganu. Kepada saudara-saudara yang berminat untuk mendapatkan informasi terkini serta mengikuti perkembangan kempen pilihanraya kecil P036, boleh layari sebuah laman web berbentuk interaktif www.kualaterengganuP036.net .
Khalid Gesa GLC Perkukuhkan Sokongan Rakyat Kepada Kerajaan
Dec 16, 2008 Berita Pemuda

KHALID (kiri) mententeramkan seorang kanak-kanak.
JOHOR BAHRU: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini perlu menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat melalui pembabitan dalam aktiviti yang berkepentingan masyarakat terutama pada peringkat akar umbi.
Ketua Pemuda Umno bahagian Johor Bahru, Khalid Mohamed, berkata keengganan GLC membabitkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan menyebabkan jurang antara GLC dengan masyarakat kini terlalu jauh sehingga boleh menjadi barah dalam menghakis sokongan masyarakat kepada kerajaan pada masa depan.
Beliau berkata, GLC yang menjadi wakil kerajaan sepatutnya lebih berperanan mengambil hati dan mendekati masyarakat serta tidak boleh menyerahkan tugas dan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada kerajaan dan pemimpin politik semata-mata.


























