KHEMAH KERJA KESELAMATAN PEMIMPIN PELAPIS (PEMUDA & PUTERI UMNO NEGERI JOHOR)
Dec 26, 2009 Biro

Biro Latihan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru telah menghantar 10 peserta ke Khemah Kerja Keselamatan Pemimpin Pelapis (PEMUDA & PUTERI UMNO NEGERI JOHOR) bertempat di SERAI DI LANJUT ROMPIN, PAHANG pada 21hb hingga 23hb Disember 2009.
Khemah kerja anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini bertujuan untuk melahirkan generasi pemimpin pelapis UMNO yang mantap dari segi pengetahuan politik serta kepimpinan duniawi dan ukhrawi. Pengisian program antara lain ialah menanam semangat jatidiri seta menyemai doktrin perjuangan UMNO kepada para peserta. Antara penceramah yang diundang ialah Dato’ Nasir Saffar, Pegawai Khas Penerangan kepada YAB Perdana Menteri.









MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA MENYAMBUT MA’AL HIJRAH (AWAL MUHARRAM) 1431H
Dec 15, 2009 Biro

Biro Agama, Per. Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil, Ceramah Agama serta Doa Akhir tahun sempena meraikan tahun baru, Maal Hijrah 1431H.
Tempat : Surau Kg. Dato’ Hjh Hasnah
Tarikh : 17 Disember 2009
Majlis akan bermula pada jam 6.30 ptg dengan bacaan Doa Akhir Tahun sebelum Azan Maghrib dan Doa Awal Tahun selepas Azan Maghrib serta disusuli dengan Bacaan Yaasin dan Ceramah Agama selepas solat Isya’.
Seluruh umat Islam, khususnya ahli pergerakan Pemuda UMNO dalam Bahagian Johor Bahru, dipelawa untuk bersama-sama meraikan kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431H kali ini.
Akan Datang Ke Cawangan-Cawangan UMNO Berhampiran Anda!!
Nov 21, 2009 Biro
Nantikan kedatangan kami!!
Program Kefahaman & Pemantapan Dasar-Dasar Kerajaan
Oct 30, 2009 Biro
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru dengan kerjasama KEMAS Kawasan Johor Bahru telah menganjurkan Bengkel Pemantapan dan Pemahaman Dasar-Dasar Kerajaan seperti butiran berikut :-

Tarikh : 25hb Oktober 2009 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Larkin, Johor Bahru
Seramai hampir 100 orang peserta dari kalangan ahli Per. Pemuda UMNO cawangan2 di dalam bahagian Johor Bahru telah mengikuti bengkel yang dianjurkan.
Antara pengisian program ialah :
1. Ceramah Penerangan Isu-isu Politik Semasa
Oleh : YBhg. Datuk Nasir Bin Safar
Pegawai Khas Penerangan YAB Perdana Menteri
2. Ceramah Ketuanan Melayu
Oleh : En Marsidi Bin Katong
Pen. Pengarah KEMAS Negeri Johor
3. Taklimat Pindaan Perlembagaan UMNO
Oleh : Pegawai Per. Pemuda UMNO Johor Bahru
Majlis Pelancaran Tabung Gempa Nusantara
Oct 2, 2009 Biro
Majlis Pelancaran Tabung Gempa Nusantara Utusan-Maybank anjuran Pemuda BN Johor Bahru
Tarikh : 2/10/2009
Masa : 8.15malam
Tempat : Restoran Jintan Manis, Larkin Indah



PROGRAM SAMBUTAN ISRA’ MIKRAJ 1430H
Jul 13, 2009 Biro
Biro Agama PPUJB dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Jalan Kurniawati, Kg Kurnia akan menganjurkan Program Sambutan Isra’ Mikraj 1430H seperti berikut :
Tarikh : 19hb Julai 2009 (Ahad)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Surau Jalan Kurniawati, Kg Kurnia, Johor Bahru
Ceramah akan disampaikan oleh Ustaz Hj Fairuz Ali Akbar, Pegawai Pembangunan Keluarga, MAIJ.
Dengan sukacitanya kami ingin menjemput semua warga penduduk Johor Bahru untuk sama-sama mengimarahkan majlis ilmu tersebut. Bersamalah kita mempertingkatkan keimanan dan kecintaan kita kepada Allah SWT dan RasulNya.
“Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju Syurga”. (Hadith Riwayat Muslim)
Gotong-Royong Rumah Panjang Larkin
Jun 15, 2009 Biro
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru melalui Biro Pembangunan & Setinggan yang dipengerusikan oleh Sdra. Herwan Abdul Hamid, dengan kerjasama UMNO Cawangan Kampung Aman serta UMNO Cawangan Seri Kenangan telah menganjurkan Program Ramah Mesra Bersama Pemimpin dan Program Gotong-royong Penduduk Rumah Panjang Larkin pada 14hb Jun 2009 (Ahad) bermula jam 8.00 pagi bertempat di Rumah Panjang Larkin.















Penghargaan dan Terima Kasih
Southern Waste Management, Jabatan Kesihatan Daerah Johor Bahru serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Gotong-Royong Membersih Kawasan Rumah OKU Di Jalan Antoi
Jun 15, 2009 Biro
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Johor Bahru serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) telah menganjurkan Program Gotong-royong membersihkan kawasan rumah seorang penduduk OKU di Lorong 3, Jalan Antoi, Majidee Bahru pada 13 Jun 2009 (Sabtu) baru-baru ini.
Alhamdulillah, atas dasar semangat tolong-menolong dan sifat prihatin kepada golongan orang kurang upaya, seramai 30 orang anak muda telah menyertai misi membersihkan kawasan rumah seorang ibu tunggal yang telah lama lumpuh. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menebas semak-samun, menebang pokok, membersihkan longkang tersumbat serta merobohkan dinding usang yang menjadi punca air bertakung serta tempat berlindung serangga berbisa.












Program ini juga telah mendapat kerjasama dari pihak Southern Waste Management, SWM serta Ahli Majlis MBJB Zon Majidee, En Abd. Samad selaku Ketua Kampung Dato’ Sulaiman Menteri serta Pengerusi Biro Kebajikan Wanita UMNO Bahagian Johor Bahru iaitu Puan Faridah Bte Mustafa yang telah sama-sama berganding bahu bergotongng-royong sejak awal pagi. Pihak Pergerakan Pemuda UMNO JB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah melapangkan masa hadir dan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan. Semoga usaha kalian semua mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah SWT.
Kejohanan Futsal Piala Pemuda UMNO Johor Bahru
May 25, 2009 Biro

SEPERTI YANG TELAH DIMAKLUMKAN, TARIKH BARU KEJOHANAN IALAH PADA 7 JUN 2009.
Biro Sukan, Per. Pemuda UMNO Bahagian Johor Baru akan menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Per. Pemuda UMNO Johor Bahru. Kejohanan ini terbuka kepada semua pasukan futsal di Cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Johor Bahru serta pasukan Futsal Amatur dalam Negeri Johor (Lelaki sahaja).
Kejohanan Futsal Piala Per. Pemuda UMNO Johor Bahru.
Tarikh : 7hb Jun 2009 (Ahad)
Tempat : Gelanggang Futsal MBJB, Jalan Datin Halimah, Larkin Jaya
Yuran Penyertaan : RM50.00
Hadiah Pertandingan
Juara : RM500 berserta Piala
Naib Juara : RM300 berserta Piala
Tempat ke-3 & Ke-4 : RM100 berserta Piala
Borang penyertaan telah dihantar ke setiap Cawangan atau boleh diperolehi daripada Pejabat Pemuda UMNO JB. Bayaran penyertaan serta borang lengkap perlu diserahkan kepada Sdra. Radin Kamarul Affendy @ Sdra. Khairul M. Amin selewat-lewatnya pada hari pertandingan.
Program JOM KE PERPUSTAKAAN Mendapat Sambutan Menggalakkan
May 25, 2009 Biro

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru melalui Biro Pelajaran telah menganjurkan program JOM KE PERPUSTAKAAN bagi pelajar Tahun 5 & 6 dalam kawasan Parlimen Johor Bahru bertempat di Perpustakaan Sultan Ismail pada 23hb Mei, Sabtu lepas. Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan daripada 12 buah sekolah. Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pameran serta demonstrasi yang diadakan.















Penghargaan dan Terima Kasih
Perpustakaan Sultan Ismail, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru, PDRM, AADK, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Perkhidmatan Awam, SWM, KFC Holdings, Permas Publications, Semua Jabatan Dalaman MBJB & semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program JOM KE PERPUSTAKAAN.
Sang Setia : Syabas Erwan dan AJK Biro Pelajaran























