Pemuda JB prihatin dengan masalah penduduk Taman Sinaran Kempas
Nov 23, 2008 Ketua Pemuda
Pemuda UMNO JB dengan diiringi barisan AJK Biro Pembangunan dan Setinggan telah meluangkan masa untuk menghadiri majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa ribut oleh YB Adam Sumiru di Balairaya Taman Sinaran Kempas. Mohd Nasir Koya Amu selaku Naib Pengerusi Biro Pembangunan dan Setinggan telah mengambil kesempatan untuk meluahkan kpd YB Adam Sumiru beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Sinaran Kempas. Pemuda UMNO JB akan terus memainkan peranan sebagai perantara untuk memastikan masalah penduduk Taman Sinaran Kempas dapat ditangani dengan segera.

Pemuda UMNO JB bergambar bersama YB Adam Sumiru dan Pengerusi JKK Taman Sinaran Kempas
Kejohanan Futsal Pemuda UMNO Dewata
Nov 23, 2008 Ketua Pemuda
Pemuda UMNO JB telah turun beramai-ramai ke Gelanggang Futsal Dewata pada Ahad malam (23 Nov 2008) untuk menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Tertutup Futsal anjuran Pemuda UMNO Cawangan Dewata. Kejohanan ini telah mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan 22 pasukan. Sdra. Saiful Azhar (KP Dewata) percaya bahawa aktiviti sukan mampu menanam semangat berpasukan serta menjana pembentukan fizikal dan mental yg sihat bagi anak-anak muda Cawangan Dewata.
Read the rest of this entry »
Khalid menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat ke-3
Mesyuarat AJK Pergerakan Pemuda Johor Bahru Yang Pertama
Nov 6, 2008 Berita Pemuda
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru telah mengadakan mesyuarat buat kali pertama pada 6 Nov 2008. Sdra. Khalid Bin Mohamed telah mengumumkan perlantikan Pegawai serta AJK Dilantik. Senarai Pegawai/AJK Dilantik adalah seperti berikut :-
Pen. Setiausaha: Syaiful Rizal Bin Abdul Ghani
Pen. Bendahari: Mohd Shakir Bin Abdul Rahman
Ketua Penerangan: Azrulakmal Bin Haji Jaafar
AJK Dilantik: Khairul Bin Mohd Amin
Sdra. Khalid kemudiannya mengetuai upacara lafaz ikrar dan sumpah sebelum mengumumkan penubuhan dan perlantikan pengerusi Biro-biro Pergerakan Pemuda JB.
























